Elak dari memakai cermin mata hitam yang tidak mempunyai UV protection 100% kerana mata kita apabila berada di dalam keadaan yang tidak cukup terang (gelap), bukaan anak mata akan menjadi lebih besar, ini akan membolehkan UV matahari memasuki mata dengan lebih banyak dan boleh merosakkan struktur bentuk asal kanta mata (menjadi rabun)
Elakkan menggunakan komputer tanpa memasang screen filter kerana cahaya yang dipancarkan oleh monitor komputer atau screen TV boleh merosakkan mata dengan cepat (cahaya UV tersebut boleh menjangkau sehingga 2 meter)
Jangan membaca atau menulis di dalam bilik atau kawasan yang tidak cukup cahaya terutama membaca sambil tidur melentang (pastikan cahaya yang cukup untuk menerangi bahan bacaan atau penulisan anda)
Jangan membaca di dalam kenderaan yang sedang bergerak.
Jangan memaksa mata untuk memfokus melihat sesuatu objek atau tulisan yang mata anda tidak mampu untuk melihat dengan jelas kerana keadaan tersebut akan memberi tekanan pada mata anda.
Selalulah memandang pada benda-benda yang berwarna hijau seperti tumbuh-tumbuhan terutama pada sebelah pagi.