FYI, aku dapat tahu yang aku join exam ni pun sangat2 last minit...Beberapa hari sebelum aku dpt mesej dari SPA... telan air liur je sebab tengok kawan2 lain dapat...Cek email & portal SPA pun jawapan mengecewakan jugak...Sedih kot tapi positifkan diri...Mungkin belum rezeki lagi...Tak sangka pulak beberapa hari pas tu...Tanggal 9 April, dapat mesej dari SPA :
"Anda dijemput menghadiri peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai
tadbir dan diplomatik gred M41...Layari www.spa.gov.my
untuk maklumat lanjut."
Baca banyak kali kot mesej tu...Happy kemain..Fuh,lega...Alhamdulillah...Semangat nak p exam tu memang melonjak2 tapi nak study tu...hihihi...(faham-faham la)...Dalam erti kata lain...Pegi exam tu, bertawakal tanpa usaha (please dont try this at home or anywhere...hahaha)...Bukan pe,dapat tahu last minit,kan...Kebetulan minggu tu memang sibuk sangat; pagi dengan seminar, petang mengajar...Sampai rumah 'bateri' dah kong...Sehari sebelum exam,aku nampak kawan aku post kat fb... Dia cakap "nota dh dapat tapi tak baca lagi"...Kemain lagi aku komen kat status dia...Emailkan kat aku nota2 tu...Sekali dia email...Fuh...Ada 3 email...Setiap email ada lebih dari 5 note...Bling2 mata....Sebelum aku migrain...Jalan terbaek yang ada dalam fikiran aku...Bertawakal aje la...hahahahhahaha...
FYI, exam PTD ni ada 4 Seksyen :
Seksyen A : Pengetahuan AM (45 minit)
Seksyen B : Daya penyelesaian masalah (45 minit)
Seksyen C : Esei Bahasa Melayu (1 jam)
Seksyen D : Esei Bahasa Inggeris (1 jam)
*************************
Seksyen A, soalan berbentuk objektif...Ada 50 soalan. Soalan ni banyak berkaitan isu semasa dan terkini...Dia takkan tanya zaman hang tuah dulu2...So, tak perlu korang revision buku sejarah dari tingkatan 1 sampai upper 6...hahahaha...Bagi form 6, buku pengajian am korang tu memang boleh membantu...Dalam seksyen ni, korang kene tahu sedikit sebanyak hal2 berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan,pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan,hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri,pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi,keselamatan dan pertahanan begara serta lain2 perkembangan semasa. Pengalaman aku semalam, dia ada tanya pasal gagasan 1 Malaysia (pasal BR1M dan sespesis dengannya), pasal sukan sikit2, pasal negara2 ASEAN, Sistem perundangan dsb)
*********************************
Seksyen B : soalan berbentuk objektif jugak..Ada 40 soalan. untuk seksyen ni, ada 3 bentuk soalan la
1 : KEMAHIRAN LOGIK :: Soalan ni memang agak stress jugak sebab berbelit2...Masa korang banyak habis kat sini...Contoh aku bagi (contoh aku buat sendiri tapi lebih kurang gitu lah soalannya) :
Ain tinggi dari Syaza
Syaza lebih tinggi dari Ajmal
Fahrin 2x lebih tinggi dari Ain tapi lebih rendah dari Upin
Soalannya : siapakah yang paling rendah?
2. KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI DATA :: Soalan ni nak korang buat analisis
3. KONSEP-KONSEP MATEMATIK : Soalan ni termasuklah algebra dan geometri...Asas2 matematik je...Soalan dia tidak melebihi sukatan peperiksaan SPM...(Yang aku semalam, dia ada tanya pasal mod, median, peratus, tolak,darab,bahagi dsb)
PERINGATAN! Jangan bawa KALKULATOR!!
Semua pakai manual,ok...hehehe
**********************
Seksyen C : Esei BM...Ada tiga soalan..Pilih SATU je...yang bestnya bilangan perkataan TIDAK DIHADKAN... So, korang nak buat panjang/pendek mana pun...Ikut korang...Yang penting, masa diperuntukkan 1 jam sahaja...jangan excited sangat sampai tak hengat masa dah abez...taw la idea tu banyak...hihihi...
Untuk soalan seksyen ni dan seksyen D, aku dapat kongsi kat korang apa soalannya sebab paper soalan dorang benarkan bawak balik kecuali seksyen A dan B, paper soalan kena dikembalikan semula...Soalan2 yang dah keluar tahun ni,jangan komfiden sangat akan keluar jugak tahun depan soalan yang sama...Aku rasa, soalan ni akan berubah setiap tahun...So spot-spot soalan ni sangat bahaya la...Just belajar-belajar je la...Kot2 soalan yang sama akan dikeluarkan untuk next year or next next year...hehehehe...3 soalan yang dorang ajukan semalam:
1. Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia.Bincangkan.
2. Bagaimana penggunaan media sosial mempengaruhi kehidupan rakyat? Huraikan
3. Golongan warga emas telah menabur bakti kepada kemajuan negara. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan hidup mereka terbela.
******************************
Seksyen D : Esei BI...Ada 3 soalan juga...Pilih SATU...Patah perkataan TIDAK DIHADKAN... Ni ada cita best sikit nak kongsi...Gap nak ambik exam ni agak panjang jugak la...Ada masa la nak bincang walaupun asalnya takmo berbincang/study...Kawan aku pun cakap...Jom,study pasal pencemaran sebab dia kata last year(2012) dorang tanya pasal pencemaran...Gigih la cari faktor dan kesan pencemaran dengan masa yang berbaki 30 minit g nak mula...Siap leh mesej g tanya ngan kawan lain lapisan ozon nipis dalam BI tu apa...hahahaha...nampak sangat kurang cerdik BI tapi atleast bertanya,kan??? hahahahaha...Dapat paper soalan,nak taw soalan apa keluar? tengok bawah ni... :
1. In your opinion, what are the factors
that contribute to job satisfaction?
2. To what extent should universities function as training grounds for employment?
3. Do you believe there is a generation gap?Describe the differences between your generation and others.
Haaaa...menyimpangkan! takde langsung pasal pencemaran (air/water polution). Kihkihkih..Sebab tu aku kata, bahaya spot-spot ni...Dorang akan keluarkan balik soalan tu tapi mungkin 2,3,4 tahun lagi...kira macam soalan tu akan di rotate la nanti...Tahun lepas pasal pencemaran, mungkin 3,4 tahun lagi baru dia ulang balik pasal pencemaran....gitu la...Tapi tak salah belajar..Untuk keselamatan...hihihi
Hermmm...Serba sedikit perkongsian ikhlas untuk korang...Aku? tak la mengharap sangat...Kalau dapat, Alhamdulillah...Kalau tak dapat pun takpe, just think positif mungkin belum ada rezeki di situ...Terima kasih kerana sudi membaca...Harap dapat membantu... :)
Aja-aja fighting!
yerdehhhhhhhhhhh ! hahahhahaha ! kmk sik amek oiiii paper essay ya. nya sik suh amekkk. huuhuhuhu !
ReplyDeletedaknya soh amik...hehehehe...so,mun sik boleh...dakny la kenak marah kelak...hahahahahah....
Delete