Makceh daUn kelaDi...

Wednesday, October 31, 2012

:: 2 Weeks left ::

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar...tinggal dua minggu je lagi sesi persekolahan dan tinggal dua minggu jugak la tempoh kontrak mengajar aku bersisa...Lebih 8 bulan jugak la berkhidmat...Ni kali pertama mengajar sekolah rendah, memang jauh bezanya dengan mengajar sekolah menengah...

Mula masuk kelas dulu...cutenya student2 aku...Tak terlayan celoteh dorang...Minggu pertama, kalau sehari dorang tak menangis memang tak sah...Budak tahun 1 kan...So,menggelabah jugak la...Tak la kekok sangat sebenanrya nak kontrol budak2 ni sebab kat rumah pun memang ramai anak sedara...So, kalau bab mujuk- memujuk tu mantap la jugak...hahaha...

Hari ni kan, dapat cupcake dari student...Hihihi...terharu....dorang la racun,dorang la jugak penawar...



Rasa berat hati pulak nak tinggalkan dorang...sedar tak sedar tahun depan dorang dah masuk tahun 2...Agak2 bila dorang besar, dorang ingat tak aku ekk? Hermmm...Yang penting,aku syg dorang sangat2....Ikhlas~ Semoga dorang pun syg kat aku dan yang paling penting,harap ada jugak yang aku ajar akan melekat kat ingatan dorang sampai bila-bila...

Nak kongsi satu vid yg selalu buat aku gelak,buat aku happy and buat aku lupa sebentar dengan masalah....Ntahla...budak2 ni...jiwa dorang suci sangat...Dimarah banyak kali pun, dorang tak pernah amik hati...sometime mcm takde pa2 berlaku...Sonok je kan jadi kanak2 ni...Takde masalah nak fikir..ingat nak berkawan dan bermain je...Hermmm....Jom tengok vid ni...

video
Vid ni kan time aku ajar dorang lagu bulan-bulan Islam...Mula2 ok, then makin lama makin layu...Sekali pasang lagu boboboi...tu diaaaa....hahahahha...

Apapun, dalam kepenatan melayan karenah dorang...Sesungguhnya apa sahaja ilmu yang aku curahkan walaupun mungkin aku tak sehebat guru terlatih tapi aku ikhlas...Ikhlas supaya suatu hari nanti dorang akan menjadi insan yang berguna...Insya Allah...


:: 30/10/12 - Ribut di Miri ::

:: 30 Oktober 2012 (Selasa) :: 

My hometown, Miri telah dilanda ribut kencang sekencang kencangnya...Dengan kilatnya yang terus sabung menyabung dah guruh berdentam dentum...Scary moment kot...Aku gtaw kat VBFF aku, "Aku asa ni ada kaitan dengan ribut taufan yang berlaku di New York yang kebetulan berlaku pada hari yang sama."...VBFF aku pun cakap, "Apa kaitannya? jauh kot....hahaha"...Aku pun jawab lagi "Kot2 tempias! hihihi"...Walau pelbagai andaian diberikan tapi aku percaya ni mungkin peringatan daripada Sang Pencipta...Who Knows kan? Mengingatkan hamba-Nya yang semakin leka dan lalai...Peringatan untuk aku jugak...hermmm

More pic akibat daripada ribut semalam yang di copy daripada kengkawan...Semoga kita sentiasa dilindungi dan semoga kita terus sedar daripada kelalaian yang dicipta sendiri...Anggap apa yang berlaku sebagai 'Signal' or 'warning' daripada NYA...






























Friday, October 19, 2012

.:: Jika KAU pilih AKU ::.

Jika KAU pilih AKU sebagai permaisuri hati,
pimpinlah aku menuju redha-NYA,
bukan membuka jalan untukku,
melangkah ke neraka.

Jika KAU pilih AKU sebagai permaisuri hati,
tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
pandanglah aku dengan kekuranganku,
nilai kembali niatmu
masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku?

Jika KAU pilih AKU sebagai permaisuri hati,
jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
sehingga saat halal itu berlaku.

Jika KAU pilih AKU sebagai permaisuri hati,
aku mohon agar kau sandarkan niatmu kepada yang menentukan,
aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
agar kita boleh menemukan insan yang tepat,
bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika KAU pilih AKU menjadi permaisuri hati,
ketahuilah,
tidak ku pinta kemewahan dunia,
tidak ku mahu kaya harta,
tetapi aku minta,
jadikan aku suri yang boleh mendapatkan istana di akhirat sana,
berikan aku jaminan untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redha-NYA.

Jika KAU pilih AKU dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
ketahuilah,
aku akan memilihmu kerana-NYA,
aaat itu ialah apabila aku tahu,
kenapa kau memilih aku.

Jawapannya ialah " Kau memilih Aku kerana DIA".

Tuesday, October 16, 2012

.:: Buah Terap / Tarap ::.

Assalamualaikum...

Seawal pagi ni nak berdiskusi pasal buah-buahan...hihihi...kalau rambutan, mangga, durian, limau tu memang dah biasa korang dengar...Tapi entri kali ni, nak kongsi sejenis buah yang mempunyai ikatan silaturrahim dengan buah nangka dan buah cempedak iaitu, buah terap atau dieja juga tarap.

Buah terap/tarap ni memang CONFIRM takde kat semenanjung...dan mesti ada yang baru first time tengok. Buah ni hanya terdapat di Sarawak dan mungkin juga dikawasan tertentu di Sabah...Lets me show...Camne rupa buah terap/tarap.

(Buah Terap/tarap yang masak)

(Buah Terap/tarap yang mentah)

Dari segi bentuk dan rasa buah ni memang berbeza daripada buah nangka mahupun buah cempedak...Biasanya pokok buah terap ni, dia agak  tinggi sikit...Jadi, korang boleh bayangkanlah kalau buah ni masak then jatuh...Sebab tu ada teknik-teknik tertentu macam mana nak ambik buah ni...Pertamanya, ofkoz la guna galah...better ambik time buah ni separa masak sebab kalau masak sangat memang susah nak ambil...kecuali kalau korang rasa terror sangat boleh sambut buah yg jatuh dari pokok tu...hihihi...tu pun belum boleh jamin yang buah tu akan jatuh dengan sempurna sifatnya...hehehe...Biasanya, ambik time dia baru nak-nak masak...then, kita boleh bungkus dan perap dalam news paper...for sure beberapa hari lepas tu buah tu confirm masak.. Rasa? takyah cakap la...Sorang pun boleh berabis (nak menunjukkan betapa sedapnya buah ni...hehehe...)... Selain guna galah, leh je kalau nak panjat...Takut nanti naiknya pandai,turunnya tak boleh... :P

(Pokok buah Terap/tarap)

Nak tunjuk sikit camne lak rupa dalam buah terap/tarap ni...

(Isi buah Terap/tarap)

(Biji buah Terap/Tarap)

Haaa...camne pulak cara nak bukak buah ni? Senang je...Pejam mata pun boleh buat....Tak caya? Tengok gambar kat bawah ni...

senangkan? Pastu makanlah sampai pengsan...hihihi...Memang tak rugi kalau korang try...

Selain boleh dimakan begitu saja...Buah Terap/tarap ni boleh juga dibuat gulai...Kalau buat gulai,kita akan ambik time buah ni tengah mentah....Potong macam korang potong buah nangka yang nak dibuat gulai...bezanya buah nangka ni besar gedebak...buah terap/tarap ni comey2 gitu...hahaha....Masak la nak masak macam mana sekalipun tapi kalau sy suggestkan masak lemak la...slurrrpppppp....

(Buah Terap/tarap yang mentah boleh juga dibuat gulai)

Disamping tu, buah terap/tarap ni kita boleh gak buat cucur...Kalau gulai tadi, kita ambik buah yang mentah...Kalau dibuat cucur pulak, haruslah ambik buah yang masak...Tak perlu kot nak bagi resepi cucur buah terap...hehehe..Sama je macam korang buat cucur-cucur lain...Dijamin sedap!


Hermmm..Atleast hari ni korang dah tahu sejenis buah yang tak pernah korang tengok (khususnya yang baru tengok buah ni)...tapi korang dah boleh bayangkan rupa buah terap/tarap ni macam mana..? tinggal nak rasa je lagi... Memandangkan sekarang ni musim buah ni kat myhometown...Jom,ambik tiket g Miri semata-mata nak makan buah ni...hehehe...just joke... :)

Kalau kena ngan musim buah ni korang melawat Sarawak (time ni memang tengah musim dia)...merupakan satu kerugian besar kalau tak rasa buah ni...Siyes! Tak sempurnalah journey korang (sampai gitu sekali...hahahaha)...

Dulu,time kecik2 puas makan buah ni sebab kat kebun datuk memang ada tanam buah ni tapi after dia meninggal kebun dia terbiar macam tu je...langsung tak diusahakan...So,sekarang ni main beli2 je...hukhukhuk... (touching la pulak)

Harap korang enjoy dengan entry kali ni...Untuk next entry,sy akan kongsi lagi buah-buah lain yang memang korang tak pernah tengok...Only in Sarawak...! Peaceee... >_<


Sunday, October 14, 2012

:: [update] 13/10/12 Cerekarama Salahkah Aku TV3 ::

                                

.::FULL MOVIE ::.



Assalamualaikum...

Baru selesai menonton cerekarama Salahkah Aku. Thumps up to Sein & Anzalna...Best sangat...Bagi aku, untuk tahun ni...ni lah cerekarama yang best selepas Cerekarama Perempuan Neraka dulu...Sebab apa? sebab banyak mesej-mesej berguna yang di sampaikan dalam 2 cerekarama ni...Cuma slack bahagian ending (scene dalam surau) bukan muhrim tapi duduk macam tu...Agak kurang sesuai la....Yang lain2, xmo komen lebih...

(Promo)



Sinopsis secara ringkas...Takdir telah menemukan mereka...Adam dan Allysa adalah sepasang suami isteri yang mempunyai gaya hidup yang berbeza...Adam seorang yang warak ; mempunyai kelulusan undang-undang (syariah) di Universiti Al-Azhar,Mesir manakala Allysa seorang yang gemar bersosial. Adam sedaya upaya menasihati isterinya namun usahanya tetap gagal  kerana bagi Allysa, Adam terlalu memaksa dirinya. Adam menemui jalan buntu, Allysa bukan sahaja enggan berubah tetapi perangai sosialnya semakin menjadi2. atas nasihat Ustaz Khalid (tempat rujukan dan guru agama Adam), Adam cuba memasuki dunia Allysa untuk memahaminya. Namun,apa yang berlaku adalah sebaliknya...Adam pula yang berubah manakala Allysa cuba menjadi isteri yang Adam impikan selama ini. Pelbagai konflik berlaku sehingga ingin membawa kepada penceraian diantara mereka...Namun, jodoh mereka kuat...

Peneraju utama cita ni, harusla Sein...Lama betul tak tengok die berlakon...Bila tengok dia...teringat cita Adamaya...Tambah-tambah lagi nama watak dia dalam cerekarama ni pun sama macam lam Adamaya, Adam... :) Watak Adam memang sesuai untuk Sein... Then, heroin dia pulak Anzalna...Aku bukan la peminat tegar Anzalna tapi memang thumps up la lakonan dia malam ni...good try...Nampak ayu je bertudung...kan? sweet sangat....

 Sein sebagai Adam

Anzalna sebagai Allysa

Ada beberapa moral of the story la yang aku rasa boleh di ambil daripada cerita ni :

1. Jangan disangka orang yang jahil itu tetap akan jahil dan yang warak itu akan tetap warak...Itu semua ujian daripada Allah.

2. Semua orang boleh berubah...Samaada berubah daripada jahat kepada baik atau sebaliknya. Pilihan ditangan kita...So, jangan menilai seseorang itu berdasarkan masa lalunya...Jangan pandang kejahatan seseorang macam dia pasti akan ke neraka. Tiada orang jahat yang tiada masa depan dan tiada orang baik yang tiada masa lampau.

3. Berhijrahlah kerana Allah bukan kerana orang lain.

4. Taat dan patuh la kepada suami...

# Betul tak?

Kalau cerita-cerita macam islamik-islamik sikit ni...paling best di dengar...ayat-ayat dorang...antara ayat best  yang sempat aku tangkap dalam cita ni... :

1. Farouk : "Kalau yang berubah daripada jahat kepada baik...dia akan terus menjadi baik kerana dia dah puas menjadi jahat tapi kalau dia berubah daripada baik kepada jahat, memang agak sukar untuk berubah kerana dia sudah leka mengejar kejahatan.

2. "Kalau nak pikat hati suami, pikatlah melalui masakan...Baca selawat 3x dan masak dengn IKHLAS..."

#dan ada beberapa lagi word dorang yang tak sempat nak tangkap tapi sangat sweet... :)

Last but not least... Tentu ada yang nak tahu lagu dalam cita ni kan... Lets me share :

1. Aku Yang Masih (Fakhrul Razi & Farawahida)


2. Kau Telah Pergi (Farah dhiya)



Kesimpulannya, Salahkah Aku? Salah satu cerita yang telah membuka mata dan hati aku tentang satu kehidupan dan mengajar aku tentang satu ilmu baru tentang ZUHUD. best movie ever... :)













Thursday, October 11, 2012

♥ Islamic Info ♥
















✿ Al-Fatihah ✿

Assalamualaikum...

Membaca Al-Fatihah adalah merupakan salah satu rukun solat. Apabila cacat bacaannya, maka rosaklah solat kita. Oleh itu, sama-samalah kita memperbaiki bacaannya dengan hukum tajwid (peringatan untuk diri saya sendiri juga). FYI (info ni baru tahu juga...Atleast kita nak tahu daripada kita tak nak tahu langsung...betul x?)...Kalau kita tak baca mengikut tajwid yang betul, ianya bukan sahaja mencacatkan bacaan malah maksudnya juga akan berubah.

Berubah yang macam mana tu? nak tahu tak...Kalau kita baca ikut suka kita (tanpa bertajwid) (maklumla...kadang2 baca laju2 sebab nak cepat...yes, its true sebab sy sendiri pun selalu buat macam tu...), bukan sahaja bacaan yang rosak, malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita...Tak caya? (sy pun bagai tak percaya...hehe...tapi memang sgt elok la info ni untuk kita berkongsi bersama sebab dari kecik (dari sekolah rendah ke sekolah menengah...dari sekolah menengah ke universiti) kita selalu belajar nama-nama rasul...nama-nama malaikat...jadi, tak pernah tahu yang syaitan-syaitan ni pun ada nama juga...kan..kan....kan....

lets check nama-nama syaitan :

1. DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya KA NAS

6. IYA ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya IYYA... IYYA bermaksud matahari. Dalam ayat ke 5, Jika salah bacaannya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan..!

7. SIROTOL LAZI ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti

8. AMIN... hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul, iaitu AA...dua harakat, semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insya Allah


U got it? Hermmm...Lepas ni...sama-samalah kita memperbaiki bacaan kita (tak kata pun kena bertarannum...ada tune2 macam hafiz dan hafizah...memadai kita jaga dari segi tajwid...penting tu sebab surah Al-Fatihah memang kita kena baca setiap dalam solat...Kalau kita dah tahu tajwid kita salah tapi masih berterusan nak buat salah...Susahlah macam tu...Tambah-tambah lagi yang selalu jadi imam atau buat bakal-bakal imam...Metaforanya...Macam kita naik kapal la...semuanya bergantung kepada nakhoda...kalau betul jalan yang dibawa..maka sampai la kita ke destinasinya...Kalau salah, sama-samalah sesat... Pergggghhh....bermadah pujangga pulak...Akukah yang bercakap nih? heheheh (just joke)...

Kesalahan-kesalahan lain yang kita biasa buat...Misalnya ;

1. Alehamdulillah (seolah-olah bunyi 'le'... sepatutnya dibaca, Alhamdulillah...

2. Malikiyan-middin...sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ('maa' dibaca 2 harakat)

3. Siro-thol-lazi na a'n a'm...Sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a'm...(perhati dalam Quran, yang pertama adalah huruf alif (ا), yang kedua baru huruf ain (ع) bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Last but not least... Semoga saya dan korang semua menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya...Im sharing because im caring sbb saya pun dalam proses belajar... Nak lebih detail...Saya selitkan vid Ustaz Don ni...Saya rasa mmg bagus vid nih dan banyak membantu...Selamat belajar... :)








Sunday, October 7, 2012

:: GAMPANG ::

Sumber : Mewah Bahasa Berita Harian.

Mak Limah menziarahi anaknya yang baru mengambil orang gaji dari Indonesia.......



**************

Mak Limah: Dah lama ke, kamu ambik budak tu?

Ros: Baru je mak. Kan masa mak datang bulan lepas tak ada lagi.......

Mak Limah: Isy! Kenapa nak pakai orang gaji?

Ros: Penatlah, mak. Dah dua orang anak ni tak larat nak jaga sorang, nak kemas rumah lagi.

Mak Limah: Alah, mak dulu boleh aje jaga kamu semua sampa
i tujuh beradik. Tak pernah pakai orang gajipun!



Ros: Dulu tu lain, mak tak kerja dan duduk keliling dengan mak bapa dan saudara-mara, semua boleh menolong. Sekarang ni duduk sendiri jauh dari kampung, jauh dari saudara mara. Ros pulak bekerja .........



Mak Limah: Yea lah, pandailah kau menjawab. Kerja apa dia buat di rumah ni? Semua ke? Masak sekali?



Ros: Masak tu idak le mak, dia tolong-tolong aje. Kalau dia masak, tak lalu nak makan, bukan apa, tak sesuai dengan selera kita. Yang pentingnya tu cuci rumah, menyapu, mengemop, cuci bilik air, lap kipas dan tingkap. Tapi yang paling pentingnya perlu sangat dia ni untuk gosok kain dan jaga budak. Tak larat dah nak gosok kain tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja.



Mak Limah: Mak ni bukannya apa, mak tengok dia ni tak berapa semiak! Nanti anak-anak kamu terikut........



Ros: Apa yang tak semiaknya mak? Ros tengok baik je budak tu. Sembahyang tak tinggal, masuk waktu aje terus sembahyang. Jarang jumpa orang macam tu.......



Mak Limah: Mulut dia tu.......



Ros: Mulut? Kenapa mulut dia? Tengok elok je.......



Mak Limah: Bukan rupa mulut, tapi yang keluar dari mulut dia tu!!



Ros: Kenapa?



Mak Limah: Dia ni mak tengok jenis suka maki hamun, suka mencarut. Baru dua hari mak di sini dah banyak kali mak dengo dia mencarut. Tak elok tu, kut didengo dek anak-anak kamu, terikut-ikut nanti!!



Ros: Tak pernah pulak dengar?! Apa dia kata?



Mak Limah: Isy!! Malu mak nak cakapkan apa dia cakap. (Berbisik) Kemarin masa baru sampai, dibutuh-butuhnya aku!! Heh! Tak semiak langsung, nak aje rasanya menyepak mulutnya tu.



Ros: Hehehee....... itu ke?!



Mak Limah: Gelak pulak kamu! Bukan itu aje. Bila aku minta tolong apa-apa, dikatanya mak gampang! Budak ni memang jenis tak semiak, elok kamu berentikan aje dia, cari ganti orang lain.



Ros: Hehehee....... apa yang tak semiaknya tu mak?! Dia bukannya mencarut macam tu.......



Mak Limah: Butuh ngan gampang tu tak mencarut kamu kata? Isy!! Apa nak jadi dengan kamu ni, dah kena buatan dia kamu ni gamaknya.



Ros: Betul! Tak mencarut pun. Dalam bahasa dia kalau dia kata butuh tu, sebenarnya dia tanya mak nak apa-apa ke. Nak pertolongan dia ke, nak apa-apa barang ke. Kalau dia kata gampang, maknanya senang, mudah, dia boleh buat atau dia boleh tolong. Dia bukannya mencarut.......



Mak Limah: Itu bahasa dia, tapi bahasa kita maki hamun, mencarut tu. Dia duduk dengan kita, kenalah ikut bahasa kita, kalau idak nanti anak-anak terikut-ikut. Kamu cakapkan kat dia, jangan guna perkataan tu lagi. Ajo dia bahasa kita!!



Ros: Betul gak tu mak. Nanti Ros cakapkan kat dia.......

Glosari
Gampang - (1) makian, anak haram
(2) (bahasa Indonesia) senang, mudah
Butuh - (1) kemaluan lelaki
(2) (bahasa Indonesia) memerlukan
Tak semiak - (dialek Perak) tidak senonoh

:: Salah Nombor! ::

Samad Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail... 

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking. 

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian. 

"Tidak" Jawab samad.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

samad Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya samad.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata samad Terus Meletakkan Gagang Telefon.






:: Ya Robb ::

Jika kau merasa lelah dan tidak berdaya
daripada usaha yang sepertinya sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih berasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu
sedang menunggu sesuatu
dan waktu terasa berlalu begitu sahaja
Allah sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba
segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak
masuk akal dan kau berasa tertekan
Allah dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar
dan kau berasa ingin mengucap syukur
Allah telah memberimu rahmat.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan
kau dipenuhi ketakjuban
Allah telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk
dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingatlah bahawa di mana pun kau
atau ke mana pun kau menghadap
Allah SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...