Semua orang pasti kenal logo muka tersenyum (Smiley Face) namun pasti ramai yang tidak tahu siapa penciptanya. Adik beradik Spain, Bernard dan Murray yang berasal dari Philadelphia mengambil kesempatan atas populariti logo ini dan berjaya membuat keuntungan yang lumayan.
(Bernard & Murray)
Namun malang kepada pencipta sebenar logo ini, Harvey Ross Ball, yang hanya di bayar upah dengan menciptanya pada tahun 1964 untuk sebuah syarikat insurans,State Mutual Life Insurance, sebanyak AS$45 (RM135).
(Harvey Ross Ball)
Sejak itu, sekitar tahun 1970, mereka mula mencetak logo berkenaan hampir pada setiap barangan termasuk baju, poster, pin baju, kad ucapan, rantai dan pelbagai lagi.
Perkara ini menjadi fenomena untuk beberapa ketika sebelum jualannya merudum pada penghujung tahun 1971. Namun ia sudah cukup untuk membuatkan adik beradik Spain menjadi jutawan apabila pelbagai produk keluaran mereka yang menyelitkan logo muka tersenyum terjual sebanyak 50 juta unit.
Kedua, mereka kemudiannya menubuhkan kedai menjual barangan cenderahati, Dollar Express pada tahun 1980-an dan berterusan menjual barangan yang dikaitkan dengan logo tersebut.
Pada tahun 2000, kedua mereka menjual semua cawangan Dollar Express kepada syarikat Dollar Tree pada harga AS$500 juta (RM1.5 billion).
Malang bagi pencipta asal, Harvey Ross Ball yang tidak mendapat satu sen pun dari ciptaannya namun menurut anaknya, Charles tidak menyesal kerana gagal mendaftar hak milik logo tersebut malah dengan tenang menyatakan, " Saya bukan seorang yang tamakkan wang ringgit malah saya hanya mampu makan sepinggan steak dan memandu sebuah kereta pada satu-satu masa," katanya yang menunjukkan dirinya sebagai seorang yang tidak gilakan wang ringgit.
No comments:
Post a Comment