Makceh daUn kelaDi...

Showing posts with label Movie Best. Show all posts
Showing posts with label Movie Best. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Telemovie : Cinta Halal

Assalamualaikum...




Malam ni sangattt indah...Kenapa? Sebab dapat tengok muka Cinta Hati kita untuk kesekian kalinya di TV...Sapa lagi kalau bukan Mr Fahrin Ahmad... :) ...Hermmm...Mesti ramai yang tengok cita "Cinta Halal" kat TV3 jam 9 malam tadikan...Cerita ni pernah ditayangkan sebelum ni dalam Telemovie Istimewa Awal Muharram tapi atas permintaan peminat barangkali, cerita ni ditayangkan semula...Pelakon utama dalam cerita ni ialah Fahrin Ahmad dan Nur Fathia. Pelakon lain : Hanez Suraya, Lidyawati, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.Seriously, cerita ni sangat comeyl sama ada dari segi jalan ceritanya dan juga pelakonnya....

Sinopsis :

Cerita ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama, Ismi (Nur Fathia). Ismi merupakan seorang gadis yang periang,ceria tapi berperwatakan agak kasar tidak seperti gadis lain. Ismi baru sahaja kehilangan pekerjaannya buat kali kelima lantaran daripada sikapnya yang suka mencari pasal di tempat kerja. Kerana sikapnya yang sering dibuang kerja menyebabkan ibunya terpaksa meminta bantuan kepada majikannya untuk memberi peluang anaknya bekerja di syarikat milik majikannya. Oleh kerana ibunya sudah lama bekerja disyarikat tersebut, tidak menjadi masalah untuk majikannya membantu. Pada mulanya Ismi tidak mahu tetapi atas desakan ibunya yang berterusan menyebabkan Ismi akur lalu menghadiri sesi temuduga. Nasib telah menyebelahi Ismi, akhirnya dia telah mendapat pekerjaan tersebut.Ismi terpaksa melakukan pengorbanan yang besar daripada segi pakaian dan tingkah laku sekadar memenuhi permintaan syarikat.

Ismi telah jatuh hati kepada pengurusnya, Syed Mukhriz(Fahrin Ahmad) seorang lelaki yang warak dan merupakan anak kepada majikan ibunya. Malangnya, Syed Mukhriz langsung tidak memandang Ismi apatah lagi Ismi hanyalah seorang pekerja bawahan dan langsung tidak menepati ciri-ciri wanita yang di idamkannya. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh Ismi untuk menawan hati Syed Mukhriz, namun tetap tidak berhasil tetapi dia tidak pernah kenal putus asa.

Kerana sikapnya yang selalu berterus-terang dan jujur telah sedikit sebanyak membuka pintu hati Syed Mukhriz untuk menerimanya. Pelbagai adegan serta kisah lucu yang berlaku sepanjang cerita ni...Yang belum berkesempatan tengok, jangan lupa tengok....Memang tak rugi korang peruntukan masa kurang daripada 2 jam untuk tengok cerita ni..




# Banyak-banyak skrip dalam cita ni, kan...Kita tertarik satu ayat ni yang dilafazkan oleh Syed Mukhriz time dia tengah berdoa selesai sahaja solat di ruang pejabatnya :

"Ya Allah,aku terlalu angkuh selama ini menginginkan sesuatu yang sempurna kerana aku riak merasa diri ini sempurna. Aku lupa bahawa tiada satu pun yang sempurna di dunia ini, selain dari-Mu, ya Allah."

#Cerita ni banyak jugak scene yang humor tapi yang tak boleh belah...Time part last, scene dalam kolam renang bila Ismi excited dengar Syed Mukhriz lamar dia sampai jatuh dalam kolam renang...Fahrin nak pegang untuk selamatkan Ismi pun boleh g cakap " haram! haram!" Memek muka Syed Mukhriz masa tu memang lucu...hahaha...dan ingatkan la kolam renang tu dalam sangat rupa-rupanyaaaa...hahahhaa...memang terhibur la....Thumps up untk semua team Cinta Halal...Hilang tension... :)





Sunday, December 2, 2012

[UPDATE 26/12/12] Telemovie : Ke Pintu Bahagia

Update (26/12/12) Telemovie "Ke Pintu Bahagia" akan ditayangkan semula pada hari AHAD ini (30 Disember)...Khabarnya ada scene baru yang akan ditambah....Yippppiiii....Meeting my love, FA againnnnn! :)

Assalamualaikum...


Hermm...Malam ni (2/12/12) kita nak kongsi sikit pasal telemovie TV3 yang diberi tajuk "Ke Pintu Bahagia" yang start jam 9 malam td. Best tak??? Dibintangi oleh 3F ; Fahrin Ahmad, Faizal Hussin & Fauziah Latiff...Penerbit Murali Abdullah...Setahu aku, kebanyakan cerita Murali Abdullah ni memang banyak best jalan ceritanya sebab kebanyakannya ada isi tersurat dan tersirat yang nak di sampaikan...Excited nak tengok mungkin juga sebab utamanya ada ehem ehem...Cinta hati, Fahrin Ahmad...hahahaha (berangan jap)...Sebab lain, orang lama dalam bidang lakonan macam Faizal Hussin memang tak boleh nak dipertikaikan lagi lakonannya.. :)

(Promo)

Sinopsis :

Cerita ni mengisahkan tentang Azmin(Faizal Hussin) dan Raudah(Fauziah Latiff) bekerja di sebuah syarikat penerbitan (novel) sebagai suami isteri yang telah mengambil langkah untuk bercerai setelah Raudah melihat dengan mata kepalanya sendiri suaminya curang dengan pembantu rumah dibilik mereka sendiri. Setelah selesai sesi penceraian di mahkamah, Azmin dalam perjalanan pulang telah kemalangan mengakibatkan salah satu kakinya mengalami kecacatan.

Syarikat Raudah telah mengalami masalah setelah mendapati ada syarikat lain telah meniru hasil karya mereka menyebabkan mereka perlu mengambil tindakan undang-undang...Saiful (Fahrin), seorang peguam yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Sebelum ini, Saiful dan Raudah hanya berhubung melalui telefon membincangkan permasalahan syarikat dan mereka juga pernah  bertemu secara tidak sengaja di masjid sebelum ini apabila mereka sama-sama hendak menunaikan solat di masjid yang sama. Pertemuan pertama, masing-masing terkejut kerana rupa-rupanya pertemuan mereka secara tidak sengaja suatu ketika dahulu telah mempertemukan mereka sekali lagi atas urusan kerja.

Hidup Azmin terumbang ambing setelah mengalami kecacatan sehingga menyukarkan beliau untuk mencari pekerjaan apatah lagi dia telah ditinggalkan kekasihnya setelah kekasihnya mengetahui Azmin cacat. Azmin menyesal atas semua perbuatannya terhadap Raudah selama ini namun hati perempuannya yang masih tercalar dengan sikap  Azmin yang telah curang dibelakangnya menyebabkan hatinya tertutup untuk menerima lelaki tersebut.

Lia (Nad Zainal) pengurus taska mengalami masalah apabila berhutang dengan ah long kerana terlalu mengikut kehendak kekasihnya. Gara-gara tersebut, Lia terus di kejar oleh ah long yang ingin wang mereka di pulangkan...Kehidupan Lia menjadi tidak tenteram kerana sering di buru ah long sedangkan dalam masa yang sama kekasihnya berfoya-foya dengan perempuan lain...Hal ini menaikkan kemarahan Lia sehingga hampir bertindak membunuh kekasihnya. Lia sering melepaskan kemarahannya kepada kanak-kanak di taska tersebut terutamanya kepada Ika,anak kepada Raudah...Namun begitu, pada suatu hari perbuatan Lia mendera Ika telah dilihat oleh Azmin lalu mengundang kemarahan kepada lelaki tersebut lalu membawa Ika pulang ke rumahnya...Raudah yang salah faham telah menuduh Azmin sengaja mereka-reka cerita sehinggalah dia sendiri melihat Lia mendera Ika sehingga Ika pengsan. Akhirnya, Lia telah dijatuhkan hukuman penjara selama setahun...

Saiful berusaha untuk membantu memperbaiki hubungan Azmin dan Raudah demi anak mereka,Ika...Namun, kemarahan Raudah terhadap Azmin menutupi sayangnya. Perasaan marahnya semakin membuak-buak apabila merasakan Saiful mengkhianati rasa sayangnya selama ini terhadap lelaki tersebut...Setelah di pujuk dan memikirkan anaknya, Ika...Raudah membuka pintu hatinya untuk menerima Azmin kembali dalam hidupnya...

Saiful???Akhirnya memilih AKU dan kami hidup bahagia... hahahahhaahahaha... (tambahan)

********************

Pengajaran penting dalam cita ni ;

1. Jangan di permainkan hati perempuan dek kerana kebodohan sendiri...Sekali hatinya tercalar...Sukar untuk diubati...Hati perempuan ni fragile,ok... Bukan tempat nak test try & error....

2. Pengorbanan yang tidak ternilai apabila kita melepaskan orang yang kita sayang untuk melihat dia bahagia.

3. Guna orang gaji, tak perlulah guna yang muda-muda...Bukan boleh percaya sangat orang gaji zaman sekarang...

************************

Lagu-lagu dalam cita ni yang sempat diketahui tajuknya...hihihi...







Tinggal Kenangan - Hafiz Hamidun

Full telemovie will update soon! Dun Worry!

Sunday, October 14, 2012

:: [update] 13/10/12 Cerekarama Salahkah Aku TV3 ::

                                

.::FULL MOVIE ::.



Assalamualaikum...

Baru selesai menonton cerekarama Salahkah Aku. Thumps up to Sein & Anzalna...Best sangat...Bagi aku, untuk tahun ni...ni lah cerekarama yang best selepas Cerekarama Perempuan Neraka dulu...Sebab apa? sebab banyak mesej-mesej berguna yang di sampaikan dalam 2 cerekarama ni...Cuma slack bahagian ending (scene dalam surau) bukan muhrim tapi duduk macam tu...Agak kurang sesuai la....Yang lain2, xmo komen lebih...

(Promo)



Sinopsis secara ringkas...Takdir telah menemukan mereka...Adam dan Allysa adalah sepasang suami isteri yang mempunyai gaya hidup yang berbeza...Adam seorang yang warak ; mempunyai kelulusan undang-undang (syariah) di Universiti Al-Azhar,Mesir manakala Allysa seorang yang gemar bersosial. Adam sedaya upaya menasihati isterinya namun usahanya tetap gagal  kerana bagi Allysa, Adam terlalu memaksa dirinya. Adam menemui jalan buntu, Allysa bukan sahaja enggan berubah tetapi perangai sosialnya semakin menjadi2. atas nasihat Ustaz Khalid (tempat rujukan dan guru agama Adam), Adam cuba memasuki dunia Allysa untuk memahaminya. Namun,apa yang berlaku adalah sebaliknya...Adam pula yang berubah manakala Allysa cuba menjadi isteri yang Adam impikan selama ini. Pelbagai konflik berlaku sehingga ingin membawa kepada penceraian diantara mereka...Namun, jodoh mereka kuat...

Peneraju utama cita ni, harusla Sein...Lama betul tak tengok die berlakon...Bila tengok dia...teringat cita Adamaya...Tambah-tambah lagi nama watak dia dalam cerekarama ni pun sama macam lam Adamaya, Adam... :) Watak Adam memang sesuai untuk Sein... Then, heroin dia pulak Anzalna...Aku bukan la peminat tegar Anzalna tapi memang thumps up la lakonan dia malam ni...good try...Nampak ayu je bertudung...kan? sweet sangat....

 Sein sebagai Adam

Anzalna sebagai Allysa

Ada beberapa moral of the story la yang aku rasa boleh di ambil daripada cerita ni :

1. Jangan disangka orang yang jahil itu tetap akan jahil dan yang warak itu akan tetap warak...Itu semua ujian daripada Allah.

2. Semua orang boleh berubah...Samaada berubah daripada jahat kepada baik atau sebaliknya. Pilihan ditangan kita...So, jangan menilai seseorang itu berdasarkan masa lalunya...Jangan pandang kejahatan seseorang macam dia pasti akan ke neraka. Tiada orang jahat yang tiada masa depan dan tiada orang baik yang tiada masa lampau.

3. Berhijrahlah kerana Allah bukan kerana orang lain.

4. Taat dan patuh la kepada suami...

# Betul tak?

Kalau cerita-cerita macam islamik-islamik sikit ni...paling best di dengar...ayat-ayat dorang...antara ayat best  yang sempat aku tangkap dalam cita ni... :

1. Farouk : "Kalau yang berubah daripada jahat kepada baik...dia akan terus menjadi baik kerana dia dah puas menjadi jahat tapi kalau dia berubah daripada baik kepada jahat, memang agak sukar untuk berubah kerana dia sudah leka mengejar kejahatan.

2. "Kalau nak pikat hati suami, pikatlah melalui masakan...Baca selawat 3x dan masak dengn IKHLAS..."

#dan ada beberapa lagi word dorang yang tak sempat nak tangkap tapi sangat sweet... :)

Last but not least... Tentu ada yang nak tahu lagu dalam cita ni kan... Lets me share :

1. Aku Yang Masih (Fakhrul Razi & Farawahida)


2. Kau Telah Pergi (Farah dhiya)



Kesimpulannya, Salahkah Aku? Salah satu cerita yang telah membuka mata dan hati aku tentang satu kehidupan dan mengajar aku tentang satu ilmu baru tentang ZUHUD. best movie ever... :)













Saturday, July 28, 2012

:: [28Julai2012] Cerekarama TV3 "Maafkan Aku" Vs Dalam Mihrab Cinta ::

Assalamualaikum...



Korang tengok tak cerekarama malam ni, Maafkan aku...Secara ringkasnya...Sinopsis cita ni... seluruh warga Madrasah Murafah riuh rendah apabila Firdaus Hazadi ditangkap atas tuduhan menjadi pencuri. Walaupun ada kemungkinan Firdaus dianiayai rakan sebiliknya, Zarul, dia telah dihukum tanpa usul periksa. Pakaian Firdaus telah ditanggalkan, diikat dan dipukul dengan cemeti sebelum dibuang dari Madrasah Murafah. Ahli keluarganya juga tidak mempercayainya kecuali adiknya, Amani. Kecewa dengan tindakan ahli keluarganya, Firdaus bertindak meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan. Akibat tertekan, Firdaus terjebak dengan kegiatan mencuri dompet. Satu hari, Firdaus telah mencuri beg kepunyaan Marya. Alangkah terkejutnya apabila gambar sahabatnya, Zahrul ada dalam isi dompet tersebut. Rupa-rupanya Marya Khuraisha merupakan teman wanita Zahrul sedangkan Zahrul sudah bertunang dengan Natasya. Dendamnya terhadap Zahrul belum terbalas. Akhirnya Firdaus nekad ke rumah Marya di Villa Amrila berdasarkan alamat yang terdapat dalam dompet yang dicurinya. Insiden silap nombor rumah telah membawa Firdaus berjumpa dengan Haji Habsyi yang sangkakan Firdaus ialah ustaz yang datang untuk mengajar cucunya. Apakah yang akan berlaku seterusnya?


Korang perasan x? Jalan cita ni memang copy n paste cita Dalam mihrab cinta...Ala,cita islamik indon tu....Kalau sapa2 dh tengok,mesti tahu..kalau yang lom tengok,sila tengok...Bukan niat nak compare..mayb malay version...Nice try jugak la...nasib bek copy n paste cita yang best...sokey lah kan...hihihihi...Sapa yang belum tengok, boleh search kat youtube...Jalan cerita sama je cuma pelakon je lain....tak perlu jadi isu sebenarnya....yang penting pengajaran dalam cita tu yang kita nk tengok...
Enjoy the movie... :)

Link Full Movie Dalam Mihrab Cinta :




Sunday, July 22, 2012

Cerekarama TV3 : "Perempuan Neraka" [21.07.2012]




 Movie Full "Perempuan Neraka"



Assalamualaikum...

Baru pas tengok cita PEREMPUAN NERAKA...Best giler...Banyak pengajaran yang boleh diambil khususnya buat suami dan isteri....Sedih cita ni..feeling habis tengok...just nak kongsi keterujaan saya tengok cita ni...Secara ringkasnya...cerita ni mengisahkan tentang Intan, isteri kepada Hashim yang sentiasa mengongkong hidupnya dan berbelanja di luar kemampuan sehingga menyebabkan Hashim tertekan dan kesihatannya turut terjejas dan akhirnya telah meninggal dunia....Jom kt imbas kembali pelakon-pelakon utama lam cita ni....


1. Fizz Fairuz sebagai Hashim (watak utama)



2. Sherly Merlis sebagai Intan ( Isteri kpd Hashim)




3. Ika Nabella (Anak kepada Hashim & Intan)



 4. Aeril Zafrel (Suami kpd anak Hashim)



Selain daripada sebab jalan cita ni best...ada lagi faktor lain...iaitu...lagu2 lam cita ni pun bez...mesti ramai yang nak tahu tajuk-tajuk lagu die kan..hihihi


Ada 3 lagu yang sy rasa sgt2 best & feeling habis bila dengar dalam cita ni...First...lagu tema cita... "Doaku Untukmu Sayang" by Wali band...Best giler lagu ni...Lirik dia superb....Tak caya...dengar.... :)




Lagu lain... Lagu dari Opick bertajuk "Irhamna".....



Lagu daripada Afghan bertajuk "Padamu ku bersujud"


#Bestkan...Yang tak berpeluang tengok...tengok kat TONTON..ada ulangan...Niteee...Selamat bersahur.... Peacceeeeeeeeeee... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...