Jika KAU pilih AKU sebagai permaisuri hati,
pimpinlah aku menuju redha-NYA,
bukan membuka jalan untukku,
melangkah ke neraka.
Jika KAU pilih AKU sebagai permaisuri hati,
tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
pandanglah aku dengan kekuranganku,
nilai kembali niatmu
masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku?
Jika KAU pilih AKU sebagai permaisuri hati,
jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
sehingga saat halal itu berlaku.
Jika KAU pilih AKU sebagai permaisuri hati,
aku mohon agar kau sandarkan niatmu kepada yang menentukan,
aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
agar kita boleh menemukan insan yang tepat,
bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika KAU pilih AKU menjadi permaisuri hati,
ketahuilah,
tidak ku pinta kemewahan dunia,
tidak ku mahu kaya harta,
tetapi aku minta,
jadikan aku suri yang boleh mendapatkan istana di akhirat sana,
berikan aku jaminan untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redha-NYA.
Jika KAU pilih AKU dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
ketahuilah,
aku akan memilihmu kerana-NYA,
aaat itu ialah apabila aku tahu,
kenapa kau memilih aku.
Jawapannya ialah " Kau memilih Aku kerana DIA".
Makceh daUn kelaDi...
Labels
Islamic Info
(17)
Info
(15)
Muhasabah Diri
(12)
Jabatan Sosio-Budaya Melayu UM
(9)
Adam dan Hawa
(8)
Maher Zain
(7)
Nota Kuliah
(7)
Poret time
(6)
A jOurney to remember
(5)
BFF
(5)
Meh Nak Ajar
(5)
Movie Best
(5)
Beautiful Words
(4)
Meh Release Tension
(4)
Mine
(4)
Touching Story
(4)
Kreatif
(3)
La Tahzan
(3)
MizzAnne Resepi
(3)
Setia Hujung Nyawa
(3)
Special About Sarawak
(3)
Tasha Manshahar dan Shamim
(3)
AJL
(2)
Cover Songs
(2)
MyEditing Mode
(2)
News
(2)
Novel
(2)
Poret Ramadhan 2013
(2)
Ragam Bahasa
(2)
Tentang LELAKI
(2)
Tentang WANITA
(2)
Astrid
(1)
Belajar Jawi
(1)
Chris Medina
(1)
Diari Hatiku
(1)
Exam Mode
(1)
For Sale
(1)
Gossip Girl
(1)
Japanese Language
(1)
Makanan Melayu
(1)
Masihkah Kau Ingat
(1)
Monolog
(1)
New Chapter 1435H
(1)
Poems
(1)
Save GAZA
(1)
School Diary
(1)
Ustaz Azhar Idrus
(1)
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Friday, October 19, 2012
Sunday, July 22, 2012
:: Sekadar Renungan ::
Dia adalah penarik beca selama 20 tahun yang telah menderma sebanyak RM150,000 untuk membantu 300 pelajar yang amat miskin.
Pada satu musim salji, beliau telah memberi RM250 terakhirnya untuk cikgu2 pelajar tersebut dan berkata, "Ini adalah derma terakhir saya kerana saya sudah tua dan tidak dapat bekerja lagi". Beliau meninggal dunia pada umur 93. Namanya Bai Fan Li
Anda tidak perlu menjadi kaya sebelum anda menolong orang yang susah.
Wednesday, February 1, 2012
♥...Nice Story...♥
Jadikan
situasi ini sebagai iktibar kepada mereka yang sedang hangat
bercouple...ketahuilah bahawa bercouple adalah jalan menghampiri zina dan ianya
mampu untuk berzina...oleh itu halalkan(Nikah) segera perhubungan anda itu .
Wanita 1 : Betul U
sayang I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I...

Lelaki: I pegang
sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..
Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je . jangan cakap apa-apa. I pegang sikit je.boleh ye sayang??

Setahun selepas itu. . .
Wanita 1 : Sampai hati..U tipu I.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan I. Tapi
bila u dah dapat. U nak kahwin dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang senang-senang I
boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. Bukan macam u, yang senang-senang bagi
tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan
U?
Wanita 1: Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak, macam-macam janji
manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?
Lelaki : I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi,I ambil laa. .
Wanita 1: U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan u..
Lelaki : U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.
Wanita 1: U akan dapat balasannya nanti . .
Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya.. MALAM
PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA.
Lelaki : Sayang… I love u so much..
Wanita 2: Me too sayang..
Lelaki : I bertuah kahwin dengan u.
Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat u..
Lelaki : Apa dia sayang?
Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I.. I pernah
tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je.. Cari kepuasan sebelum
kahwin.. Tapi bila nak kahwin,I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami I.. U
tak kisahkan?
Lelaki : WHAT????!!!!!!!!!!!!!!!! (terkejut)
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki
yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang
baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(An-Nur’:26).
Sunday, January 29, 2012
:: Catatan buat A.D.A.M ::
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak heranlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih... ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya, karena andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku niscaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau beliaulah suasana Adam sesama Adam bermusuhan hanya karena Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satutetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.
Adam,
Bukan karena banyaknya isterimu membimbangkan daku. Bukan karena sedikitnya bilanganmu memunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu telah kuketahui bahwa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.
Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memperhatikan dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?
Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang mendurhakaimu. Banyak yang telah menyimpang dari jalanyang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari ujung rambut sehingga keujung kaki. Tapi realitanya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.
Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Selayaknya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tidak bekerja. Kau perhatikan saja aku naik tangga bambu. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?
Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesoknya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka ibu bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah penyebabnya!!!
Adam,
Kau selalu mengatakan, Hawa memang degil! Tidak mau dengar kata! Tidak mudah makan nasehat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah teladanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah teladanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?
Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Karena kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.
Pimpinlah tanganku karena aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya kau masih lalai karenamu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda.Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri.
Wallahualam.

✿...Andai Lelaki Tahu...✿
Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,
tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh,
tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat kamu rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang,
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil
yang memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat,
dia hanya mahukan yang terbaik dari anda.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada,
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan jarang mengatakan ' I LOVE YOU',
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai,
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata,
tetapi juga melalui bahasa tubuh badan.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya,
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya,
walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya.
Selagi dia dengan kamu,percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata,
"tolong tinggalkan saya!",
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Dia terlalu emosional,
tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri,
tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Disebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah,
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia datangnya bukan dengan kelemahan sahaja tetapi juga ada kekuatan yang menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang juga akan menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.
#Sumber : Dunia macam-macam#

Saturday, May 14, 2011
Bagaimana Wardina mendidik anak solat 5 waktu
Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…”
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Malaikat kecil
“Pada
setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang
Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri
jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan
Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!

Sunday, April 24, 2011
CINTA yang IKHLAS..........
“KEIKHLASAN”
Ungkapan Yang Biasa Kita Dengar Terutama Dalam Sesuatu Kisah Cinta. Di sini ada sebuah kisah cinta untuk anda…cinta yang ikhlas…sangat ikhlas….
Ada seorang jejaka terjumpa buku di taman. Di dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya, dan juga tertera ‘Aisyah yang sedang mencari sahabat hati’.
Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku itu kepada si gadis misteri itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan si jejaka, dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu.
Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu.
Si jejaka amat ingin bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis tersebut.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil berkhidmat misi ketenteraan di luar negara. Si jejaka susah hati kerana bimbang dia mungkin tidak dapat berjumpa gadis kesayangannya.
Maka diutus sepucuk surat berbunyi: “Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayangkan padaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar berwarna merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku.”
Selang beberapa tahun, pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai perwira negara, si gadis yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya, sambil memegang sekuntum bunga mawar merah.
Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah,seperti dalam perjanjian mereka dahulu. Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi.
Tetiba si jejaka ternampak si gadis yang gemuk, hitam, berjerawat, duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis mencari seseorang.
Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tanganya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza imaginasinya.
Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan menyapa, Aisyah? Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata: “Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu.”
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata:”Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu dengan orang tuamu.”
Berapa ramaikah lelaki yang sesuci hati jejaka ini? Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu??

Kalau TUHAN itu baik..kenapa DIA....
Di sini ada sebuah kisah seorang gadis Melayu, beragama
Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah
negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali
pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di
premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para
pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Sekiranya didapati melakukan kesalahan, mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika suatu operasi yang dijalankan, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun dikenakan denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ini pun memberi nasihat, “Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ini termasuk dalam perintah Allah. Ringkasnya, jika taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Jika derhaka akan perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan itu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga kerana tak tahan mendengar nasihat ustaz tadi. Ditambah pula dengan hati panas kena denda kerana tidak memakai tudung.
Ustaz itu terkedu sebentar. Bahaya budak ini. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis itu berkata-kata, ustaz itu pun menjawab: “Adik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Tak mengapa, sebab neraka tidak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan itu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz berkata begitu. Sedang dia terpinga-pinga dengan muka “confused”, ustaz tu pun jelaskan, “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga. Lepas itu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tidak ada siapa yang akan terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.
“Ah..!! Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la boleh terlepas begitu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita serta segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, bahawa semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga.
Ambillah Pengajaran Ini Wahai Sahabat Sekalian. Berfikir Dahulu Sebelum Berkata-Kata.
Wallahulam.

Wednesday, April 20, 2011
Bacalah..Jika anda seorang yang PRIHATIN...
Artikel ni aku amik dri facebook...Tidak bermaksud untuk menyentuh mana2 sentimen agama or sesiapa pun..hanya sekadar mahu berkongsi cerita...Kadang2..kita sendiri pun terleka...Sama2 la kita memperingati antara satu sama lain...TAK rugi.... :)
Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia
Kejadian
benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas.
Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya
tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika
pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini
telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai
oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang
memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang
agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di
pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah,
pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya
dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan
anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah Mendengar jawapan lelaki
tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si
Cina tersebut.
Huru hara lah suasana di carrefour itu.
Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour
yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi.. Apa yang di
lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di
contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...Tapi
malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang
sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun
pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan
keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh
saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam
selepas dihina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni
sedang menunggu untuk disaman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut
malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana
beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.
Pengajarannya,
sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin
menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya,
tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2
kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.
Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..!
1.Jika anda orang Islam sila sebarkan email ini..!!
2.Jika anda orang bukan Islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam ini
*Biarpun artikel nih pendek..namun kandungannya banyak memberi erti...renung2kan lah....
Saturday, April 16, 2011
~~AYAH~~
Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap
hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk
menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.
Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Thursday, April 7, 2011
Demi Cinta ALLAH
Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati
Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya,
dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang
dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki
menyentuh dirinya.
Namun, tatkala dia merasakan dirinya cukup
bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan
dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya
dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan
madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan
jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan
caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi
rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan
cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia
tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah
semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata
cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh,
syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka
menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang
sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah
suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?.
Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai
melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang
padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus
cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun
mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya
dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan
hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya
dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan,
mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun
untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon
petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta
Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah.
Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
"Demi
cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku
kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan
pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu
untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."
Subscribe to:
Posts (Atom)