Long time no see...FYI (walaupun korang tak tanya, tapi nak gtaw jugak...hikhikhik), aku baru selesai satu big event disekolah, iaitu Kem Jalinan Kasih...Later kita hupdate pasal kem tu keyh...Hermmm...Sedar tak sedar, rupanya kita dah berada dipenghujung tahun hijriah, iaitu 1434H...
Semua kita sedia maklum, dalam kalendar Inggeris terdapat 12 bulan kesemuanya, begitu juga dalam bulan Islam.Nak refresh balik, mungkin ada yang terlupa berkenaan dengan bulan-bulan dalam Islam nih...Kat bawah ni, aku listkan bulan-bulan Islam mengikut urutan...Check it out :
1. Muharram
2. Safar
3. Rabiulawal
4. Rabiulakhir
5. Jamadilawal
6. Jamadilakhir
7. Rejab
8. Syaaban
9. Ramadhan
10. Syawal
11. Zulkaedah
12. Zulhijjah
Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantangkan', iaitu Allah S.W.T melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian, larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah : 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku antaranya pada 1 Muharram, Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. Selain itu, pada 10 Muharram, dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram :
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada didalamnya selama 40 hari, 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari pertama Allah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan
16. Allah menjadikan 'Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan Malaikat Jibril
19 Nabi Isa diangkat kelangit
Sumber : Wordpress.com
So, tinggal beberapa detik lagi kita nak melangkah ke tahun 1435H, Elok dan moleklah rasanya kalau kita tutup tahun 1434H ni dengan doa akhir tahun... Doa ni dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah...
Sesapa yang baca doa ni, syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini
dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan
dosanya setahun.
Ni pulak doa awal tahun (1435H) : Doa awal Tahun ni dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram.
Sesapa yang baca doa ni, syaitan berkata ;
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah
mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Hopefully, segala kisah suka,duka pada tahun 1434 hijrah...yang elok,kita ingat jadi kenangan...yang sebaliknya, kita berusaha perbaiki untuk menjadi lebih baik...Azam yang tak terlaksana, kita forwardkan ke tahun 1435H dengan semangat dan azam baru...Moga permulaannya baik,pengakhirannya juga akan baik-baik belaka...Insha Allah...Aamiin...Selamat Tahun Baru wahai Saudara Islamku seluruh dunia... :)
Assalammualaikum...
ReplyDelete