Dia
duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si
dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah.
Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang
bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan
memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang,
maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan
laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi
imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh
kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni,
pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh
pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa
suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk
hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab
pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit
syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah
kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je,
abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni.
Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta
isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak
enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah
aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila.
Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar
tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat
surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat
mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si
isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia
nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti
si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah
siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60
dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman
tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta
awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya
harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar
radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah.
Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik
ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam.
Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka
telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan
enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat
dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak
kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang
pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai
macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau
yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam.
Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
“jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam
itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam
itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat
umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa
tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa
hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku.
Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh
terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau
boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di
pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang
iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat
tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia
menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka
berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat
tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat
perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas
tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah
memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang
Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?”
kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman
yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama.
Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..”
main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman
ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat
Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?”
“Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat
sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut
juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada
kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh
je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya
awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk
kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.”
“saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap.
Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu
berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah
bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau
isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah
abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab
teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti
masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di
tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi
amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah
sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas
ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman
senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah.
Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang
Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop.
“abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna
internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish
masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu.
“abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa.
“okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..”
komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur
awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam
itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap
pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak
orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni.
Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada
insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh.
“ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya
upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.”
Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi
Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum
terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki
separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada
lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda
kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa
di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman
ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman
bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah
mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman
tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan
kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan
ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya
dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam
keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak
membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai
bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu
apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..”
lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam
tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya
itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di
situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul
sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya
kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah
dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik
mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah…
banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di
pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman
duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah
sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call?
Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari
tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si
isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang
cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak.
“..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu
saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam.
Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi.
“awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di
seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan
lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.”
Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang
jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?”
“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya
mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah
dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.”
“abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga
kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah
nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang
teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar
menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.”
Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman
dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt
kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah
Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya
memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak..
abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru
perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik
kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun
duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman
menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun
rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa
abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah
menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang,
nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa
itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap
Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam
budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa
benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia.
Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa
dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung
pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang
best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru
pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best
jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita
tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen
Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu
itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia
menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman
menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3
itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku
tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..”
Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak
pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini
cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg
sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?”
Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman
dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau
selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi
saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan
Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari
Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik
isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi
cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari
terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak
apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke
kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan
isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan
mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik.
Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap
lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti.
Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.”
Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman
mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah
senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku
masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas
barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat
kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum
dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku
Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter
pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu
encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada
stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak
ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak
dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman.
“tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku
itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku
itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita
itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu
baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah.
Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt
berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan
tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb!
Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk
lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman
sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke
pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..”
sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah
menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday
saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok.
Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan
air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana
tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir
Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the
love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya.
Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas
bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik.
Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat
Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman
senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat.
Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia
memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai
itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak
tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh
manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap
abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak
sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas
pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu
dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun
syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja
pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”
Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit
tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu
settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak
tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa
yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman.
Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang
iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa
along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak
tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman
mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman
memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah
jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek
Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along..
tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam
lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah,
sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang
iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali
tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman
mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur,
tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku
dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman
dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan
kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan
dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam
tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah
sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir
menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik
kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi
suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau
ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba.
Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul
juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat
isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…”
sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya
izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman
jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat
menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya
dugaan-MU
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya
melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam
je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil
nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi.
Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut
mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi
berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap.
“saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau
saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak
faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang…
biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah
abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air
matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua
orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap
macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.”
Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal
dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat
isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw.
bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah
dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar.
Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat
pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya
nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat
nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan
biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam.
“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah
dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik
nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)
Nasihat
Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang
haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu
ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi
kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi
dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah
s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca
artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah.
Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum.
“tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib
ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.”
“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.”
Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka
surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala
harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada
ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg
menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah
Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….
Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan
isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak
mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat
pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil
syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali
abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman
membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap
voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui
pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum,
abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam.
Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh
kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada
hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya
Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan.
Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak
moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air.
Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya
tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan
lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air
matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir
melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim.
Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya
tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan
tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat
air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.”
mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan
uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi,
umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur
alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan
alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami
balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di
turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang
abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk
pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang
awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah
memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.”
Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni,
abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara
je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan
mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah
berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita
suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin
lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya
yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri
penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah
yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana
awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.”
“dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang,
jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah
menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa
apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran
itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk.
Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup
mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman
sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang
berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa.
Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang
melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa
perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi
toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba
berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan
pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya
Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah
menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut
Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman
lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak
pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul
berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin
untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang
ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil
sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke
reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi.
Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai
dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta
maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.”
Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya
selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah
dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan
menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi
isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang
soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut
abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak
sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti
abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan
senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch
rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik
yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!!
Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke
rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng.
Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia
berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah
berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang
menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang
kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan
kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas
dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat
bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar
suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya
Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam
mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini
tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke
dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.”
Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya
juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu
membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata
berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…”
sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah
ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya.
“abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak
mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!”
herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba
meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!”
arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah
izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga
dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang.
Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di
penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman,
kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan
Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak
dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan
senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu
senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi
itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman
tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni.
banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar
kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok
kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan
menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang
baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih
baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta
tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.”
(Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada
warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu.
warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU
melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca
Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya
terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu
dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya
BICARA ,Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,, Belajar KESUSAHAN dari hidup
SENANG, Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN, Belajar KEIKHLASAN dari
KEPEDIHAN, Belajar TAWAKKAL dari UJIAN, Belajar REDHA dari satu
KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu
keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya
itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk
kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu
itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih
Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran
tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah
memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman
tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak
bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran
berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di
sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti.
Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia
merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk
menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan
Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.”
Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu.
“barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive.
Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya
cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil
itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi
isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya
ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran
menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira
abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di
tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran
“tak…tak…bukan dia..”
sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah
isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa
Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta
kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku
Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang
terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..”
dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata
Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar
sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone
itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk
dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam
seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu
kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku
agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya
di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah
Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali
ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka
menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa
sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata.
Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak
pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang
solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari
biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa
mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri
mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana
malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya
pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di
hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki
melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman
melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat
sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia
membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh
umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir
ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah
malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik
balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman
baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke
rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan
badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan
Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah
tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia.
Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di
lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman
bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap
bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan
tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan
menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan
isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid
yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia
sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah.
Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi
mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia
untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check
nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya
Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU.
Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga.
Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang
kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk
kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat
mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi
kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya
pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat
pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita
juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi
hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti.
wallahua'lam...
♥ ♥ ♥ ♥ ♥