Makceh daUn kelaDi...

Sunday, January 29, 2012

✿...Andai Lelaki Tahu...✿

Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,
tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh,
tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat kamu rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang,
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil
yang memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat,
dia hanya mahukan yang terbaik dari anda.

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada,
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan jarang mengatakan ' I LOVE YOU',
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai,
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata,
tetapi juga melalui bahasa tubuh badan.

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya,
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya,
walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya.
Selagi dia dengan kamu,percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata,
"tolong tinggalkan saya!",
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Dia terlalu emosional,
tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri,
tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Disebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah,
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia datangnya bukan dengan kelemahan sahaja tetapi juga ada kekuatan yang menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang juga akan menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.


#Sumber : Dunia macam-macam#






















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...