Makceh daUn kelaDi...

Sunday, August 22, 2010

Lagenda Budak Setan


Tahun ni..cita ni paling femes aku rasa...Sampai sekarang aku tak berpeluang lagi nak tengok cita dier cam ne...nOvel pOn aku x pernah baca..hihihi....Tapi disebabkan ramai org minat, aku pOn jOin skali...macam bez...tp ramai gak org kata yg mOvie ni x memenuhi kehendak dalam nOvel sebenar..mmglah kan..kalau nak ikut semua jalan cerita exactly cam lam novel tu...sah2 timing cita hindustan pun kalah...tol x??hihihi....Sinopsis cita dia lebih kurang cam ni la;

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura-pura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba menggagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.


Lakonan: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Raja Farah, Sheila Mambo
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.


Pada asalnya..sebelum cerita ini diadaptasikan dalam bentuk filem...ianya merupakan sebuah novel yang sangat popular suatu ketika dahulu...Penulis novel ni pun memang tak asing lagi dah...sapa yang x kena.. Beliau ialah;

:: AHADIAT AKASHAH ::

Novel tersebut bukan terhenti setakat satu novel sahaja malah mempunyai kesinambungan;


:: LAGENDA BUDAK SETAN::


:: KATERINA ::


:: KASYAH LAGENDA BERAKHIR ::


Anda dah baca lom suma novel ni???hah..samalah...saya pOn belum gak...hihihi...kalau rasa nak taw apa kesinambungan selepas cerita LBS tu..Carilah novel2 berkenaan kat kedai2 buku berdekatan...Semoga terhibur hendaknya... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...