Makceh daUn kelaDi...

Saturday, July 28, 2012

:: [28Julai2012] Cerekarama TV3 "Maafkan Aku" Vs Dalam Mihrab Cinta ::

Assalamualaikum...



Korang tengok tak cerekarama malam ni, Maafkan aku...Secara ringkasnya...Sinopsis cita ni... seluruh warga Madrasah Murafah riuh rendah apabila Firdaus Hazadi ditangkap atas tuduhan menjadi pencuri. Walaupun ada kemungkinan Firdaus dianiayai rakan sebiliknya, Zarul, dia telah dihukum tanpa usul periksa. Pakaian Firdaus telah ditanggalkan, diikat dan dipukul dengan cemeti sebelum dibuang dari Madrasah Murafah. Ahli keluarganya juga tidak mempercayainya kecuali adiknya, Amani. Kecewa dengan tindakan ahli keluarganya, Firdaus bertindak meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan. Akibat tertekan, Firdaus terjebak dengan kegiatan mencuri dompet. Satu hari, Firdaus telah mencuri beg kepunyaan Marya. Alangkah terkejutnya apabila gambar sahabatnya, Zahrul ada dalam isi dompet tersebut. Rupa-rupanya Marya Khuraisha merupakan teman wanita Zahrul sedangkan Zahrul sudah bertunang dengan Natasya. Dendamnya terhadap Zahrul belum terbalas. Akhirnya Firdaus nekad ke rumah Marya di Villa Amrila berdasarkan alamat yang terdapat dalam dompet yang dicurinya. Insiden silap nombor rumah telah membawa Firdaus berjumpa dengan Haji Habsyi yang sangkakan Firdaus ialah ustaz yang datang untuk mengajar cucunya. Apakah yang akan berlaku seterusnya?


Korang perasan x? Jalan cita ni memang copy n paste cita Dalam mihrab cinta...Ala,cita islamik indon tu....Kalau sapa2 dh tengok,mesti tahu..kalau yang lom tengok,sila tengok...Bukan niat nak compare..mayb malay version...Nice try jugak la...nasib bek copy n paste cita yang best...sokey lah kan...hihihihi...Sapa yang belum tengok, boleh search kat youtube...Jalan cerita sama je cuma pelakon je lain....tak perlu jadi isu sebenarnya....yang penting pengajaran dalam cita tu yang kita nk tengok...
Enjoy the movie... :)

Link Full Movie Dalam Mihrab Cinta :




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...