Makceh daUn kelaDi...

Thursday, November 29, 2012

Info:Smiley Face



Semua orang pasti kenal logo muka tersenyum (Smiley Face) namun pasti ramai yang tidak tahu siapa penciptanya. Adik beradik Spain, Bernard dan Murray yang berasal dari Philadelphia mengambil kesempatan atas populariti logo ini dan berjaya membuat keuntungan yang lumayan.

(Bernard & Murray)

Namun malang kepada pencipta sebenar logo ini, Harvey Ross Ball, yang hanya di bayar upah dengan menciptanya pada tahun 1964 untuk sebuah syarikat insurans,State Mutual Life Insurance, sebanyak AS$45 (RM135).

(Harvey Ross Ball)

Adik beradik Spain melihat ini sebagai suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan dan kemudian melukis logo yang sama dengan menambah perkataan, Have A Nice Day di bawahnya, sebelum didaftarkan hak miliknya di bawah nama mereka.

Sejak itu, sekitar tahun 1970, mereka mula mencetak logo berkenaan hampir pada setiap barangan termasuk baju, poster, pin baju, kad ucapan, rantai dan pelbagai lagi.

Perkara ini menjadi fenomena untuk beberapa ketika sebelum jualannya merudum pada penghujung tahun 1971. Namun ia sudah cukup untuk membuatkan adik beradik Spain menjadi jutawan apabila pelbagai produk keluaran mereka yang menyelitkan logo muka tersenyum terjual sebanyak 50 juta unit.

Kedua, mereka kemudiannya menubuhkan kedai menjual barangan cenderahati, Dollar Express pada tahun 1980-an dan berterusan menjual barangan yang dikaitkan dengan logo tersebut.

Pada tahun 2000, kedua mereka menjual semua cawangan Dollar Express kepada syarikat Dollar Tree pada harga AS$500 juta (RM1.5 billion).

Malang bagi pencipta asal, Harvey Ross Ball yang tidak mendapat satu sen pun dari ciptaannya namun menurut anaknya, Charles tidak menyesal kerana gagal mendaftar hak milik logo tersebut malah dengan tenang menyatakan, " Saya bukan seorang yang tamakkan wang ringgit malah saya hanya mampu makan sepinggan steak dan memandu sebuah kereta pada satu-satu masa," katanya yang menunjukkan dirinya sebagai seorang yang tidak gilakan wang ringgit.

Wednesday, November 28, 2012

.:: Orang Pertama ::.


1.Orang yang pertama menulis Bismillah :

Nabi Sulaiman AS.

2.Orang yang pertama minum air zamzam :

Nabi Ismail AS.

3.Orang yang pertama berkhatan :

Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5.Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6.Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7.Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8.Orang yg pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9.Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10.Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11.Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12.Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13.Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14.Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15.Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16.Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17.Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18.Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19.Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :

Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20.Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA 


22.Orang yg pertama mengasaskan usulfiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24.Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25.Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yg pertama mengadakan baitulmal :
Umar Al-Khattab RA

27.Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29.Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Tuesday, November 27, 2012

.::Sukarelawan Gaza (jOmmmm pakat isi ramai2!)::.

Assalamualaikum...

Jom kawan-kawan yang blogwalking kat blog ni, kita jadi sukarelawan untuk membantu saudara-saudara Islam kita d Palestin...Dengan cara ni sahaja kita mampu menolong mereka...Masa ni mungkin masa dorang susah...Esok,lusa, tulat,minggu depan,bulan depan,tahun depan...mungkin turn kita pulak....Who knows kan?

Kalau niat kita ikhlas,hasilnya juga pasti ikhlas...Moga niat ikhlas kita mendapat ganjaran setimpal daripada Allah...Insya Allah... :)



Friday, November 23, 2012

.:: Tip penjagaan MATA ::.



Elak dari memakai cermin mata hitam yang tidak mempunyai UV protection 100% kerana mata kita apabila berada di dalam keadaan yang tidak cukup terang (gelap), bukaan anak mata akan menjadi lebih besar, ini akan membolehkan UV matahari memasuki mata dengan lebih banyak dan boleh merosakkan struktur bentuk asal kanta mata (menjadi rabun)


Elakkan menggunakan komputer tanpa memasang screen filter kerana cahaya yang dipancarkan oleh monitor komputer atau screen TV boleh merosakkan mata dengan cepat (cahaya UV tersebut boleh menjangkau sehingga 2 meter)


Jangan membaca atau menulis di dalam bilik atau kawasan yang tidak cukup cahaya terutama membaca sambil tidur melentang (pastikan cahaya yang cukup untuk menerangi bahan bacaan atau penulisan anda)


Jangan membaca di dalam kenderaan yang sedang bergerak.


Jangan memaksa mata untuk memfokus melihat sesuatu objek atau tulisan yang mata anda tidak mampu untuk melihat dengan jelas kerana keadaan tersebut akan memberi tekanan pada mata anda.


Selalulah memandang pada benda-benda yang berwarna hijau seperti tumbuh-tumbuhan terutama pada sebelah pagi.





Friday, November 9, 2012

.:: INFO PENTING : Telur ::.




Sengaja saya menoleh ke arah kulit-kulit telur di dalam baldi yang dijadikan 'tong sampah'. Lelaki itu senyum.

"Telur-telur di sini, sebelum masak basuh dulu tak?" Saya bertanya, walaupun saya tahu apa jawapannya.

"Tidak..." jawab lelaki itu. Jawapannya agak lambat. Dengan rasa sedikit tidak puas hati, saya pun katakan padanya... "Maaf,sebagai umat Islam dan 'memberi makan' kepada orang Islam sepatutnya kulit telur di basuh terlebih dahulu. Kalau tak basuh,seolah-olah bagi makan orang yang membeli kat sini ' makan perisa tambahan (najis ayam).

Senyum lelaki tersebut semakin tawar. Saya tengok kiri kanan, tiada siapa-siapa yang perasan.Dalam hati berniat, bukan nak malukan dia tapi nak luahkan rasa sedikit kesal dengan kurangnya sensiticiti halal haram lebih-lebih lagi dalam bab makanan.

Dalam kereta saya bersoal jawab dalam hati;

"Rasa-rasanya berapa orang yang sentiasa peka dengan telur ayam ni? Walau telur itu halal,tapi berapa orang agaknya yang berhati-hatidengan 'cara' masaknya? Adakah terlebih dahulu kulit ayam dibasuh atau main hentam sahaja?"

Sahabat-sahabat semua, sama-sama kita saling ingat mengingati, pesan memesan. Siapa-siapa yang ada kedai makan atau nak makan telur kat ' dapur luar' atau nak masak telur ayam sendiri, ingatlah... Basuhlah terlebih dahulu.

Telur yang tidak dibasuh,bila dipecahkan cecairnya akan meleleh ke telir sedangkan telur tu ada najis ayam yang kering. Bukankah makanan yang tersentuh/tercampur najis itu sudah dikira 'najis'?

Jika rasa mesej ini tidak penting, diamkanlah. Jika rasa penting maka sebar-sebarkanlah dan sama-sama kita amalkan.



Thursday, November 8, 2012

♥ Adam dan Hawa [Episod 41-50] ♥







♥ Adam dan Hawa [Episod 31-40] ♥












♥ Adam dan Hawa [Episod 21-30] ♥












♥ Adam dan Hawa [Episod 11-20] ♥












♥ Adam dan Hawa [Episod 1-10] ♥

::MUKADDIMAH::

Assalamualaikum....Entry kali ni...Aku nak kongsi cita Adam dan Hawa...FYI, aku ni kira peminat tegar gak lah...Aku agak delayed jugak mengikuti cita ni (time tengok cita ni,cita ni dah sampai episod 30+)...Salah satu sebabnya selalu berebut channel ngan budak-budak kat umah ni....Aku tahu cita ni memang best sebab time skolah dulu penah baca novel dia walaupun sekerat je...kekeke....Alkisahnya, aku amik cita ni daripada BFF aku...then,25 Oktober..tengah malam tu...di saat aku keboringan yang melampau2...Aku tergerak hati nak tengok balik cita-cita yang aku dh sedut daripada BFF aku siang tadi...Camne lak lepas tu terlintas nak tekan folder cita Adam dan Hawa...Mula2 plan nak tengok 1 je...Macam best je...terus marathon tengok dari pukul 12 tengah malam sampai kol 5 pagi....Tak cukup ngan tu...marathon g tengok next episod dari kol 10 pagi sampai ke petang...32 episod habis tengok sehari...Sepanjang tengok cita tu...kejap senyum sendiri...kejap ketawa...kejap marah...kejap nangis...Terpeleot emosi tengok cita ni...hahaha...Lepas daripada tu la aku berazam....Fuyoooooooo...berazam tu...hahaha...untuk akan mengikuti cerita ni sampai kepenghujung nya... :)

Mungkin ada yang tak tahu lagi yang cita ni ada 80 episode...Mean,cita ni akan habis dalam bulan Januari 2013...sama-samala kita bersabar...hehehe...Disebabkan takde mende nak di buat...so, terlintas la nak buat entry pasal cita ni khasnya untuk peminat-peminat tegar cita ni or peminat-peminat yang on off tengok cita ni atas faktor2 keje or faktor-faktor lain or ada episod2 feveret korang yang korang nak tengok banyak kali...hihihi ...Jom, check it out...Just click kat every episode yang korang nak tengok...Harap korang suke dan enjoy the movie... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...