Makceh daUn kelaDi...

Showing posts with label Islamic Info. Show all posts
Showing posts with label Islamic Info. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

:: Babi & 'Branding'nya ::

Tajuk : Babi / khinzir dan 'Branding'nya
Sumber : Sahabat Halal Jakim


1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50 Kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 Kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu babi.

9. Lard : Minyak yang berasaskan lemak babi.

10. Ham : Daging bahagian peha babi.

11. Bacon : Daging babi yang diperap dengan garam.

12. Pepperoni : Sejenis salami yang biasanya diperbuat daripada pork dan beef.

13. Spam : Spice ham.

14. Sus Scrofa : Babi liar 'Wild Boar'.

15. Bak kut teh : Sup yang sinonim dengan sup babi.

16. Pancetta : Italian bacon.

17. Chorizo : Sosej diperbuat daripada pork meat

#Kalau di Malaysia...Kebanyakan resepi yang asalnya daripada babi telah digantikan dengan daging lembu, ayam atau turkey...Ham, bacon, pepperoni dan lain-lain. Sedangkan asalnya adalah merujuk kepada babi...Apa yang dikhuatiri, apabila berada di luar negara, benda-benda ini adalah dalam bentuk asalnya daripada babi...Ada dalam kalangan kita yang tersilap termakan...Jadi, berhati-hatilah...Jangan main terkam je

#Jika ada lagi istilah-istilah yang tidak tersenarai, sama-sama kita kongsikan k... :)



Monday, December 3, 2012

:: Hukum dan Hikmah Memotong Kuku ::


Kuku yang dicipta oleh Allah SWT mempunyai peranan dan kepentingannya kepada manusia. Dalam Islam, kuku berperanan dalam beberapa hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun dilihat seolah-olah perkara kecil, kadang-kadang ia menjadi perkara besar. Contohnya ketika seseorang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kuku. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wuduk atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.


Hukum dan Hikmat Memotong Kuku


Memotong kuku termasuk dalam amalan sunat. Hal ini disebut dalam hadis iaitu daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya “Sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah (sunnah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak). Berkata Zakaria “Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur” (Riwayat Muslim)


Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku kaki atau tangan. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku adalah menghilangkan kekotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya. Kotoran itu jika tidak dibersihkan akan dan boleh menghalang air ketika bersuci. Selain itu, jika kuku dibiarkan panjang segala kekotoran atau najis akan terlekat padanya dan nescaya ia menjejaskan kesihatan.



Cara dan benda untuk memotong kuku.


Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan,kemudian kaki kiri. 


Harus seseorang memotong menggunakan gunting, pisau atau benda khas seperti alat pemotong kuku supaya tidak memudaratkan kuku atau jarinya. Selesai memotong kuku segeralah membasuh tangan dengan air. Ada riwayat mengatakan bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta.



Waktu Memotong Kuku


Islam juga mengambil kira waktu memotong kuku yang tidak tertakluk kepada panjang kuku tersebut. Kuku harus dipotong pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, jangan membiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Hal ini diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang bermaksud “Sudah ditentukan waktu bagi kami memotong misaim, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam”. (riwayat Muslim)


Menurut Imam Syafie dan ulamaknya, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.


Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah katanya, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang bersaf, kemudian mengerjalan solat sunat, dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata apa-apa hinga selesai solat, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya” (Riwayat Ahmad).


Daripada Abu Hurairah maksudnya “Nabi saw memotong kuku dan menggunting misaim pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk solat” (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani). Sementara itu, menurut Ibnu Hajar, sunat memotong kuku pada Khamis, pagi Jumaat atau Isnin.



Menanam Potongan Kuku


Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuklah anggota badanya. Kuku yang dipotong, sunat ditanam dalam tanah sebagai tanda hormat kerana ia adalah anggota manusia.


Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas dan Junub


Kitan al-Ihya’ ada menyatakan bahawa jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum mandi junub. Ini kerana potongan itu akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.



Memanjangkan Kuku


Tabiat memanjangkan kuku bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw yang menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku panjang, nescaya banyak perkara yang membabitkan hukum seperti wuduk, mandi wajib dan sebagainya. Selain itu, antara perkara sunat dilakukan kepada orang sakit atau nazak adalah mengelokkan diri iaitu dengan memotong kuku, misaim, mencabut bulu ketiak, cukur bulu ari-ari, bersugi, mandi, berwangian dan memakai pakaian bersih.

Wednesday, November 28, 2012

.:: Orang Pertama ::.


1.Orang yang pertama menulis Bismillah :

Nabi Sulaiman AS.

2.Orang yang pertama minum air zamzam :

Nabi Ismail AS.

3.Orang yang pertama berkhatan :

Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5.Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6.Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7.Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8.Orang yg pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9.Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10.Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11.Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12.Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13.Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14.Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15.Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16.Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17.Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18.Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19.Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :

Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20.Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA 


22.Orang yg pertama mengasaskan usulfiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24.Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25.Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yg pertama mengadakan baitulmal :
Umar Al-Khattab RA

27.Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29.Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Thursday, October 11, 2012

♥ Islamic Info ♥
















✿ Al-Fatihah ✿

Assalamualaikum...

Membaca Al-Fatihah adalah merupakan salah satu rukun solat. Apabila cacat bacaannya, maka rosaklah solat kita. Oleh itu, sama-samalah kita memperbaiki bacaannya dengan hukum tajwid (peringatan untuk diri saya sendiri juga). FYI (info ni baru tahu juga...Atleast kita nak tahu daripada kita tak nak tahu langsung...betul x?)...Kalau kita tak baca mengikut tajwid yang betul, ianya bukan sahaja mencacatkan bacaan malah maksudnya juga akan berubah.

Berubah yang macam mana tu? nak tahu tak...Kalau kita baca ikut suka kita (tanpa bertajwid) (maklumla...kadang2 baca laju2 sebab nak cepat...yes, its true sebab sy sendiri pun selalu buat macam tu...), bukan sahaja bacaan yang rosak, malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita...Tak caya? (sy pun bagai tak percaya...hehe...tapi memang sgt elok la info ni untuk kita berkongsi bersama sebab dari kecik (dari sekolah rendah ke sekolah menengah...dari sekolah menengah ke universiti) kita selalu belajar nama-nama rasul...nama-nama malaikat...jadi, tak pernah tahu yang syaitan-syaitan ni pun ada nama juga...kan..kan....kan....

lets check nama-nama syaitan :

1. DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya KA NAS

6. IYA ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya IYYA... IYYA bermaksud matahari. Dalam ayat ke 5, Jika salah bacaannya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan..!

7. SIROTOL LAZI ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti

8. AMIN... hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul, iaitu AA...dua harakat, semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insya Allah


U got it? Hermmm...Lepas ni...sama-samalah kita memperbaiki bacaan kita (tak kata pun kena bertarannum...ada tune2 macam hafiz dan hafizah...memadai kita jaga dari segi tajwid...penting tu sebab surah Al-Fatihah memang kita kena baca setiap dalam solat...Kalau kita dah tahu tajwid kita salah tapi masih berterusan nak buat salah...Susahlah macam tu...Tambah-tambah lagi yang selalu jadi imam atau buat bakal-bakal imam...Metaforanya...Macam kita naik kapal la...semuanya bergantung kepada nakhoda...kalau betul jalan yang dibawa..maka sampai la kita ke destinasinya...Kalau salah, sama-samalah sesat... Pergggghhh....bermadah pujangga pulak...Akukah yang bercakap nih? heheheh (just joke)...

Kesalahan-kesalahan lain yang kita biasa buat...Misalnya ;

1. Alehamdulillah (seolah-olah bunyi 'le'... sepatutnya dibaca, Alhamdulillah...

2. Malikiyan-middin...sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ('maa' dibaca 2 harakat)

3. Siro-thol-lazi na a'n a'm...Sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a'm...(perhati dalam Quran, yang pertama adalah huruf alif (ا), yang kedua baru huruf ain (ع) bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Last but not least... Semoga saya dan korang semua menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya...Im sharing because im caring sbb saya pun dalam proses belajar... Nak lebih detail...Saya selitkan vid Ustaz Don ni...Saya rasa mmg bagus vid nih dan banyak membantu...Selamat belajar... :)








Sunday, July 29, 2012

:: Info Ringkas Sepanjang Bulan Ramadhan ::

1. Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa

1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya.

2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika termuntah, tidak batal puasanya.

3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari.

4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) sama ada dengan tangannya, atau isterinya, atau orang lain, atau memeluk isterinya dengan syahwat. Jika keluar mani hanya kerana terpandang atau terfikir sesuatu yang mengghairahkan, maka hukumnya sama dengan mimpi basah di siang hari, i.e. tidak batal puasanya dan tidak wajib qadak. Begitu juga dengan keluar air mazi, tidak batal puasanya.

5) Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yang terbuka. Tidak batal memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yg tertutup seperti mata (memakai celak atau menitik ubat pada mata) dan sebagainya. Tidak batal juga memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka jika tidak sampai ke dalam perut, seperti mengorek hidung atau mengorek telinga atau menitik ubat telinga.

6) Berniat untuk berbuka puasa, walaupun tidak makan apa-apa.

7) Makan, minum atau berjimak kerana menyangka bahawa telah terbenam matahari (masuk waktu Maghrib), tetapi sebenarnya belum. Atau belum terbit matahari (masuk waktu Subuh), tetapi sebenarnya sudah. Ini adalah pandangan jumhur.

8) Berjimak dengan sengaja.

9) Murtad.

10) Gila, walaupun sebentar.

11) Makan atau minum ketika azan subuh dilaungkan. Ramai menyangka masih boleh makan dan minum ketika azan dilaungkan sehinggalah tamat azan. Ini adalah pandangan yang salah, kerana muazzin tidak disyariatkan untuk azan sehinggalah terbit fajar. Sesiapa yang meneruskan makan atau minum selepas muazzin mula melaungkan azan, maka batal puasanya dan wajib qadak.



2. Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa

1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.

2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.

3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.

4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)

5) Berbekam.

6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika dilakukan secara berlebih-lebihan.

7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana makanan tersebut tidak sampai ke halkum.

8) Menghidu bau-bauan.

9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak. Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.

10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).

11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal puasanya.

12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif jiddan).

13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) . Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.

14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination) .

15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.

16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

17) Pendermaan darah atau menerima darah.

18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).

19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.

20) Ambil darah untuk ujian makmal.

21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)

22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.

24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.

25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).

26) Ubat asthma (inhaler).

27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).

28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis

30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.


Rujukan:
  • Fiqh As-Sunnah, Sayyid Sabiq
  • At-Taqriirat As-Sadiidah Fi Al-Masaili Al-Mufidah
  • Ibadah Pesakit Terbitan PERUBATAN Mesir
Sumber : fiqhmedic.wordpress.com

Thursday, July 12, 2012

:: Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2012 Bagi Negeri Sarawak [ZON II]



:: Cara Untuk Elak Santau Melalui Makanan [WAJIB BACA] ::

Ni entry last untuk hari ni yang saya rasa bukan makruh,sunat atau harus saya kongsi tapi WAJIB saya kongsi kat korang semua...Zaman sekarang memang ada macam2 jenis manusia...Tak semua orang suka kat kita waima orang paling dekat ngan kita pun kadang-kadang ada niat busuk...Memang kita disuruh untuk bersangka baik kat sapa2 tapi harus juga berwaspada....Orang nak buat jahat,ada macam2 cara...Salah satu daripadanya ialah santau...santau ni ada macam2 santau tapi yang femes santau melalui makanan...tak nak cakap lebih la... baca info daripada Ustaz Mohd Zawawi Yusoh ni...Sama-sama kita beringat dan sama-sama kita mengamalkannya...




DALAM sebutan rumi :
" BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM "

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Monday, April 2, 2012

Kenali Nabi Muhammad S.A.W

Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia.
Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.

Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.

Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim. Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.

Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.

Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman;

Nama :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)

Nama bapa :
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Nama ibu :
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Tempat lahir :
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Tarikh lahir :
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tarikh wafat :
Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.

Tempat wafat :
Madinah Al-Munawwarah.

Usia ketika wafat :
63 tahun.

Nama isteri-isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar

Nama anak-anak :
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)

Bentuk fizikal :
Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu. Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal. Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antar kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian. Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.

Warna kegemaran : 
Merah, Putih dan Hijau.

Makanan kegemaran : 
Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.

Sukan kegemaran : 
Menunggang kuda, memanah dan berenang.

Peperangan yang disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk

Demikianlah sebahagian dari biodata ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.... :))

Tuesday, May 3, 2011

Mengapa KITA sembah Kaabah??

Mengapa sembah Kaabah? Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky.
Lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad.

***********************************************

Jacky: “Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”

Ahmad: “Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”

Jacky: “Baitullah tu apa?”


Ahmad: “Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”

Jacky: “Allah ada dalam tu?”

Ahmad: “Tak..”

Jacky: “Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”

Ahmad: “Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”

Jacky: “Kamu sembah apa?”

Ahmad: “Saya sembah Allah swt”

Jacky: “Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”

Ahmad: “Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”

Jacky: “Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”

Ahmad: “Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?”

Jacky: “Pernah.. selalu..”

Ahmad: “Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”

Jacky: “Tengok perlawanan bola la..”

Ahmad: “Di mana?”

Jacky: “Dalam tv la..”

Ahmad: “Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”

Jacky: “Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”

Ahmad: “Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”

Jacky: “So..?”

Ahmad: “Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”

Jacky: “Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu..”

Ahmad: “Peliknya..”

Jacky: “Sebab apa pulak pelik?”

Ahmad: “Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”

Jacky: “Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”

Ahmad: “Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”

Jacky: “Ya.. tak pelik..”

Ahmad: “Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”

Jacky: “Erk.. kau betul..”

Maka terjawablah persoalan Jacky selama ini yang memikirkan mengapa umat Islam menyembah kaabah.

Wallahualam.

Saturday, April 30, 2011

Rahsia 13..

Inilah dia rahsia As-Solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu…..

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

 

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

 

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

 

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

 

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

 

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

 

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

 

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

 

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

 

10.Tahiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

 

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

 

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

 

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

 

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Diet Rasulullah S.A.W

Menurut kajian yang telah dibuat,kebanyakan penyakit yang datang adalah berpunca daripada makanan.Pemakanan yang tidak mengikut garis panduan yang betul sememangnya akan mengundang pelbagai jenis penyakit.

Hal inilah antara penyebab terjadinya berbagai penyakit seperti  penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.

Sebagai umat Islam,kita seharusnya mencontohi rahsia diet yang diamalkan oleh Rasullulah. Baginda begitu mengambil berat akan soal pemakanan bagi menjamin kesihatan baginda dalam melakukan ibadat kepada Allah.

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayat baginda kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Sesungguhnya makan juga tergolong dalam ibadat.

Antara diet yang diamalkan oleh Rasulullah adalah:
a)     Jangan makan DAGING bersama IKAN
b)     Jangan makan IKAN bersama SUSU
c)     Jangan makan IKAN bersama TELUR
d)     Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
e)     Jangan minum SUSU bersama CUKA
f)      Jangan minum SUSU bersama DAGING
g)     Jangan makan BUAH bersama SUSU CONTOH :- KOKTEL
h)     Jangan makan AYAM bersama SUSU

ANTARA TIPS CARA MAKAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH:
  • Jangan makan buah setelah makan nasi , sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
  • Jangan sesekali tinggal makan malam .. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan mempercepatkan kita  mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam terkandung ion positif  sedangkan dalam ikan pula mengandung ion negatif, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
  • Selain itu juga,Nabi juga turut mencegah seseorang itu meniup air yang panas.Menurut para ilmuan,molekul karbon dioksida (CO2) yang dihembus ke dalam molekul air (H2O) akan membentuk asid (CH2O3) yang boleh membahayakan kesihatan.
Berikut adalah beberapa garis panduan yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam mengekalkan kesihatan kita.Antaranya ialah:
  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan  kurus dan tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air yang berisi ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah yang mengandungi oksigen akan mengalir ke ruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari-jari  tersebut. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis bahan yang membantu percernaan makanan)

Sunday, April 24, 2011

MALAIKAT MAUT menziarahi kita setiap 21 minit?

Kita di ziarah malaikat maut setiap 21 minit?? Seramnya…

Bismillahirrahmanirrahimm…
Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati org itu ada yg sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala utk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinye sentiase diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dgn malaikat maut.

1 hari=24 jam= 1440 minit
1440 minit/70=20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT!
Kawan-kawanku, kesimpulannya, sentiasalah ingat MATI..ajal boleh datang bila-bila masa….walau di mana pun kita berada, ingatlah MATI…kerana Muslim yg Cemerlang dan Berjaya sentiasa ingatkan MATI…

Friday, August 20, 2010

raMadhan datang laGi..

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain..Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh juga mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang..Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan animisme.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada Tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa sang pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa didunia ini adanya Tuhan kerana itu merupakan suatu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia dilandasan yang betul iaitu mengakui Tuhan itu hanyalah Allah S.W.T. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah S.W.T. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana2 ahli fikir jika tidak merujuk kepada Al Quran. Ahli2 sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air,tanah,api,udara dan sebagainya. Demikian juga ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskannya jika tidak Allah S.W.T itu sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kpg berdepan dgn pelbagai mesin digudang yang besar,tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia,adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia, iaitu Allah S.W.T. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman-berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah S.W.T..

Jurupandu kepada umat ialah para anbiya' khususnya diakhir zaman ini ialah nabi Muhammad S.A.W. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah S.W.T yang bermaksud;

"bulan ramadhan,bulan yang didalamnya diturunkan(permulaan) Al-Quran
sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk 
itu dan pembeza(antara yang hak atau yang bathil)
Surah Al-Baqarah,ayat 185
Puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun agama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri sudah tentunya akan mewajibkan keatas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah drpd aspek kesihatan. Apatah lagi apabila ia merupakan suatu perintah daripada Allah S.W.T, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi untuk membuktikan kepatuhan mereka.


Inilah sebabnya mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam ertik kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun menurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah.

(sUmber : petikan yang dipetik drpd sebuah tazkirah)

Melalui kesempatan yang masih ada...selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam...semoga ramadhan kali ini lebih bermakna daripada ramadhan yang sudah2.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...