Makceh daUn kelaDi...

Friday, August 20, 2010

raMadhan datang laGi..

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain..Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh juga mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang..Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan animisme.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada Tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa sang pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa didunia ini adanya Tuhan kerana itu merupakan suatu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia dilandasan yang betul iaitu mengakui Tuhan itu hanyalah Allah S.W.T. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah S.W.T. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana2 ahli fikir jika tidak merujuk kepada Al Quran. Ahli2 sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air,tanah,api,udara dan sebagainya. Demikian juga ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskannya jika tidak Allah S.W.T itu sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kpg berdepan dgn pelbagai mesin digudang yang besar,tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia,adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia, iaitu Allah S.W.T. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman-berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah S.W.T..

Jurupandu kepada umat ialah para anbiya' khususnya diakhir zaman ini ialah nabi Muhammad S.A.W. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah S.W.T yang bermaksud;

"bulan ramadhan,bulan yang didalamnya diturunkan(permulaan) Al-Quran
sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk 
itu dan pembeza(antara yang hak atau yang bathil)
Surah Al-Baqarah,ayat 185
Puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun agama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri sudah tentunya akan mewajibkan keatas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah drpd aspek kesihatan. Apatah lagi apabila ia merupakan suatu perintah daripada Allah S.W.T, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi untuk membuktikan kepatuhan mereka.


Inilah sebabnya mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam ertik kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun menurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah.

(sUmber : petikan yang dipetik drpd sebuah tazkirah)

Melalui kesempatan yang masih ada...selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam...semoga ramadhan kali ini lebih bermakna daripada ramadhan yang sudah2.....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...