Makceh daUn kelaDi...

Friday, January 27, 2012

...✿~Beautiful.Words.Part1~✿...


✿Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas 
dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.✿
-Cecil B. DeMille-

✿Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, 
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya 
dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.✿

✿Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. 
Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.✿
-Peribahasa Arab-

✿Agama menjadi sendi hidup,
Pengaruh menjadi penjaganya,
Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan
Kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.✿
-Pepatah Arab-

✿Tiada sesiapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini 
kerana setiap yang pantai itu boleh menjadi bodoh dan
setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.✿

✿Orang yang hebat bertindak sebelum berkata
dan dia berkata selaras dengan tindakannya.✿
-Confucius-

✿Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak membuat kebaikan untuk manusia lain.✿

✿Banyak orang kenal diri orang lain,
tetapi tidak kenal diri sendiri,
sebab itu orang sibuk memikirkan kecatatan orang lain 
daripada kecatatan diri sendiri.✿

✿Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan
tetapi ialah apa yang tersemat di dalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan.✿

✿Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air,
tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana luasnya.
Ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya, 
sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi.✿

✿Orang yang mengenal ALLAH dengan ilmu seperti seorang yang mendengar gula tetapi belum merasainya,
orang yang mengenal ALLAH dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering terasa manisnya.✿

✿Sumber ilmu itu ialah mendengar, melihat, berfikir dan membaca.✿

✿Berkata tentang yang baik itu mudah,
tetapi membuat perkara baik itu susah.
Yang paling susah ialah ikhlas dalam membuat perkara yang baik.✿

✿Apabila engkau disanjung orang dihadapanmu, maka bacalah kalimah ini,
" ya ALLAH, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka katakan,
ampunilah dosaku apa yang mereka tidak ketahui, dan
janganlah aku diseksa tentang apa-apa yang telah mereka ucapkan.✿

✿Bersedekah dengan senyum lebih baik daripada bersedekah dengan harta
kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa 
dan tidak pula terasa hina.✿

✿Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan
yang dapat memadamkan api  itu hanyalah air,
maka apabila seseorang dalam marah hendaklah segera berwudhuk.✿
-Riwayat Ahmad & Abu Dawud-

✿Semua dosa kerana nafsu masih ada harapan pengampunannya tetapi semua dosa kerana takbur amat jauh dari ampunan kerana dosa iblis berpunca dari takbur sedangkan dosa Adam a.s berpunca daripada nafsu.✿
-Dari Kitab Al-Istikdad Liyaumil Maad-
















♥ I LOVE YOU ♥ in mOre than 10o languages

Its so amazing when we can found more than 100 languages how to say i LOVE you...
It's Cool,right? Check it out....


  1.  Afrikaans – Ek het jou liefo
  2. Albanian – Te dua
  3. Arabic (to male) – Ana behibak
  4. Arabic (to female) – Ana behibek
  5. Armenian – Yes kez sirumem
  6. Bambara – M’bi fe
  7. Bengali – Ami tomake bhalobashi
  8. Belarusian – Ya tabe kahayu
  9. Bisaya – Nahigugma ako kanimo
  10. Bulgarian – Obicham te
  11. Cambodian – Soro lahn nhee ah
  12. Catalan – T’estimo
  13. Cherokee – Tsi ge yu i
  14. Cheyenne – Ne mohotatse
  15. Chichewa – Ndimakukonda
  16. Chinese (Cantonese) – Ngo oiy ney a
  17. Chinese (Mandarin) – Wo ai ni
  18. Comanche – U kamakutu nu
  19. Cree – Kisakihitin
  20. Creol – Mi aime jou
  21. Croatian – Volim te
  22. Czech – Miluji te
  23. Danish – Jeg Elsker Dig
  24. Dutch – Ik hou van jou
  25. Elvish – Amin mela lle
  26. English – I love you
  27. Esperanto – Mi amas vin
  28. Estonian – Ma armastan sind
  29. Ethiopian – Afgreki’
  30. Faroese – Eg elski teg
  31. Farsi – Doset daram
  32. Filipino – Mahal kita
  33. Finnish – Mina rakastan sinua
  34. French – Je t’aime, Je t’adore
  35. Frisian – Ik hald fan dy
  36. Gaelic – Ta gra agam ort
  37. Georgian – Mikvarhar
  38. German – Ich liebe dich
  39. Greek – S’agapo
  40. Gujarati – Hoo thunay prem karoo choo
  41. Hiligaynon – Palangga ko ikaw
  42. Hawaiian – Aloha Au Ia`oe
  43. Hebrew (to female) – “ani ohev otach” (said by male) “ohevet Otach” (said by female)
  44. Hebrew (to male) – “ani ohev otcha” (said by male) “Ohevet ot’cha” (said by female)
  45. Hiligaynon – Guina higugma ko ikaw
  46. Hindi – Hum Tumhe Pyar Karte hae
  47. Hmong – Kuv hlub koj
  48. Hopi – Nu’ umi unangwa’ta
  49. Hungarian – Szeretlek
  50. Icelandic – Eg elska tig
  51. Icelandic – Eg elska tig
  52. Ilonggo – Palangga ko ikaw
  53. Indonesian – Saya cinta padamu
  54. Inuit – Negligevapse
  55. Irish – Taim i’ ngra leat
  56. Italian – Ti amo
  57. Japanese – Aishiteru or Anata ga daisuki desu
  58. Kannada – Naanu ninna preetisuttene
  59. Kapampangan – Kaluguran daka
  60. Kiswahili – Nakupenda
  61. Konkani – Tu magel moga cho
  62. Korean – Sarang Heyo or Nanun tangshinul sarang hamnida
  63. Latin – Te amo
  64. Latvian – Es tevi miilu
  65. Lebanese – Bahibak
  66. Lithuanian – Tave myliu
  67. Luxembourgeois – Ech hun dech gaer
  68. Macedonian – Te Sakam
  69. Malay – Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
  70. Malayalam – Njan Ninne Premikunnu
  71. Maltese – Inhobbok
  72. Marathi – Me tula prem karto
  73. Mohawk – Kanbhik
  74. Moroccan – Ana moajaba bik
  75. Nahuatl – Ni mits neki
  76. Navaho – Ayor anosh’ni
  77. Ndebele – Niyakutanda
  78. Norwegian (Bokmaal) – Jeg elsker deg
  79. Norwegian (Nyonrsk) – Eg elskar deg
  80. Pandacan – Syota na kita!!
  81. Pangasinan – Inaru Taka
  82. Papiamento – Mi ta stimabo
  83. Persian – Doo-set daaram
  84. Pig Latin – Iay ovlay ouyay
  85. Polish – Kocham Cię
  86. Portuguese – Eu te amo
  87. Romanian – Te iubesc
  88. Russian – Ya tebya liubliu
  89. Scot Gaelic – Tha gra\dh agam ort
  90. Serbian – Volim te
  91. Setswana – Ke a go rata
  92. Sign Language – ,\,,/ (represents position of fingers when signing ‘I Love You’)
  93. Sindhi – Maa tokhe pyar kendo ahyan
  94. Sioux – Techihhila
  95. Slovak – Lu`bim ta
  96. Slovenian – Ljubim te
  97. Spanish – Te quiero / Te amo
  98. Swahili – Ninapenda wewe
  99. Swedish – Jag alskar dig
  100. Swiss-German – Ich lieb Di
  101. Surinam – Mi lobi joe
  102. Tagalog – Mahal kita
  103. Taiwanese – Wa ga ei li
  104. Tahitian – Ua Here Vau Ia Oe
  105. Tamil – Nan unnai kathalikaraen
  106. Telugu – Nenu ninnu premistunnanu
  107. Thai (to female) – Phom rak khun
  108. Thai (to male)  - Chan rak khun
  109. Thai Informal – Rak te
  110. Tunisian – Ha eh bak
  111. Turkish – Seni Seviyorum
  112. Ukrainian – Ya tebe kahayu
  113. Urdu – mai aap say pyaar karta hoo
  114. Vietnamese (to female) – Anh ye^u em
  115. Vietnamese (to male) – Em ye^u anh
  116. Welsh – ‘Rwy’n dy garu di
  117. Yiddish – Ikh hob dikh
  118. Yoruba – Mo ni fe
  119. Zazi – Ezhele hezdege
  120. Zuni – Tom ho’ ichema
~♥~♥~♥~♥~

Any language missing?

[Mesti BACA!]::Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi::

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Anda pernah dengar tak pepatah Melayu "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"? Pernah tak fikir, macam mana pagar boleh makan padi?? Pelikkan??Ke ada lagi yang tak tahu pagar tu apa? hehehe..Satu lagi, ada ke orang tanam padi dalam kawasan yang berpagar?? Lagi la bertambah pelik..Tapi peribahasa ni, memang kita dah guna sejak dari sekolah rendah lagi...Dalam erti kata lain, memang dah sinonim di alam Melayu...Pepatah ni memang betul TAPI ramai yang tak tahu...penggunaan perkataan dalam pepatah ni yang tak tepat digunakan..Kenapa?Why? Untuk merungkai segala persoalan...Jom kita baca kisah dibawah...

~ ✿~✿ ~✿ ~✿ ~

DALAM sebuah bilik darjah pada hari pertama persekolahan...

Zali: Huh!! Tak boleh harap...


Ramli: Apanya?!

Zali: Ni ha, berita ni…

Ramli: Berita apa? Aku tak baca lagi ….

Zali: Tu la lain kali, bacalah berita-berita tempatan ni, jangan asyik baca berita liga bola sepak luar negeri je.

Ramli: Hey! Macam mana aku nak baca?! Dari tadi surat khabar tu kat tangan kau aje. Dah habis teh tarik segelas, kau tak habis baca lagi. Bagilah aku pulak...

Zali: Hehehhee ... maaf le, nah! Kau tengok berita ni, kanak-kanak dirogol bapa saudara sendiri.

Ramli: Bapa saudara?

Zali: Ha’ ah!! Emak ngan bapa budak tu kerja luar negara, tinggal budak tu dengan adik bapanya. Masa bini dia pergi kerja, dikerjakannya pulak budak tu, anak abang dia sendiri tu!!

Ramli: Huh!! Betul dahsyat punya perangai, memang tak boleh diharap. Bak kata orang tua-tua, harapkan pagar, pagar makan padi!!

Zali: Tak betul pepatah tu ….

Ramli: Tak betul?! Apa tak betulnya pulak? Orang tua-tua kita dah cakap macam tu dulu.

Zali: Pepatah tu betul dah, tapi perkataan pagar tu yang tak betul!!

Ramli: Eh!! Loyar buruk pulak, kan pepatah ni ada dalam buku teks sekolah, kita dah belajar sejak sekolah rendah lagi dan memang selalu orang pakai dalam surat khabar, dalam radio, dalam tv.

Zali: Memang orang guna, tapi sebenarnya salah!!

Ramli: Apanya yang salah?

Zali: Cuba kau fikir secara logik, boleh ke pagar tu makan?? Dan satu lagi, mana ada sawah padi yang berpagar ….

Ramli: Eh!! Betul juga ek! Tapi …. Mungkin ini hanya pepatah, bukannya betul-betul.

Zali: Memanglah pepatah, tetapi orang dulu-dulu buat pepatah ni berdasarkan pemerhatian mereka pada perlakuan alam sekitar. Kalau pagar, itu bukan benda hidup, mana boleh pagar makan. Yang makan adalah ayam pegar, ayam pegar ni makan padi ….

Ramli: Ayam pegar? Ayam apa tu? Tak pernah dengar pun!

Zali: Sejenis burung, tapi orang kampung panggil ayam sebab saiznya sebesar ayam dan melata macam ayam dan boleh terbang macam burung.

Ramli: Ooo ... tapi tak pernah jumpa pun?!

Zali: Memang le kau tak pernah jumpa, ayam ni bukan ayam belaan tapi jenis liar, duduk dalam hutan. Sekarang ni dah nak hampir pupus ….

Ramli: Tapi macam mana pula dikatakan boleh menjaga padi??

Zali: Haa … dulu-dulu ayam ni banyak, dekat pinggir hutan tepi sawah, makan serangga perosak padi dan makan siput gondang. Itulah sebabnya dikatakan ayam pegar ni boleh menjaga padi.

Ramli: Tapi kenapa kemudian dikatakan tidak boleh diharap pulak??

Zali: Sebabnya ... sebab, selain dia makan serangga perosak seperti belalang, siput gondang dan juga ketam, ayam pegar ni juga makan padi!!

Ramli: Ooo …. Gitu ke?!

Zali: Itulah yang timbulnya pepatah harapkan pegar, pegar makan padi!!

Ramli: A’aa yek! Nak harapkan pegar memakan musuh padi, tapi pada masa yang sama dia makan padi!

Zali: Hah! Pandai pun, sekarang kau dah faham kenapa aku kata yang sebenarnya pegar, bukan pagar.

Ramli: Tengok orang la! Hehhehee ….



~ ✿~✿ ~✿ ~✿ ~


Dah habis baca? Jadi, macam mana? terjawab tak segala persoalan?Alhamdulillah...Dapat juga saya berkongsi benda baru kat kawan-kawan semua...Baru??Lama dah sebenarnya..tapi baru tahu...Takpe lambat tahu daripada langsung tak tahu... :)

Glosari  
Ayam pegar - sejenis burung yang menyerupai ayam dan terdapat di dalam hutan (crested fireback).

::Ayam Pegar::



Sumber : Berita Harian Online [11/01/12]
Oleh : Prof. Madya Dr Nor Hisham Osman

#FYI,Prof Hisham ni merupakan salah seorang pensyarah kat fakulti tempat saya belajar (Akademi Pengajian Melayu, UM) dahulu... Beliau merupakan pensyarah jabatan linguistik,APM...Artikel-artikel beliau terdapat dalam Berita Harian dalam ruangan Mewah Bahasa...

✿Bismillahirrahmanirrahim✿

Assalamualaikum....

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh ALLAH untuk bernafas dan menjalani hidup-hidup yang harapnya akan lebih baik daripada sebelumnya...Insya Allah...Tanpa kita sedari, masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita...Kini, sudah pun menginjak ke tahun 2012...

::2011::
Banyak kisah suka dan duka dilakar...Kisah suka, biarlah terus dijadikan kenangan terindah manakala kisah duka pula biarlah dijadikan iktibar untuk kita memperbetulkan diri masing-masing... Sesungguhnya, memang tiada insan yang sempurna...

ALLAH uji kita dengan pelbagai dugaan kerana DIA sayangkan kita...Namun, ALLAH itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Diberi-NYA dugaan kerana DIA menjanjikan yang terbaik untuk kita selepas itu...Hanya orang yang SABAR akan lulus ujian ALLAH...Maka,berazamlah untuk kita mencapainya...

::2012::
Melangkah ditahun baru, mengharapkan ianya lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya... Namun, siapa kita jika dibandingkan dengan ALLAH...Kita hanya mampu merancang,namun segalanya ditentukan oleh ALLAH...Mengharapkan hati setenang air dikolam namun dicampak batu, berkocak jua akhirnya...

Daripada air kita belajar ketenangan, daripada batu kita belajar ketegaran,daripada tanah kita belajar kehidupan,daripada kupu-kupu kita belajar sabar dan merubah diri,daripada padi kita belajar kerendahan hati dan hanya daripada ALLAH kita belajar tentang segalanya...


Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari,hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar merasainya...

::Di dunia::
Kita boleh paparkan STATUS tahun baru dan tahun-tahun lepas, catatan-catatan lama atau SOROKKAN dan REMOVE sahaja jika tidak mahu DILIHAT oleh orang lain akan catatan-catatan tahun lepas yang MEMALUKAN lagi MENGAIBKAN DIRI SENDIRI...

::Di akhirat::
Setiap status, amal perilaku, kata-kata, perbuatan, DOSA PAHALA dari baligh sampai MATI, dari tahun lepas ke tahun baru DIPAPARKAN dibuku-buku catatan amalan RAQIB dan ATID...Satu amalan buruk pun TIDAK MAMPU DISOROKKAN daripada ALLAH dan dari semua makhluk di sana hatta KULIT SENDIRI berkata-kata, REPORT dan dedahkan segalanya...Banyak CATATAN BAIK, ke SYURGA la tempatnya...Jika sebaliknya, ke NERAKA la jawabnya...

Sama-samalah kita memperbaiki diri dan saling beringat antara satu sama lain...Di dunia; manusia mungkin tampak perbezaan, tapi apabila MATI...semua manusia sama sahaja...Tak guna sambut tahun baru kalau pemikiran masih ditakuk lama...

Bila terasa BERDOSA ucaplah Astagfirrullah...
Bila tak JANJI ucaplah Insyaallah...
Bila rasa TAK TERDAYA ucaplah Lahaulawalaquataillahbilla...
Bila percaya PADA Allah ucaplah Laailaahaillallah...
Bila rasa BERSYUKUR ucaplah alhamdulillah...
Orang yang baik itu bukan orang yang tidak pernah berbuat salah tapi orang baik itu adalah ketika dia berbuat salah,dia jadikan kesalahannya sebuah pelajaran untuk tidak berbuat salah lagi.Kerana tanpa adanya sebuah kesalahan kita tidak akan pernah mengerti apa itu makna kebenaran...
Sekian, Wassalam...

Mizz.Anne
#First.post.in.new.year#



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...