Update (26/12/12) Telemovie "Ke Pintu Bahagia" akan ditayangkan semula pada hari AHAD ini (30 Disember)...Khabarnya ada scene baru yang akan ditambah....Yippppiiii....Meeting my love, FA againnnnn! :)
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Hermm...Malam ni (2/12/12) kita nak kongsi sikit pasal telemovie TV3 yang diberi tajuk "Ke Pintu Bahagia" yang start jam 9 malam td. Best tak??? Dibintangi oleh 3F ; Fahrin Ahmad, Faizal Hussin & Fauziah Latiff...Penerbit Murali Abdullah...Setahu aku, kebanyakan cerita Murali Abdullah ni memang banyak best jalan ceritanya sebab kebanyakannya ada isi tersurat dan tersirat yang nak di sampaikan...Excited nak tengok mungkin juga sebab utamanya ada ehem ehem...Cinta hati, Fahrin Ahmad...hahahaha (berangan jap)...Sebab lain, orang lama dalam bidang lakonan macam Faizal Hussin memang tak boleh nak dipertikaikan lagi lakonannya.. :)
(Promo)
Sinopsis :
Cerita ni mengisahkan tentang Azmin(Faizal Hussin) dan Raudah(Fauziah Latiff) bekerja di sebuah syarikat penerbitan (novel) sebagai suami isteri yang telah mengambil langkah untuk bercerai setelah Raudah melihat dengan mata kepalanya sendiri suaminya curang dengan pembantu rumah dibilik mereka sendiri. Setelah selesai sesi penceraian di mahkamah, Azmin dalam perjalanan pulang telah kemalangan mengakibatkan salah satu kakinya mengalami kecacatan.
Syarikat Raudah telah mengalami masalah setelah mendapati ada syarikat lain telah meniru hasil karya mereka menyebabkan mereka perlu mengambil tindakan undang-undang...Saiful (Fahrin), seorang peguam yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Sebelum ini, Saiful dan Raudah hanya berhubung melalui telefon membincangkan permasalahan syarikat dan mereka juga pernah bertemu secara tidak sengaja di masjid sebelum ini apabila mereka sama-sama hendak menunaikan solat di masjid yang sama. Pertemuan pertama, masing-masing terkejut kerana rupa-rupanya pertemuan mereka secara tidak sengaja suatu ketika dahulu telah mempertemukan mereka sekali lagi atas urusan kerja.
Hidup Azmin terumbang ambing setelah mengalami kecacatan sehingga menyukarkan beliau untuk mencari pekerjaan apatah lagi dia telah ditinggalkan kekasihnya setelah kekasihnya mengetahui Azmin cacat. Azmin menyesal atas semua perbuatannya terhadap Raudah selama ini namun hati perempuannya yang masih tercalar dengan sikap Azmin yang telah curang dibelakangnya menyebabkan hatinya tertutup untuk menerima lelaki tersebut.
Lia (Nad Zainal) pengurus taska mengalami masalah apabila berhutang dengan ah long kerana terlalu mengikut kehendak kekasihnya. Gara-gara tersebut, Lia terus di kejar oleh ah long yang ingin wang mereka di pulangkan...Kehidupan Lia menjadi tidak tenteram kerana sering di buru ah long sedangkan dalam masa yang sama kekasihnya berfoya-foya dengan perempuan lain...Hal ini menaikkan kemarahan Lia sehingga hampir bertindak membunuh kekasihnya. Lia sering melepaskan kemarahannya kepada kanak-kanak di taska tersebut terutamanya kepada Ika,anak kepada Raudah...Namun begitu, pada suatu hari perbuatan Lia mendera Ika telah dilihat oleh Azmin lalu mengundang kemarahan kepada lelaki tersebut lalu membawa Ika pulang ke rumahnya...Raudah yang salah faham telah menuduh Azmin sengaja mereka-reka cerita sehinggalah dia sendiri melihat Lia mendera Ika sehingga Ika pengsan. Akhirnya, Lia telah dijatuhkan hukuman penjara selama setahun...
Saiful berusaha untuk membantu memperbaiki hubungan Azmin dan Raudah demi anak mereka,Ika...Namun, kemarahan Raudah terhadap Azmin menutupi sayangnya. Perasaan marahnya semakin membuak-buak apabila merasakan Saiful mengkhianati rasa sayangnya selama ini terhadap lelaki tersebut...Setelah di pujuk dan memikirkan anaknya, Ika...Raudah membuka pintu hatinya untuk menerima Azmin kembali dalam hidupnya...
Saiful???Akhirnya memilih AKU dan kami hidup bahagia... hahahahhaahahaha... (tambahan)
********************
Pengajaran penting dalam cita ni ;
1. Jangan di permainkan hati perempuan dek kerana kebodohan sendiri...Sekali hatinya tercalar...Sukar untuk diubati...Hati perempuan ni fragile,ok... Bukan tempat nak test try & error....
2. Pengorbanan yang tidak ternilai apabila kita melepaskan orang yang kita sayang untuk melihat dia bahagia.
3. Guna orang gaji, tak perlulah guna yang muda-muda...Bukan boleh percaya sangat orang gaji zaman sekarang...
************************
Lagu-lagu dalam cita ni yang sempat diketahui tajuknya...hihihi...
Tinggal Kenangan - Hafiz Hamidun
Full telemovie will update soon! Dun Worry!
nanti dah ada full telemovie info info la no
ReplyDeleteokies..setakat ni belum ada lg...
Deletenk sgt tgk full telemovies nie haritu tak dpt tgk..huhuhuhu
DeleteRasanya mmg takda org upload drama ni,record pun tak sempat kot.boleh gi tanya fauziah latiff dlm fb dia?hehe
ReplyDeleteHi,any idea where can i upload this telemovie. Please reply.....
ReplyDelete