Makceh daUn kelaDi...

Monday, December 10, 2012

Telemovie : Cinta Halal

Assalamualaikum...




Malam ni sangattt indah...Kenapa? Sebab dapat tengok muka Cinta Hati kita untuk kesekian kalinya di TV...Sapa lagi kalau bukan Mr Fahrin Ahmad... :) ...Hermmm...Mesti ramai yang tengok cita "Cinta Halal" kat TV3 jam 9 malam tadikan...Cerita ni pernah ditayangkan sebelum ni dalam Telemovie Istimewa Awal Muharram tapi atas permintaan peminat barangkali, cerita ni ditayangkan semula...Pelakon utama dalam cerita ni ialah Fahrin Ahmad dan Nur Fathia. Pelakon lain : Hanez Suraya, Lidyawati, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.Seriously, cerita ni sangat comeyl sama ada dari segi jalan ceritanya dan juga pelakonnya....

Sinopsis :

Cerita ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama, Ismi (Nur Fathia). Ismi merupakan seorang gadis yang periang,ceria tapi berperwatakan agak kasar tidak seperti gadis lain. Ismi baru sahaja kehilangan pekerjaannya buat kali kelima lantaran daripada sikapnya yang suka mencari pasal di tempat kerja. Kerana sikapnya yang sering dibuang kerja menyebabkan ibunya terpaksa meminta bantuan kepada majikannya untuk memberi peluang anaknya bekerja di syarikat milik majikannya. Oleh kerana ibunya sudah lama bekerja disyarikat tersebut, tidak menjadi masalah untuk majikannya membantu. Pada mulanya Ismi tidak mahu tetapi atas desakan ibunya yang berterusan menyebabkan Ismi akur lalu menghadiri sesi temuduga. Nasib telah menyebelahi Ismi, akhirnya dia telah mendapat pekerjaan tersebut.Ismi terpaksa melakukan pengorbanan yang besar daripada segi pakaian dan tingkah laku sekadar memenuhi permintaan syarikat.

Ismi telah jatuh hati kepada pengurusnya, Syed Mukhriz(Fahrin Ahmad) seorang lelaki yang warak dan merupakan anak kepada majikan ibunya. Malangnya, Syed Mukhriz langsung tidak memandang Ismi apatah lagi Ismi hanyalah seorang pekerja bawahan dan langsung tidak menepati ciri-ciri wanita yang di idamkannya. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh Ismi untuk menawan hati Syed Mukhriz, namun tetap tidak berhasil tetapi dia tidak pernah kenal putus asa.

Kerana sikapnya yang selalu berterus-terang dan jujur telah sedikit sebanyak membuka pintu hati Syed Mukhriz untuk menerimanya. Pelbagai adegan serta kisah lucu yang berlaku sepanjang cerita ni...Yang belum berkesempatan tengok, jangan lupa tengok....Memang tak rugi korang peruntukan masa kurang daripada 2 jam untuk tengok cerita ni..




# Banyak-banyak skrip dalam cita ni, kan...Kita tertarik satu ayat ni yang dilafazkan oleh Syed Mukhriz time dia tengah berdoa selesai sahaja solat di ruang pejabatnya :

"Ya Allah,aku terlalu angkuh selama ini menginginkan sesuatu yang sempurna kerana aku riak merasa diri ini sempurna. Aku lupa bahawa tiada satu pun yang sempurna di dunia ini, selain dari-Mu, ya Allah."

#Cerita ni banyak jugak scene yang humor tapi yang tak boleh belah...Time part last, scene dalam kolam renang bila Ismi excited dengar Syed Mukhriz lamar dia sampai jatuh dalam kolam renang...Fahrin nak pegang untuk selamatkan Ismi pun boleh g cakap " haram! haram!" Memek muka Syed Mukhriz masa tu memang lucu...hahaha...dan ingatkan la kolam renang tu dalam sangat rupa-rupanyaaaa...hahahhaa...memang terhibur la....Thumps up untk semua team Cinta Halal...Hilang tension... :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...