“Pada
setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang
Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri
jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan
Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang
indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti
biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi
amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula
membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya
berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata
“Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar
menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar
tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang
akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah
“Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi
ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan
risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan
berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah
bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh
kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun
menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang
dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya
tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa
berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada
risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari
mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun
gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di
jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.
Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya
loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan
ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu
namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya
daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini
diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah
seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak,
apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah
malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu,
saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan
sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak
menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah
pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam
nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat
bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai
dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur
tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan
separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke
majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum
Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya
meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak
matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk
membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di
atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung
tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya
berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun
yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia
berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan
sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada
orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan
tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum
pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar
ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya
mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang
paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali
menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca
risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat
asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya
sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada
Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan
malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini
akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak
mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak
dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari
mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan
menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang
paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa
yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada
di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama
malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah
ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah
ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Makceh daUn kelaDi...
Labels
Islamic Info
(17)
Info
(15)
Muhasabah Diri
(12)
Jabatan Sosio-Budaya Melayu UM
(9)
Adam dan Hawa
(8)
Maher Zain
(7)
Nota Kuliah
(7)
Poret time
(6)
A jOurney to remember
(5)
BFF
(5)
Meh Nak Ajar
(5)
Movie Best
(5)
Beautiful Words
(4)
Meh Release Tension
(4)
Mine
(4)
Touching Story
(4)
Kreatif
(3)
La Tahzan
(3)
MizzAnne Resepi
(3)
Setia Hujung Nyawa
(3)
Special About Sarawak
(3)
Tasha Manshahar dan Shamim
(3)
AJL
(2)
Cover Songs
(2)
MyEditing Mode
(2)
News
(2)
Novel
(2)
Poret Ramadhan 2013
(2)
Ragam Bahasa
(2)
Tentang LELAKI
(2)
Tentang WANITA
(2)
Astrid
(1)
Belajar Jawi
(1)
Chris Medina
(1)
Diari Hatiku
(1)
Exam Mode
(1)
For Sale
(1)
Gossip Girl
(1)
Japanese Language
(1)
Makanan Melayu
(1)
Masihkah Kau Ingat
(1)
Monolog
(1)
New Chapter 1435H
(1)
Poems
(1)
Save GAZA
(1)
School Diary
(1)
Ustaz Azhar Idrus
(1)
No comments:
Post a Comment