Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai.
Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki
jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan.
Dia
tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus
terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai
dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak.
Misalnya,
seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya
tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak
betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. “Aku jujur pun
isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur”.
Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin
tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam
mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.
Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman.
Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur
saja, siapa pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia
memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik
tetapi asyik dicurigai.
Persoalannya bagaimanakah hendak
mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada
satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak
semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus
berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan.
Kita akan
menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun
meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita. Oleh itu,
jadikan apa yang akan PDH paparkan di bawah ini sebagai panduan saja,
tidak semestinya betul.
Lelaki itu jujur jika :
1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya.
Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk
membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta
palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun
tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada
masa untuk mempermainkan wanita.
2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya.
Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak
terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin
besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil
kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan
agamanya.
3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya.
Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh
ahli keluarganya. Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu
sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin
hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya,
keluarga dan TUHAN.
Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk
untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang
penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi
kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda
fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek beginimasih patut
dicurigai?
Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana
terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami
dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas.
Ada suami yang tak pandai uruskan rumahtangga namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.
Ada suami jarang menghadiahkan bunga tapi selalu membelanja anak dan isteri makanan istimewa.
Ramai juga suami yang tak tahu memujuk tapi pandai bertolenransi bila diminta bantu sini sana.
Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan, pasti wahai isteri..awak akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia !!!
Makceh daUn kelaDi...
Labels
Islamic Info
(17)
Info
(15)
Muhasabah Diri
(12)
Jabatan Sosio-Budaya Melayu UM
(9)
Adam dan Hawa
(8)
Maher Zain
(7)
Nota Kuliah
(7)
Poret time
(6)
A jOurney to remember
(5)
BFF
(5)
Meh Nak Ajar
(5)
Movie Best
(5)
Beautiful Words
(4)
Meh Release Tension
(4)
Mine
(4)
Touching Story
(4)
Kreatif
(3)
La Tahzan
(3)
MizzAnne Resepi
(3)
Setia Hujung Nyawa
(3)
Special About Sarawak
(3)
Tasha Manshahar dan Shamim
(3)
AJL
(2)
Cover Songs
(2)
MyEditing Mode
(2)
News
(2)
Novel
(2)
Poret Ramadhan 2013
(2)
Ragam Bahasa
(2)
Tentang LELAKI
(2)
Tentang WANITA
(2)
Astrid
(1)
Belajar Jawi
(1)
Chris Medina
(1)
Diari Hatiku
(1)
Exam Mode
(1)
For Sale
(1)
Gossip Girl
(1)
Japanese Language
(1)
Makanan Melayu
(1)
Masihkah Kau Ingat
(1)
Monolog
(1)
New Chapter 1435H
(1)
Poems
(1)
Save GAZA
(1)
School Diary
(1)
Ustaz Azhar Idrus
(1)
No comments:
Post a Comment