Makceh daUn kelaDi...

Friday, January 27, 2012

...✿~Beautiful.Words.Part1~✿...


✿Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas 
dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.✿
-Cecil B. DeMille-

✿Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, 
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya 
dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.✿

✿Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. 
Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.✿
-Peribahasa Arab-

✿Agama menjadi sendi hidup,
Pengaruh menjadi penjaganya,
Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan
Kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.✿
-Pepatah Arab-

✿Tiada sesiapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini 
kerana setiap yang pantai itu boleh menjadi bodoh dan
setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.✿

✿Orang yang hebat bertindak sebelum berkata
dan dia berkata selaras dengan tindakannya.✿
-Confucius-

✿Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak membuat kebaikan untuk manusia lain.✿

✿Banyak orang kenal diri orang lain,
tetapi tidak kenal diri sendiri,
sebab itu orang sibuk memikirkan kecatatan orang lain 
daripada kecatatan diri sendiri.✿

✿Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan
tetapi ialah apa yang tersemat di dalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan.✿

✿Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air,
tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana luasnya.
Ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya, 
sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi.✿

✿Orang yang mengenal ALLAH dengan ilmu seperti seorang yang mendengar gula tetapi belum merasainya,
orang yang mengenal ALLAH dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering terasa manisnya.✿

✿Sumber ilmu itu ialah mendengar, melihat, berfikir dan membaca.✿

✿Berkata tentang yang baik itu mudah,
tetapi membuat perkara baik itu susah.
Yang paling susah ialah ikhlas dalam membuat perkara yang baik.✿

✿Apabila engkau disanjung orang dihadapanmu, maka bacalah kalimah ini,
" ya ALLAH, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka katakan,
ampunilah dosaku apa yang mereka tidak ketahui, dan
janganlah aku diseksa tentang apa-apa yang telah mereka ucapkan.✿

✿Bersedekah dengan senyum lebih baik daripada bersedekah dengan harta
kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa 
dan tidak pula terasa hina.✿

✿Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan
yang dapat memadamkan api  itu hanyalah air,
maka apabila seseorang dalam marah hendaklah segera berwudhuk.✿
-Riwayat Ahmad & Abu Dawud-

✿Semua dosa kerana nafsu masih ada harapan pengampunannya tetapi semua dosa kerana takbur amat jauh dari ampunan kerana dosa iblis berpunca dari takbur sedangkan dosa Adam a.s berpunca daripada nafsu.✿
-Dari Kitab Al-Istikdad Liyaumil Maad-
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...