1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka
dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar
menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka
mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab
main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa
mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan
lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan
cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang
bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau
sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu
tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri
kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau
nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya
pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula
sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka...
Macammana tu?
5. EGO
Ini
merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan
lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan
keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan
perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam
kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah
mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah
yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang
tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang
mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya
mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki
kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama
kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii...
lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik,
berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku
merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada
pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini
yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa,
kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka
mengutuk dari memuji...
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah
juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya
tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa
mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan
mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah
katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna
pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki
kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian
tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan
dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan
teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa
ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi
cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat
semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang
kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan
memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang
kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot.
Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi,
ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan
tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki
spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula
yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan
lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah
kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni
selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau
keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering
dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan
kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita.
Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan
segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau
teman lelakinya pandai membahagikan masa...
13. PANAS BARAN
Aduiii...
masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila
mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur
segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi
tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima
walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang?
Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah
berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan
kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada
barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal
sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini
satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana
sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya
habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah
tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.
Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini
tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang
teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu
kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka
membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada
segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor.
Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada
juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak
memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau
semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila
menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang
bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau
bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas
melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak
sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.
Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup
membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun
menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan
kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu
saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung
semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna
bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan
sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si
dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia
juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak
merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia
terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar
untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan
kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun
menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan
menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau
sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak
menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang
menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti
memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap
kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki
ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak
mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan
terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa
akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh!
Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati
dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana
wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda
rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Makceh daUn kelaDi...
Labels
Islamic Info
(17)
Info
(15)
Muhasabah Diri
(12)
Jabatan Sosio-Budaya Melayu UM
(9)
Adam dan Hawa
(8)
Maher Zain
(7)
Nota Kuliah
(7)
Poret time
(6)
A jOurney to remember
(5)
BFF
(5)
Meh Nak Ajar
(5)
Movie Best
(5)
Beautiful Words
(4)
Meh Release Tension
(4)
Mine
(4)
Touching Story
(4)
Kreatif
(3)
La Tahzan
(3)
MizzAnne Resepi
(3)
Setia Hujung Nyawa
(3)
Special About Sarawak
(3)
Tasha Manshahar dan Shamim
(3)
AJL
(2)
Cover Songs
(2)
MyEditing Mode
(2)
News
(2)
Novel
(2)
Poret Ramadhan 2013
(2)
Ragam Bahasa
(2)
Tentang LELAKI
(2)
Tentang WANITA
(2)
Astrid
(1)
Belajar Jawi
(1)
Chris Medina
(1)
Diari Hatiku
(1)
Exam Mode
(1)
For Sale
(1)
Gossip Girl
(1)
Japanese Language
(1)
Makanan Melayu
(1)
Masihkah Kau Ingat
(1)
Monolog
(1)
New Chapter 1435H
(1)
Poems
(1)
Save GAZA
(1)
School Diary
(1)
Ustaz Azhar Idrus
(1)
Friday, April 22, 2011
Mari Mengenal ---- >> Makanan SARAWAK....
Hari ni aku nak kongsi pasal makanan2 yang ada kat sarawak yang xderk kat sini... Tak la banyak sangat tapi boleh lah dikongsi bersama...daripada x kenal langsung kan.....
Pertama sekali....aku nak perkenalkan laksa Sarawak...sepanjang aku hidup...ni lah laksa paling best dan sedap....Aku dh makan laksa belah2 utara....Bukan x sedap...cuma kurang sket...jangan amik hati..sebab selera kita kan lain2...aku kata sedap..ada jugak yg kata x sedap...dan sebalikny....tol x...ok...sambung balik...Laksa sarawak..nak buat cecah tu memang rumit...tapi sekarang nih perencah tu banyak jual paket...cuma x taw sedap ke tak je...hihihi..lepas tu haanya sediakan bahan2 asas...macam udang....telur...dsbny....tgk gambar kat bawah nih...
Kesembilan..bubur pedas....bubur ni dia guna banyak bahan gak la.....aku pernah buat sekali..selepas diajar oleh usu aku....tapi aku kureng sket bubur nih...bukan sebab aku masak x sedap...tolong sket ea...hahahaha...tapi sebab..mmg kurang suka...hihihi....
Pertama sekali....aku nak perkenalkan laksa Sarawak...sepanjang aku hidup...ni lah laksa paling best dan sedap....Aku dh makan laksa belah2 utara....Bukan x sedap...cuma kurang sket...jangan amik hati..sebab selera kita kan lain2...aku kata sedap..ada jugak yg kata x sedap...dan sebalikny....tol x...ok...sambung balik...Laksa sarawak..nak buat cecah tu memang rumit...tapi sekarang nih perencah tu banyak jual paket...cuma x taw sedap ke tak je...hihihi..lepas tu haanya sediakan bahan2 asas...macam udang....telur...dsbny....tgk gambar kat bawah nih...
(laksa sarawak)
Kedua...Mee kolok....mee kolok ni ada dua...mee kolok biasa atau mee kolok goreng....bezanya..mee kolok goreng sedap lagi kot...hihihi...bagi aku la....mee kolok biasa....dia akan bagi sekali dengan sup,kuah cili...mee tu dia akan campur sekali ngn daging.....kat sarawak je ada mee nih......sedap!
(mee kolok)
ketiga...umai...ni diperbuat daripada ikan mentah...memang ikan mentah tapi bukan dengan semua ikan..ikan2 tertentu sahaja......Memang sedapla.....lain kali...aku bgtaw resipi dia...utk hari ni...bagitahu pengenalan je dulu....hihihihi..ok?
(umai)
keempat ialah ambuyat atau dalam bahasa lainny linut....Asalny dari tepung.bukan tepung gandum..tepung pulut..tapi memang tepung khas utk membuat ambuyat nih...tepung linut kot kalau x silap..boleh juga guna tepung kanji....cara mudah je nak buat...tambah dengan air panas (sebaikny air yang baru mendidih)..gaul tepung tu..ala..macam gaul kuih la....sampai dia jadi macam gmbr kat bawah ni....kalau nak makan benda nih..lazimny cecah ngan sambal belacan..buat cair2 sket..means biar sambal tu berair2 sket...kalau x guna sambal...guna sardin pun x per....sedap jg....nak menu tambahan...makan lagi dengan sayur2...biasany..sayur pucuk paku,sayur kulat, atau sayur pucuk miding...makan lagi time tengah hari... pergghhhh..mmg terbaek!
(Linut)
Kelima...ayam pansuh...ayam pansuh nih family aku mmg suka buat....Ayam dimasak dalam buluh..pastu bakar buluh tu macam bakar lemang...Mudahkan...cuma ada bahan2 tertentu la yang kena diadun dengan ayam tu...takpe..utk entry lain..kita cita pasal ayam pansuh secara detail, ok.....
(Ayam pansuh)
keenam, ikan terubok...ikan ni memang paling best dalam dunia...hihihi...siyes...yg x pernah rasa boleh la kata..."ceyh..poyo lah dia nih..."...tapi kalau dh rasa...ermmm...sendiri mahu tau la....ada macam2 cara kalau nak masak ikan nih...ikut korang la nak masak macam mana...buat ikan masin pun mmg terbaik..sebab tu ada istilah terubok masin...makan dngan nasi goreng....pergghhhhh......makan..memang x toleh kiri kanan dh..heheheheh....
(ikan terubok)
ketujuh....kuih celorot....kuih ni masa aku kecik2 dulu..nenek sebelah umah..selalu buat..memang sedap....tapi time tu dia buat perisa pandan punya..so kaler hijau la...tapi dalam gambar nih...dia guna kaler coklat...so kalau coklat guna apa,murid2??????? yerr..betullll...hihihi...
(Kuih celorot)
kelapan...kelupis....kelupis ni makanan tradisi masyarakat kedayan di Sarawak....Setiap tahun akan ada satu upacara yang dipanggil upacara makan tahun....lazimnya dibuat pada bulan jun setiap tahun....Dalam dia guna beras pulut..tapi nak buat tu ada cara2 tertentu..kalau biasa kita tgk org buat...dua hari lepas tu basi dah..tapi kalau mmg org yang betul2 pandai..sampai seminggu pun tahan lagi....memang popular sgt kelupis ni dalam kalangan masyarakat kedayan.... aku pun suka...cecah la dengan apa pun yg korang rasa sedap...biasanya rendang..kuah kari n apa2 je la...
(kelupis)
Kesembilan..bubur pedas....bubur ni dia guna banyak bahan gak la.....aku pernah buat sekali..selepas diajar oleh usu aku....tapi aku kureng sket bubur nih...bukan sebab aku masak x sedap...tolong sket ea...hahahaha...tapi sebab..mmg kurang suka...hihihi....
kesepuluh...tebaloi..kalau tadi masyarakat kedayan ada makanan tradisi mereka sendiri..tebaloi pula..makanan tradisi masyarakat Melanau. rasa dia rangup....dibuat menggunakan tepung sagu dan kelapa rasany...betulkan saya kalau sy silap... :)
(tebaloi)
kesebelas...sagu....sagu ni pun salah satu makanan yang popular dalam masyarakat Melanau....Dia x derk rasa sangat...sedap kalau makan pisang..cecah ngn sagu..sedap..makan gitu2 je pun x pew....sagu ni ada pelbagai jenis dan warna serta bentuk...x semestinya seperti dalam gambar tu je...
(Sagu)
kedua belas...kuih punjung....kuih ni kuih tradisi masyarakat kedayan...aku pun baru tahu kewujudan kuih nih daripada kawan baik aku....lebih kurang macam kuih celorot bentuk fizikalny cuma yang ni bentuk kon sket...hihihi...disebabkan x pernah makan lagi..jadi..xleh komen lebih... :)
(kuih punjung)
yang terakhir ialah ulat mulung...yang ni popular gak dalam masyarakat Melanau...yang ni aku memang surrender la...bagi 1 juta pun aku x kan makan...geli....macam spesies cacing tapi yang ni kontot sket n chubby....tapi kalau dalam masyarakat Melanau masak la dengan masakan apa pun...walau bagaimanpun..x semua masyarakat Melanau makan ulat nih...hihihih.....ada yg makan,muntah balik.....cerita daripada kawan2 la...hihihi
(Ulat mulong)
So..korang dah tahu lah kan..serba sedikit makanan yang ada i Sarawak yang mostly mmg x kan jmpa kat tanah Malaya nih...Jadi, kalau ada yang x berkesempatan lagi nak pi sarawak..t kalau korang pergi....pesan2 la makanan yg ada kat atas nih utk dirasa...hihihihih.....Selamat mencuba....
Subscribe to:
Posts (Atom)