Sengaja saya menoleh ke arah kulit-kulit telur di dalam baldi yang dijadikan 'tong sampah'. Lelaki itu senyum.
"Telur-telur di sini, sebelum masak basuh dulu tak?" Saya bertanya, walaupun saya tahu apa jawapannya.
"Tidak..." jawab lelaki itu. Jawapannya agak lambat. Dengan rasa sedikit tidak puas hati, saya pun katakan padanya... "Maaf,sebagai umat Islam dan 'memberi makan' kepada orang Islam sepatutnya kulit telur di basuh terlebih dahulu. Kalau tak basuh,seolah-olah bagi makan orang yang membeli kat sini ' makan perisa tambahan (najis ayam).
Senyum lelaki tersebut semakin tawar. Saya tengok kiri kanan, tiada siapa-siapa yang perasan.Dalam hati berniat, bukan nak malukan dia tapi nak luahkan rasa sedikit kesal dengan kurangnya sensiticiti halal haram lebih-lebih lagi dalam bab makanan.
Dalam kereta saya bersoal jawab dalam hati;
"Rasa-rasanya berapa orang yang sentiasa peka dengan telur ayam ni? Walau telur itu halal,tapi berapa orang agaknya yang berhati-hatidengan 'cara' masaknya? Adakah terlebih dahulu kulit ayam dibasuh atau main hentam sahaja?"
Sahabat-sahabat semua, sama-sama kita saling ingat mengingati, pesan memesan. Siapa-siapa yang ada kedai makan atau nak makan telur kat ' dapur luar' atau nak masak telur ayam sendiri, ingatlah... Basuhlah terlebih dahulu.
Telur yang tidak dibasuh,bila dipecahkan cecairnya akan meleleh ke telir sedangkan telur tu ada najis ayam yang kering. Bukankah makanan yang tersentuh/tercampur najis itu sudah dikira 'najis'?
Jika rasa mesej ini tidak penting, diamkanlah. Jika rasa penting maka sebar-sebarkanlah dan sama-sama kita amalkan.
No comments:
Post a Comment