Makceh daUn kelaDi...

Friday, November 12, 2010

Pelbagai Ragaman Bahasa 2

1. Bahasa sindiran

Perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan tepat, hanya dengan     disigung dengan dikias-kiaskan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tiada suka hendak menyebutkan 
terang-terang.Tetapi jika orang yang ditujukan itu mengerti maka terlebih dalam maknyanya daripada  perkataan yang dikatakan dengan terus terang, misalnya;
    
Orang yang baik itu ialah yang memberi manfaat kepada orang lain (dikatakan kepasa seorang yang selalu menjahati orang  dan kita hendak menyindir jahatnya itu).Sesetengah orang termeling sahaja mata kita mulalah ia membuat malas (dimaksudkan kepada seseorang yang berperangai begitu. Ia ada hadir bersama-sama tetapi kita tiada mahu menyebut namanya).

Buah langsat kunig mencelah,
keduduk tidak berbunga pagi, 
sudah dapat gading bertuah,
tanduk tidak berguna lagi.

Pantun diatas menyindir seseorang yang tidak endah lagi akan ssahabatnya atau kekasihnya yang lama sebab sudah dapat yang baru dan lebih baik).Selain itu,contoh lain ialah "aku seorang sahaja yang bekerja bagai nak mampus disini." (dicakapkan dihadapan taulan-taulan sejawat kerana menyindir mengatakan mereka tidak bekerja dengan betul).

Daripada contoh-contoh tersebut, ternyata orang yang menyindir itu kadang-kadang diumumkan perkataanya, kadang-kadang juga tidak dicukupkan perkataannya, dan terkadang dengan ibarat dan kiasan. Lain daripada itu, terkadang ada juga dengan dikatakan sesuatu itu terlihat dalam mimpi.
 

2. Bahasa menggiat

Iaitu tiada tepat seakan-akan sindiran juga tetapi tiada berisi kiasan; maksudnya hanya sekadar mengusik-terkadang dengan tujuan bersenda-senda sahaja dan terkadang bersungguh-sungguh betul sehingga boleh menerbitkan perasaan malu orang yang kena giat itu. Misalnya;

"Amboi, besanya hati teman kita ni nak jadi penasihat!"
"Wah, ada hati jugak rupanya orang tua ini!"
"Orang nak lekas kaya begitulah! Kalau selalu-selalu belanja bila pula kayanya? ( menggiat seorang yang tangkai jering)


3. Bahasa mengejek

Iaitu bahasa yang mengatakan akan seseorang atau sesuatu kumpulan dengan perkataan yang tepat dengan gaya yang mengajukkan keburukan serta mempermain-mainkan dia supaya nampak bodohnya dan sia-sianya, atau supaya ditertawakan orang akan dia. Sebab itu tetap sahaja akan membangkitkan marah dan sakit hati orang yang dikata itu. Misalnya;

"Setengah yang pergi ke Eropah itu bukanlah dengan niat yang ikhlas hendak belajar bersungguh-sungguh hanya hendak mencari mem dan misi konon."

"Gelagat bual rambutan jantan;
Orang berbunga awak berbunga,
Orang berbuah awak haram!"

Segala contoh2 bahasa giat atau menggiat diatas tadi jika diluaskan sedikit dengan perkataan yang tepat pula nescaya jadilah ia bahasa mengejek.


4. Bahasa terbalik

Iaitu bahasa yang menggunakan perkataan berakas daripada maksud yang dikehendakkan dan orang faham akan maksudnya ialah lawan daripada yang dikatakan itu. Misalnya;

"Malam sekarang tak usahlah mengaji, buat lagi malas-malas seperti itu (dikatakan kepada seorang murid yang malas dan baru lepas kena rotan. Maksudnya malam seterusnya hendaklah mengaji dan jangan malas2)."
"Ya! Begitulah yang baiknya! Awak orang bijak, apa guna bertanya-tanya lagi?!"


5. Bahasa merajuk

Seakan-akan bahasa terbalik itu juga ttp maksudnya tidak dikehendakkan terbalik, hanya menunjukkan perasaan menarik diri atau kecil hati oleh sebab sesuatu perbuatan yang dirasa menghinakan dan tidak patut. Misalnya;

"Kita ini melukut di tepi gantang, masuk tak menambah, keluar tak meluakkan (mengurangkan)."
"Sudahlah! Kita pin boleh cari sendiri; ada nyawa adalah rezeki,asal diikhtiarkan tak akan sungguh mengharapkan harta orang."

Maka sebanding dengan perasaan merajuk ini adalah bahasa-bahasa yang menunjukkan lain-lain perasaan hati seperti hiba, takut, marah dan sebagainya.


6 .Bahasa tempelak

Iaitu bahasa tepat yang menunjukkan kesalahan seseorang kemudian daripada telah dilakukannya, supaya ia sedar akan taksirnya pada masa sebelum dilakukannya dahulu, dan supaya ia ingat pada masa yang ke hadapan pula. Misalnya;

"Sekarang puaslah hati engkau agaknya, kerana sudah rosak binasa sekali!"
"Inilah ia yang engkau katakan pandai, elok,rajin, kemarin!"

Daripada contoh2 ini, ternyata bahasa tempelak itu kebanyakkannya perkataan "memulangkan paku buah keras" iaitu membalikkan cakap yang telah ditolak oleh seseorang sebelum ia berbuat salah dahulu.


7. Bahasa herdik

Iaitu seakan-akan bahasa tempelak juga, tetapi tujuannya menunjukkan kesalahan pada masa sekarang bukannya pada masa yang telah lalu, dan perkataannya kerap dengan kasar serta mengandungi perasaan mengejek sedikit. Misalnya;

"Apa?Macam rupa awakkah hendak menjadi ketua kampung?"
" Kalau tak mahu menolong kerja,apa gunanya engkau duduk disini, makan sahaja!?"


8. Bahasa melampau

Iaitu ragam bahasa yang mengatakan sesuatu perkara itu sangat besar dan sebagainya dengan perkataan melebih-lebih daripada yang sebenar. Dan semua orang mengerti bukan sungguh-sungguh seperti yang dikatakan oleh perkataan itu. Misalnya:

"Tidak ada bandingnya dibawah langit ini."
"Ratap tangis yang boleh merobohkan langit."

"Limau purut diluar pagar,
Rimbun berputik dengan bunganya,
Hujan ribut padang terbakar,
Embun Setitik padam apinya."
(Pantun Orang Melayu Kampung)

Berlawanan dengan ragam bahasa melampau ialah bahasa merendah iaitu bahasa yang mengatakan sesuatu perkara itu kecil dan kurang dengan tujuan merendahkan diri walaupun perkara yang dikatakan itu sebenarnya kecik atau tidak. Misalnya;

"Hendak bersedekah sesuap nasi seteguk air."
"Jikalau sudi tuanku santap."
( Hikayat Indera Mengindera)



***TO BE CONTINUE***

Pelbagai Ragaman Bahasa 1

Rupa-rupanya..bahasa ni ada macam-macam jenis..Percaya x??Aku baru baca kat Buku 'Ilmu Mengarang Melayu : Edisi Ejaan Rumi Baharu' oleh Zainal Abidin Ahmad a.k.a Za'ba....Sapa yang x kenalkan dengan beliau...So, aku nak kongsi kat korang apa yang baru aku baca td, iaitu mengenai ragaman bahasa yg pelbagai khas dalam karangan atau percakapan . Tujuannya adalah untuk menguatkan tujuan kata dan mempertajamkan hasilny kepada pendengar atau pembaca....

Agak2 korang..apa contoh ea...Ragaman bahasa tu??....Aik..malas lak nak agak2 ea..ok la....Ada 15 ragaman bahasa dalam buku tu :

1. Bahasa sindiran
2. Bahasa menggiat
3. Bahasa mengejek
4. Bahasa terbalik
5. Bahasa merajuk
6. Bahasa tempelak
7. Bahasa herdik
8. Bahasa melampau
9. Bahasa naik
10. Pertanyaan ingkar
11. Bahasa Seruan atau mengeluh
12. Bahasa berulang
13. Bahasa bertimpal
14. Bahasa bukan
15. Bahasa jenaka

hahaha..tengok tu..sampai ternganga mulut baca....memang ada bahasa yang kita selalu dengar...macam ne lak dengan bahasa yg baru kita dengar...rupanya ada gak bahasa menggiat,bahasa naik, bahasa bertimpal dan blablabla.....Sekurang-kurangny..lepas korang baca entri ni..adalah input sikitkan..daripada x taw kepada taw...xpew...kt belajar slow2....Kt tgk satu2..apa sebenarny bahasa2 yang dinyatakan tersebut..Kenapa bahasa tu dikatakan sebagai bahasa merajuk???kenapa bahasa tu dikatakan sebagai bahasa seruan atau mengeluh??...teruskan membaca.....

Thursday, November 11, 2010

How to make bibliografi in ur assignment, thesis or whatever...

Sebagai seorang student U khususny...benda yang  wajib kita buat ialah assignment, thesis, latihan ilmiah dan sebagainya...dalam membuat penulisan tersebut..perlu ada bibliografi....Apa itu bibliografi?? Menurut Kamus Dewan edisi keempat.. Bibliografi ialah..1. senarai terbitan (buku dll) tentang sesuatu subjek atau drpd seseorang pengarang : ~ manuskrip Melayu Lama; 2. senarai buku, makalah, dll yg digunakan atau dirujuk dlm menghasilkan sesebuah karya..

Kenapa perlu bibliografi?? Ada banyak sebab...Antaranya..untuk memelihara hak pencipta ( org yang menulis bahan penulisan tersebut ) sesuatu bahan penulisan tersebut agar tidak di tiru sewenang-wenangnya...Dalam masa yang sama,bibliografi nih kira macam penghargaan la kepada penulis atas titik peluh mereka dalam menghasilkan hasil2 penulisan...Mana x nya...susah payah buat...Sampai nak pecah otak..muntah pun muntah hijau ( nak tunjuk betapa bersungguhny mereka menekuni hasil kerja mereka bg menghasilkan hasil penulisan yg bermutu..hihihi )..tp orang lain senang2 je copy and paste.....atau dikenali juga dengan istilah saintifikny plagiarisme....

Ni antara cara yang betul la cm ne nak buat bibliografi....Sumber ni aku peroleh daripada Dr Saiful masa kelas JBEA3304 Pengajaran BM....harap dapat membantu korang yang masih blur atau x tau nak buat bibliografi....






How to make greeting card- Hari Raya using adObe phOtOshop..

Memandangkan x lama lagi nak Raya Haji kan...Jadi, aku nak ajar korang cm ne nak buat kad raya sesimple mungkin....Yang nih lain sket...X banyak la yg lain ny dr yang sebelum-sebelum ni....Aku pernah buat kad cm nih guna gambar yang sama masa Hari Raya lepas tp tu memang gila punya simple...daripada kad tu la..aku edit sket2....jadi, inilah hasilnya.....














Lepas nih korang x yah dah beli kad raya kad kedai walaupun sekrang dh advance...Leh sent guna fb,msg or whatever...Korang wat kad..then upload je kat fb..pas tu tag2 kat kawan2 korang yg korang nak bg kad tu..Lg senang..Jimat duit..Jimat tenaga...Jimat masa.... Selamat mencuba ... :)

How to make poster using adObe phOtOshop..

Next...kita belajar pulak cam ne nak wat poster.......poster ni ada macam2 jenis poster.....So, terpulang kat korang...Yang aku buat...Poster tentang warna-warni Malaysia...Lebih kurang macam cuti-cuti Malaysia la.....Saiz poster...yang kat dlm contoh aku bg tu bukan saiz sebenar....Tp korang leh tengok kat sini saiz2 poster...Poster Size....Klik je kat situ....Sama gak macam buat kulit buku....for the second time aku attend jai punya kelas lagi tp kali ni Bengkel Reka Bentuk Poster...Agak sukar la poster yang nak ditekuni tu....Next time kt belajar...Cuma yg aku nak ajar kali ni..kira mcm basic2 je....Pas tu korang leh practise and practise...may b boleh buat yang lebih baik lg dr yang aku buat nih... :)



























Selamat mencuba....Warna tu terserah kat korang..Pandai2 la sesuaikan...biar bagai pinang dibelah dua...hihihi..atau dalam erti kata lain..Biar matching..... :)

How to make bOOk cover using adObe phOtOshop..

Kali ni, aku nak ajar korang camne nak buat cover buku...Kalau lappy aku, aku guna CS4..x kisahla...CS2, CS3, CS5, apa2 CS pon....Cara dia mudah je....Harap korang dapat menekuni apa yg aku nak share ni...Cara2 nak wat kulit buku....Asalny..aku belajar and tercetus idea nak wat kulit buku ni lepas menghadiri Kursus Reka Bentuk Kulit Buku yang dikelolakan oleh saudara Jailani...Coursemate aku...Dia ni kira sifu aku la sbb dia pon mmg byk gak la terbitkan buku dia....Ditambah pula dengan input2 yang aku dapat dari Dr Saiful dan rakan2 sekursus, BM dan Multimedia....

















Amacam??boleh x?? X bleh??x pe..biasa lah tu try n error...wat slow2...Nak kata aku ni profesional..x la..sekadar nak berkongsi ilmu....Smoga berjaya...Chaiyok..chaiyok...Lupa nk gtaw...special thanks to my pwen,Affy Maruni...Dia yang bertanggungjawab bagi gambar2 yg aku jadikan sbg background tu...Kulit buku tu hanyalah rekaan semata-mata....X da kena mengena dengan yang hidup apatah lg yg dh x derk...Satu lg...Penggunaan barcode dlm kulit buku nih juga...adalah barcode yg diambil daripada laman web google...Sebenarnya..pengambilan barcode secara sesuka hati atau sewenang-wenangny adalah dilarang sama sekali kerana hak cipta adalah terpelihara oleh tuan yang empunya barcode...hihihi..tp im serious ok...Selamat menekuni....Practise make perfect.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...