Makceh daUn kelaDi...

Friday, October 19, 2012

.:: Jika KAU pilih AKU ::.

Jika KAU pilih AKU sebagai permaisuri hati,
pimpinlah aku menuju redha-NYA,
bukan membuka jalan untukku,
melangkah ke neraka.

Jika KAU pilih AKU sebagai permaisuri hati,
tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
pandanglah aku dengan kekuranganku,
nilai kembali niatmu
masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku?

Jika KAU pilih AKU sebagai permaisuri hati,
jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
sehingga saat halal itu berlaku.

Jika KAU pilih AKU sebagai permaisuri hati,
aku mohon agar kau sandarkan niatmu kepada yang menentukan,
aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
agar kita boleh menemukan insan yang tepat,
bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika KAU pilih AKU menjadi permaisuri hati,
ketahuilah,
tidak ku pinta kemewahan dunia,
tidak ku mahu kaya harta,
tetapi aku minta,
jadikan aku suri yang boleh mendapatkan istana di akhirat sana,
berikan aku jaminan untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redha-NYA.

Jika KAU pilih AKU dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
ketahuilah,
aku akan memilihmu kerana-NYA,
aaat itu ialah apabila aku tahu,
kenapa kau memilih aku.

Jawapannya ialah " Kau memilih Aku kerana DIA".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...