Makceh daUn kelaDi...

Tuesday, July 9, 2013

Poret Ramadhan : Niat Puasa



Poret Ramadhan : Mandi Hadas

Assalamualaikum...Hermmm...Lama kita tak bersiaran...Ceywah...Atas masalah-masalah teknikal yang tidak boleh dielakkan...Hermmm...Pejam celik,pejam celik...Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan...Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan...Jadi, entry kali ni aku rasa ada perkaitannya... Sebab apa? Bulan Ramadhan ni kan bulan yang mulia, so, elok dan moleklah sangat kalau kita menghargainya dengan sebaik mungkin dan melaluinya dalam keadaan BERSIH dan SUCI...Hikmahnya, supaya amalan yang kita kerjakan dan laksanakan takla jadi sia-sia...Betul tak? Bukan apa, kadang2 kita ni ambil enteng benda yang dimata kita nampak remeh tp hakikatnya...Hermmm...Baeklah, toksah poret panjang sangat...Jom baca persoalan yg sering berlegar2, berterbangan dan bertiupan dalam fikiran kita (termasuk aku, sebelum ni)...Semoga bermanfaat...Selamat Berpuasa :)

************************

Soalan

Macam mana mandi hadas besar dengan betul, mudah dan mengikut sunnah nabi...Bolehkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi...Saya was-was dalam hal ini.

Jawapan :

Kaifiat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi S.A.W. Antaranya yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah R.A sebagaimana berikut :

"Adalah Rasulullah S.A.W apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya lalu (dengan tangan kiri itu), baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya),baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya" (HR Imam Muslim)

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas adalah seperti berikut :

1. 
Setelah membaca BISMILLAH, mulakan dengan membasuh tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.

2.
Kemudian basuh kemaluan dan najis dibadan jika ada dengan menggunakan tangan kiri. Setelah itu, ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.

3.
Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air diseluruh kepala termasuk dicelah-celah rambut.

4..
Selesai bahagian kepala, lakukan mandian dibahagian badan pula; dari leher ke bawah.Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri

5. 
Selesai mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

6.
Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jari

7.
Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilang hadas besar dari badan.


*******************

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan,tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun, jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan. Wallahualam...

Rujukan :
Al-Majmu', Imam An-Nabawi, 2/230

Sumber :Ilmudanulamak

#SharingIsCaring#Love


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...