Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan
seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul
di dalam sejarah kehidupan manusia.
Dilahirkan pada pada
subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda
Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para
sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok
bandingnya sehingga kini.
Ketika berusia lima tahun, dada
Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk
membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh
negatif yang ada pada dirinya.
Bapa baginda, Abdullah bin
Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan
ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun
yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib
bin Hashim. Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian,
Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul
Muttalib, sehingga dewasa.
Muhammad SAW digelar sebagai
Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya
sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah
Al-Mukarramah.
Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman;
Nama :
Muhammad
bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay
bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik
bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar
bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)
Nama bapa :
Abdullah
bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin
Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah
bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add
bin Adnan.
Nama ibu :
Aminah binti
Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah
bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin
Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin
Adnan.
Tempat lahir :
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Tarikh lahir :
Subuh
hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali
sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang
menyerang kota Kaabah).
Tarikh wafat :
Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
Tempat wafat :
Madinah Al-Munawwarah.
Usia ketika wafat :
63 tahun.
Nama isteri-isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar
Nama anak-anak :
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)
Bentuk fizikal :
Baginda
Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan
ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan
berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal
mencecah ke bahu. Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata
berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak
berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda
memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal. Riwayat juga menyatakan
bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni
tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh
badan. Di antar kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian. Selain
itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan
terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi
renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.
Warna kegemaran :
Merah, Putih dan Hijau.
Makanan kegemaran :
Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
Sukan kegemaran :
Menunggang kuda, memanah dan berenang.
Peperangan yang disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk
Demikianlah
sebahagian dari biodata ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan
kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada
hari kiamat kelak.... :))
Makceh daUn kelaDi...
Labels
Islamic Info
(17)
Info
(15)
Muhasabah Diri
(12)
Jabatan Sosio-Budaya Melayu UM
(9)
Adam dan Hawa
(8)
Maher Zain
(7)
Nota Kuliah
(7)
Poret time
(6)
A jOurney to remember
(5)
BFF
(5)
Meh Nak Ajar
(5)
Movie Best
(5)
Beautiful Words
(4)
Meh Release Tension
(4)
Mine
(4)
Touching Story
(4)
Kreatif
(3)
La Tahzan
(3)
MizzAnne Resepi
(3)
Setia Hujung Nyawa
(3)
Special About Sarawak
(3)
Tasha Manshahar dan Shamim
(3)
AJL
(2)
Cover Songs
(2)
MyEditing Mode
(2)
News
(2)
Novel
(2)
Poret Ramadhan 2013
(2)
Ragam Bahasa
(2)
Tentang LELAKI
(2)
Tentang WANITA
(2)
Astrid
(1)
Belajar Jawi
(1)
Chris Medina
(1)
Diari Hatiku
(1)
Exam Mode
(1)
For Sale
(1)
Gossip Girl
(1)
Japanese Language
(1)
Makanan Melayu
(1)
Masihkah Kau Ingat
(1)
Monolog
(1)
New Chapter 1435H
(1)
Poems
(1)
Save GAZA
(1)
School Diary
(1)
Ustaz Azhar Idrus
(1)
No comments:
Post a Comment