Makceh daUn kelaDi...

Sunday, March 20, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....

TANGGUNGJAWAB LELAKI TERHADAP 4 WANITA DI AKHIRAT

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya atau dgn lebih terperinci...dgn kata lain, Seseorang wanita itu apabila di akhirat kelak akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan
anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji &
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh
anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri
bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang
bukan mahram.. apabila suami mendiam diri...... walaupun
dia seorang alim etc, solat tidak tangguh, puasa tidak
tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh pula kepada abang-abangnya.....
jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan
adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM
tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak..

Keempat:- Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat
kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu
akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat
kelak........nantikan tarikan ibunya.

"Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita"

lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepada diri seorang lelaki..bermakna...seorg lelaki itu harus berusaha dalam memantapkan diri mereka dan memperbaiki diri mereka dahulu...
bg kaum hawa pula pilihlah lelaki yg bolh menjadi imam untk kita dan anak2 kita nanti...
semoga istana yg dibina terus bercahaya dgn bunga2 keimanan & ketaqwaan...
INSYAALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...