Alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh ALLAH untuk bernafas dan menjalani hidup-hidup yang harapnya akan lebih baik daripada sebelumnya...Insya Allah...Tanpa kita sedari, masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita...Kini, sudah pun menginjak ke tahun 2012...
::2011::
Banyak kisah suka dan duka dilakar...Kisah suka, biarlah terus dijadikan kenangan terindah manakala kisah duka pula biarlah dijadikan iktibar untuk kita memperbetulkan diri masing-masing... Sesungguhnya, memang tiada insan yang sempurna...ALLAH uji kita dengan pelbagai dugaan kerana DIA sayangkan kita...Namun, ALLAH itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Diberi-NYA dugaan kerana DIA menjanjikan yang terbaik untuk kita selepas itu...Hanya orang yang SABAR akan lulus ujian ALLAH...Maka,berazamlah untuk kita mencapainya...
::2012::
Melangkah ditahun baru, mengharapkan ianya lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya... Namun, siapa kita jika dibandingkan dengan ALLAH...Kita hanya mampu merancang,namun segalanya ditentukan oleh ALLAH...Mengharapkan hati setenang air dikolam namun dicampak batu, berkocak jua akhirnya...
Daripada air kita belajar ketenangan, daripada batu kita belajar ketegaran,daripada tanah kita belajar kehidupan,daripada kupu-kupu kita belajar sabar dan merubah diri,daripada padi kita belajar kerendahan hati dan hanya daripada ALLAH kita belajar tentang segalanya...
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari,hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar merasainya...
::Di dunia::
Kita boleh paparkan STATUS tahun baru dan tahun-tahun lepas, catatan-catatan lama atau SOROKKAN dan REMOVE sahaja jika tidak mahu DILIHAT oleh orang lain akan catatan-catatan tahun lepas yang MEMALUKAN lagi MENGAIBKAN DIRI SENDIRI...
::Di akhirat::
Setiap status, amal perilaku, kata-kata, perbuatan, DOSA PAHALA dari baligh sampai MATI, dari tahun lepas ke tahun baru DIPAPARKAN dibuku-buku catatan amalan RAQIB dan ATID...Satu amalan buruk pun TIDAK MAMPU DISOROKKAN daripada ALLAH dan dari semua makhluk di sana hatta KULIT SENDIRI berkata-kata, REPORT dan dedahkan segalanya...Banyak CATATAN BAIK, ke SYURGA la tempatnya...Jika sebaliknya, ke NERAKA la jawabnya...
Sama-samalah kita memperbaiki diri dan saling beringat antara satu sama lain...Di dunia; manusia mungkin tampak perbezaan, tapi apabila MATI...semua manusia sama sahaja...Tak guna sambut tahun baru kalau pemikiran masih ditakuk lama...
No comments:
Post a Comment