Makceh daUn kelaDi...

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

:: 30/10/12 - Ribut di Miri ::

:: 30 Oktober 2012 (Selasa) :: 

My hometown, Miri telah dilanda ribut kencang sekencang kencangnya...Dengan kilatnya yang terus sabung menyabung dah guruh berdentam dentum...Scary moment kot...Aku gtaw kat VBFF aku, "Aku asa ni ada kaitan dengan ribut taufan yang berlaku di New York yang kebetulan berlaku pada hari yang sama."...VBFF aku pun cakap, "Apa kaitannya? jauh kot....hahaha"...Aku pun jawab lagi "Kot2 tempias! hihihi"...Walau pelbagai andaian diberikan tapi aku percaya ni mungkin peringatan daripada Sang Pencipta...Who Knows kan? Mengingatkan hamba-Nya yang semakin leka dan lalai...Peringatan untuk aku jugak...hermmm

More pic akibat daripada ribut semalam yang di copy daripada kengkawan...Semoga kita sentiasa dilindungi dan semoga kita terus sedar daripada kelalaian yang dicipta sendiri...Anggap apa yang berlaku sebagai 'Signal' or 'warning' daripada NYA...






























Monday, January 10, 2011

FACEBOOK ditutup MAC ini.....Izit true???

HalllllOOoooo...Kejap ada..kejap xde...hehehe....Nak kongsi nih kat korang...Izit true..facebook nak ditutup diz march???Benarkah????Iakah????Betulkah????

Maklumat nih aku baru terbaca kat KOSMO bertarikh 10 JANUARI 2011 (ISNIN)...
Facebook Ditutup Mac ini...

Ni antara petikan2 yang aku petik dari KOSMO..

...akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

Selain tu....

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

Apa pendapat anda??????Patutkah????WAAaaaa...kat fb la..kita jmpa blk kawan2 lama yg dh lama terpisah...facebook la yg byk menjalinkan hubungan yg dh lama terpisah....Lagipun fb senang nak guna...x rumit sgt berbanding dgn twitter ke tau yg lain2 tu..Ermmmm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...