1. Bahasa sindiran
Perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan tepat, hanya dengan disigung dengan dikias-kiaskan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tiada suka hendak menyebutkan
terang-terang.Tetapi jika orang yang ditujukan itu mengerti maka terlebih dalam maknyanya daripada perkataan yang dikatakan dengan terus terang, misalnya;
Orang yang baik itu ialah yang memberi manfaat kepada orang lain (dikatakan kepasa seorang yang selalu menjahati orang dan kita hendak menyindir jahatnya itu).Sesetengah orang termeling sahaja mata kita mulalah ia membuat malas (dimaksudkan kepada seseorang yang berperangai begitu. Ia ada hadir bersama-sama tetapi kita tiada mahu menyebut namanya).
Buah langsat kunig mencelah,
keduduk tidak berbunga pagi,
sudah dapat gading bertuah,
tanduk tidak berguna lagi.
Pantun diatas menyindir seseorang yang tidak endah lagi akan ssahabatnya atau kekasihnya yang lama sebab sudah dapat yang baru dan lebih baik).Selain itu,contoh lain ialah "aku seorang sahaja yang bekerja bagai nak mampus disini." (dicakapkan dihadapan taulan-taulan sejawat kerana menyindir mengatakan mereka tidak bekerja dengan betul).
Daripada contoh-contoh tersebut, ternyata orang yang menyindir itu kadang-kadang diumumkan perkataanya, kadang-kadang juga tidak dicukupkan perkataannya, dan terkadang dengan ibarat dan kiasan. Lain daripada itu, terkadang ada juga dengan dikatakan sesuatu itu terlihat dalam mimpi.
2. Bahasa menggiat
Iaitu tiada tepat seakan-akan sindiran juga tetapi tiada berisi kiasan; maksudnya hanya sekadar mengusik-terkadang dengan tujuan bersenda-senda sahaja dan terkadang bersungguh-sungguh betul sehingga boleh menerbitkan perasaan malu orang yang kena giat itu. Misalnya;
"Amboi, besanya hati teman kita ni nak jadi penasihat!"
"Wah, ada hati jugak rupanya orang tua ini!"
"Orang nak lekas kaya begitulah! Kalau selalu-selalu belanja bila pula kayanya? ( menggiat seorang yang tangkai jering)
3. Bahasa mengejek
Iaitu bahasa yang mengatakan akan seseorang atau sesuatu kumpulan dengan perkataan yang tepat dengan gaya yang mengajukkan keburukan serta mempermain-mainkan dia supaya nampak bodohnya dan sia-sianya, atau supaya ditertawakan orang akan dia. Sebab itu tetap sahaja akan membangkitkan marah dan sakit hati orang yang dikata itu. Misalnya;
"Setengah yang pergi ke Eropah itu bukanlah dengan niat yang ikhlas hendak belajar bersungguh-sungguh hanya hendak mencari mem dan misi konon."
"Gelagat bual rambutan jantan;
Orang berbunga awak berbunga,
Orang berbuah awak haram!"
Segala contoh2 bahasa giat atau menggiat diatas tadi jika diluaskan sedikit dengan perkataan yang tepat pula nescaya jadilah ia bahasa mengejek.
4. Bahasa terbalik
Iaitu bahasa yang menggunakan perkataan berakas daripada maksud yang dikehendakkan dan orang faham akan maksudnya ialah lawan daripada yang dikatakan itu. Misalnya;
"Malam sekarang tak usahlah mengaji, buat lagi malas-malas seperti itu (dikatakan kepada seorang murid yang malas dan baru lepas kena rotan. Maksudnya malam seterusnya hendaklah mengaji dan jangan malas2)."
"Ya! Begitulah yang baiknya! Awak orang bijak, apa guna bertanya-tanya lagi?!"
5. Bahasa merajuk
Seakan-akan bahasa terbalik itu juga ttp maksudnya tidak dikehendakkan terbalik, hanya menunjukkan perasaan menarik diri atau kecil hati oleh sebab sesuatu perbuatan yang dirasa menghinakan dan tidak patut. Misalnya;
"Kita ini melukut di tepi gantang, masuk tak menambah, keluar tak meluakkan (mengurangkan)."
"Sudahlah! Kita pin boleh cari sendiri; ada nyawa adalah rezeki,asal diikhtiarkan tak akan sungguh mengharapkan harta orang."
Maka sebanding dengan perasaan merajuk ini adalah bahasa-bahasa yang menunjukkan lain-lain perasaan hati seperti hiba, takut, marah dan sebagainya.
6 .Bahasa tempelak
Iaitu bahasa tepat yang menunjukkan kesalahan seseorang kemudian daripada telah dilakukannya, supaya ia sedar akan taksirnya pada masa sebelum dilakukannya dahulu, dan supaya ia ingat pada masa yang ke hadapan pula. Misalnya;
"Sekarang puaslah hati engkau agaknya, kerana sudah rosak binasa sekali!"
"Inilah ia yang engkau katakan pandai, elok,rajin, kemarin!"
Daripada contoh2 ini, ternyata bahasa tempelak itu kebanyakkannya perkataan "memulangkan paku buah keras" iaitu membalikkan cakap yang telah ditolak oleh seseorang sebelum ia berbuat salah dahulu.
7. Bahasa herdik
Iaitu seakan-akan bahasa tempelak juga, tetapi tujuannya menunjukkan kesalahan pada masa sekarang bukannya pada masa yang telah lalu, dan perkataannya kerap dengan kasar serta mengandungi perasaan mengejek sedikit. Misalnya;
"Apa?Macam rupa awakkah hendak menjadi ketua kampung?"
" Kalau tak mahu menolong kerja,apa gunanya engkau duduk disini, makan sahaja!?"
8. Bahasa melampau
Iaitu ragam bahasa yang mengatakan sesuatu perkara itu sangat besar dan sebagainya dengan perkataan melebih-lebih daripada yang sebenar. Dan semua orang mengerti bukan sungguh-sungguh seperti yang dikatakan oleh perkataan itu. Misalnya:
"Tidak ada bandingnya dibawah langit ini."
"Ratap tangis yang boleh merobohkan langit."
"Limau purut diluar pagar,
Rimbun berputik dengan bunganya,
Hujan ribut padang terbakar,
Embun Setitik padam apinya."
(Pantun Orang Melayu Kampung)
Berlawanan dengan ragam bahasa melampau ialah bahasa merendah iaitu bahasa yang mengatakan sesuatu perkara itu kecil dan kurang dengan tujuan merendahkan diri walaupun perkara yang dikatakan itu sebenarnya kecik atau tidak. Misalnya;
"Hendak bersedekah sesuap nasi seteguk air."
"Jikalau sudi tuanku santap."
( Hikayat Indera Mengindera)
***TO BE CONTINUE***