Makceh daUn kelaDi...

Sunday, April 24, 2011

Dedicated to all Gadis2 Sarawak...

Pertama kali kuhampir
Di bumimu yang permai
dengan senyum terukir
Wajah-wajah seindah
bunga yang mekar
Menghias kotamu bagai dalam taman
nirwana

Begitu ayu wajahmu
Dalam air terbayang
kini satu persatu
Jari-jari halusmu lemah gemalai
Siapa melihat kan terbuai

Senyum...
Senyumlah buatku tetamu yang baru
Biarlah kemesraan kini kan berpadu

Ingin Rasanya
kubawa pulang bersama-sama
Sayangnya bagaikan jinak merpati
Makin kuhampiri makin kau ketepi

Gadis gadis Sarawak
Oh yeah
Oh Si Manis Sarawak
Oh yeah
Kini hati terpikat

Budaya tetap disanjung
Begitulah resamnya
dari dulu menurun
Biar zaman berubah
namun ternyata
Kau tetap menjaga
dengan penuh rasa bangganya

Rindunya bukan kepalang
Terpesona padamu
gadis Bumi Kenyalang
Hingga kini menjadi satu igauan
Dalam lena wajahmu kuterpandang

CINTA yang IKHLAS..........

“KEIKHLASAN”

Ungkapan Yang Biasa Kita Dengar Terutama Dalam Sesuatu Kisah Cinta. Di sini ada sebuah kisah cinta untuk anda…cinta yang ikhlas…sangat ikhlas….

Ada seorang jejaka terjumpa buku di taman. Di dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya, dan juga tertera ‘Aisyah yang sedang mencari sahabat hati’.


Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku itu kepada si gadis misteri itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan si jejaka, dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu.
Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu.

Si jejaka amat ingin bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis tersebut.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil berkhidmat misi ketenteraan di luar negara. Si jejaka susah hati kerana bimbang dia mungkin tidak dapat berjumpa gadis kesayangannya.


Maka diutus sepucuk surat berbunyi: “Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayangkan padaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar berwarna merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku.”


Selang beberapa tahun, pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai perwira negara, si gadis yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya, sambil memegang sekuntum bunga mawar merah.

Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah,seperti dalam perjanjian mereka dahulu. Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi.
Tetiba si jejaka ternampak si gadis yang gemuk, hitam, berjerawat, duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis mencari seseorang.


Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tanganya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza imaginasinya.

Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan menyapa, Aisyah? Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata: “Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu.”


Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata:”Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu dengan orang tuamu.”


Berapa ramaikah lelaki yang sesuci hati jejaka ini? Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu??

Beruntungnya jadi WANITA............

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari
Cuti ini bukan cuti suka hati
Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…


Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?




Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
Mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya…


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari…
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. G
anjaran Alah akan diberi keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat                                             Dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya,
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami                    Dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak
kaki.
 

Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu (lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Oleh itu wanita sekalian, sayangilah diri anda dan Suami anda…

Sepenuh Jiwa & Raga…

Wallahualam…

 (sumber daripada PanduanIslam)

Kalau TUHAN itu baik..kenapa DIA....

Di sini ada sebuah kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Sekiranya didapati melakukan kesalahan, mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika suatu operasi yang dijalankan, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun dikenakan denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ini pun memberi nasihat, “Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ini termasuk dalam perintah Allah. Ringkasnya, jika taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Jika derhaka akan perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan itu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga kerana tak tahan mendengar nasihat ustaz tadi. Ditambah pula dengan hati panas kena denda kerana tidak memakai tudung.

Ustaz itu terkedu sebentar. Bahaya budak ini. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis itu berkata-kata, ustaz itu pun menjawab: “Adik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Tak mengapa, sebab neraka tidak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan itu baik?”

 Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz berkata begitu.  Sedang dia terpinga-pinga dengan muka “confused”, ustaz tu pun jelaskan, “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga. Lepas itu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tidak ada siapa yang akan terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.

“Ah..!! Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la boleh terlepas begitu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita serta segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, bahawa semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga.

Ambillah Pengajaran Ini Wahai Sahabat Sekalian. Berfikir Dahulu Sebelum Berkata-Kata.
Wallahulam.
 
   

MALAIKAT MAUT menziarahi kita setiap 21 minit?

Kita di ziarah malaikat maut setiap 21 minit?? Seramnya…

Bismillahirrahmanirrahimm…
Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati org itu ada yg sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala utk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinye sentiase diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dgn malaikat maut.

1 hari=24 jam= 1440 minit
1440 minit/70=20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT!
Kawan-kawanku, kesimpulannya, sentiasalah ingat MATI..ajal boleh datang bila-bila masa….walau di mana pun kita berada, ingatlah MATI…kerana Muslim yg Cemerlang dan Berjaya sentiasa ingatkan MATI…

Aku...Kamu...Dia...dan Durian...

Ermmmm...23/04/2011--->>Special thanks to Mr & Mrs GjanIeyma kerana sudi merealisasikan impian saya untuk makan durian di SS2....Lama dah merancang..Akhirnya terlaksana jua....Teruja...Rupanya durian pun ada macam2 nama..tapi durian kat SS2 memang terbaik.....Harga pun berbaloi.....



Yah2...keterujaan melihat durian yang banyak..tengok atas....ada macam2 namakan....Durian kunyit???patotla sedap...hahahaha.....ada sejarah tuuuuu..............nak tgk lagi....ok2...sabaq la....


Inilah kami berempat....alolo...comeylnya  geng aku yang sorang tu....macam mulut..... babyyy...babyyyyy.... hahahahaha.......nampak je buat tu sket tapi x larat nak berabes......hihihi


Sedap wooooo.......buah pon besar2...mmg trbaek!...x rugi berabez duit.....kenyang...... Nak tgk lagi aksi kejakunan kami makan buah duyan............check it out...


Lagi........


Dan lagi........


aikkkk...ada lagi?????????


Snap lagi.......

Ewah2..sukanye............

Hahahaha.........

dan~~~~Apsal ngan aku nih?????????

Macammmmmm tengah menahan sesuatu....hahahaahahahah....

Nak tgk lagi....Nak menunjukkan kami puas dan sangat puas makan duyan............ :)

Aku ( Pasal makan x yah cakap arr...)

Ni lak Kak Tini.....nampak je kunyah slow..tapi die ni yang paling banyak makan...hihihi....

Bydz....Muka 'rangkak'...hihihihi

Memang sedap sehingga menjilat jari kaki.....perggh....Alhamdulillah..................

---------

---------

---------

Atlast...
Petua orang2 lama kata...kalau x nak sakit perut...minumla air lam bekas durian yang kita dah makan..Masih relevan lagi petua tu.... Yang baik kita jadikan tauladan...Apapon...g la SS2...makan durian hingga pengsa, ok.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...