Makceh daUn kelaDi...

Saturday, January 28, 2012

✿Anda bertanya,Ustaz.Azhar.Idrus menjawab ✿ ::Wudhuk::

Sumber :

(1)
Soalan : Apakah hukum mengambil wudhuk tanpa menutup aurat atau telanjang?

Jawapan : Sarjana fikah yang muktabar melarang perbuatan bertelanjang ketika mengambil wudhuk tetapi dibenarkan bertelanjang semasa mandi wajib. Bagaimanapun, wudhuk yang diambil dalam keadaan telanjang itu adalah sah.


(2)
Soalan : Saya keliru dengan ambil air wudhuk dalam keadaan tangan bersimen. Adakah saya perlu berwudhuk seperti biasa (membasuh muka sehingga kaki) kemudian bertayamum semula? Ataupun, saya bertayamum pada tangan yang bersimen sahaja?

Jawapan : Sekiranya simen ada pada tangan kanan, mulakan dengan brwudhuk dahulu, iaitu membasuh muka. Kemudian, tayamum pada tangan kanan bersimen. Selepas tayamum, sambung semula wudhuk dengan membasuh tangan kiri. Kemudian, sapu kepala, telinga dan basuh kaki seperti biasa.


(3)
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan mata kaki dalam bab wudhuk?

Jawapan : Mata kaki ialah buku lali, iaitu bulatan tulang yang timbul pada kedua belah kaki. Wajib membasuh dari hujung jari sampai melebihi kedua buku lali itu ketika mengambil wudhuk.


(4)
Soalan : Adakah sempurna mandi junub (wajib) tanpa berwudhuk?

Jawapan : Mandi bererti mengangkat hadas besr yang ada pada seorang, sedangkan mengambil wudhuk seperti mengangkat hadas kecil. Sesiapa yang berhadas besar, maka wajib mandi hadas supaya hadas besar itu terangkat daripadanya dan sunat dia mengambil wudhuk. Hukum mengambil wudhuk baginya tidak wajib kerana apabila berniat mengangkat hadas besar ketika mandi itu, hadas kecilnya juga terangkat sama. Hasilnya, seorang yang melakukan mandi wajib tidak lagi perlu mengambil wudhuk bagi mengerjakan solat melainkan berlaku perkara yang membatalkan wudhuk selepas mandi itu.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...