Makceh daUn kelaDi...

Monday, November 4, 2013

Welcome 1435Hijrah [Doa Awal & Akhir tahun]

Assalamualaikum

Long time no see...FYI (walaupun korang tak tanya, tapi nak gtaw jugak...hikhikhik), aku baru selesai satu big event disekolah, iaitu Kem Jalinan Kasih...Later kita hupdate pasal kem tu keyh...Hermmm...Sedar tak sedar, rupanya kita dah berada dipenghujung tahun hijriah, iaitu 1434H...

Semua kita sedia maklum, dalam kalendar Inggeris terdapat 12 bulan kesemuanya, begitu juga dalam bulan Islam.Nak refresh balik, mungkin ada yang terlupa berkenaan dengan bulan-bulan dalam Islam nih...Kat bawah ni, aku listkan bulan-bulan Islam mengikut urutan...Check it out :

1. Muharram
2. Safar
3. Rabiulawal
4. Rabiulakhir
5. Jamadilawal
6. Jamadilakhir
7. Rejab
8. Syaaban
9. Ramadhan
10. Syawal
11. Zulkaedah
12. Zulhijjah

Entry kali ni, aku takmo cerita pasal kesemua bulan berkenaan tapi aku nak fokuskan bulan pertama dalam Islam, iaitu Muharram...Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantangkan', iaitu  Allah S.W.T melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian, larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah : 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku antaranya pada 1 Muharram, Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. Selain itu, pada 10 Muharram, dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram :

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada didalamnya selama 40 hari, 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari pertama Allah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan
16. Allah menjadikan 'Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan Malaikat Jibril
19 Nabi Isa diangkat kelangit

Sumber : Wordpress.com

So, tinggal beberapa detik lagi kita nak melangkah ke tahun 1435H, Elok dan moleklah rasanya kalau kita tutup tahun 1434H ni dengan doa akhir tahun... Doa ni dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah...


Sesapa yang baca doa ni, syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini
dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan 
dosanya setahun.

Ni pulak doa awal tahun (1435H) : Doa awal Tahun ni dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram.


Sesapa yang baca doa ni, syaitan berkata ;
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah 
mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Hopefully, segala kisah suka,duka pada tahun 1434 hijrah...yang elok,kita ingat jadi kenangan...yang sebaliknya, kita berusaha perbaiki untuk menjadi lebih baik...Azam yang tak terlaksana, kita forwardkan ke tahun 1435H dengan semangat dan azam baru...Moga permulaannya baik,pengakhirannya juga akan baik-baik belaka...Insha Allah...Aamiin...Selamat Tahun Baru wahai Saudara Islamku seluruh dunia... :)


Thursday, October 17, 2013

Takwim : Sesi Persekolah 2014


Kalendar yang sangat dinanti-nantikan terutamanya oleh guru-guru...Kihkihkih...






Monolog : Choral Speaking

Assalamualaikum...

Hermmm...Lamanya dah tak hupdate sini...Lately agak busy dengan aktiviti di sekolah...Maklum la, tambah-tambah g bila berada di penghujung tahun 2013...Mode : Klimak kebusyan gituh...

Saja nak kongsi sini...19hb Oktober ni sekolah akan mengadakan Majlis Khatam Al Qur'an & Penyampaian Sijil dan Hadiah...Kiranya majlis paling penting di antara yang terpenting di sekolah aku...No wonder la kalau busy semacam kan...

Lambakan tugas takyah cakap...tapi berkat kesabaran, satu persatu kerja siap dilaksanakan...Alhamdulillah.. Kebetulan aku handle bahagian persembahan budak, iaitu choral speaking yang akan buat perfomance masa majlis nih nanti...Bayangkan,aku yang tak pernah ada pengalaman dalam choral speaking nih (baik time sekolah rendah,menengah sampai masuk U memang tak ada experience), diamanahkan untuk menjadi guru penasihat merangkap guru pembimbing merangkap cikgu yang akan mengajar dari A-Z pasal choral speaking...Nah,hambik kau!Nak tak nak, kene la laksanakan amanah yang telah diberikan.

Dari bulan febuari asyik buat bahagian intro je...Tu pun ntah berapa banyak kali tukar skrip...sehinggalah 2 weeks before majlis...Ntah dari mana idea datang mencurah2 macam waterfall niagara...Jangan kata intro... sampai ke ending siap! Kelas ko jah! Nervous takyah cakap...Kat kepala hotak ni asyik fikir...dapat ke tak student aku buat...dapat ke tak student aku ingat skrip...bayangkan...kurang 2 weeks kot lagi tinggal (tolak dengan cuti peristiwa & raya aji)...

Sungguh,memang agak down sbb tersangat last minit nak ajar...Sedih pun ada sebab rasa macam dah menodai kepercayaan or amanah orang kat kita...Nasib baikla ada private 'guru kaunseling' yang beri nasihat & support anytime :) ...Lepas dengar nasihat demi nasihat dari dia...Alhamdulillah, semangat tu kembali datang...Semangat yang aku dan student aku memang boleh buat.

Latihan demi latihan dibuat, syukur ada improvement dari sehari ke sehari. Aku takmo push sangat...Just rileks,cool, kadang2 je macam singa (bila perlu...hehehehe)...See! Memang betul la...Bila kita ikhlas nak mengajar, insha Allah...Allah permudahkan...Masuk minggu akhir latihan, dorang dah hafal skrip cuma ada step yang masih blur...Its ok...Small matter kids...Ntah kenapa aku rasa macam aku nak dorang buat perfomance ni bukan untuk dapat nama ke apa tapi aku betul2 nak tengok dorang enjoy...That's it!

Bukan senang nak handle 34 orang student dalam satu-satu masa.Sebab apa? Ramai student, maka banyak la fe'elnya...Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Bila jadi guru pembimbing ni, kita boleh nampak semua tu...Kadang2 tu sampai tak sangka, nampak pendiam tapi ada bakat rupanya... Syukur Allah permudahkan sesi latihan kami...Kids, thanks..Uol help me alot...i LOVE uol sOooooo much....Gudluck for the perfomance... :)

Gara-gara 2 minggu busy dengan latihan, tak sempat nak masuk kelas sendiri tengok anak-anak...Rini, tetiba dapat surat layang dari dorang....hehehe...


Sweetkan...hehehe...Hilang segala stress baca...

Moral of the story dari cerita ni sebenarnya,nak bagitahu...Memang pada mulanya berat nak pikul tanggungjawab sebagai guru pembimbing...tambah2 lagi dapat pulak benda yang kita memang takde experience...Mulanya, sungguh...memang aku tak ikhlas nak buat...tapi lama-lama dari tak suka jadi suka... jangan kata tak boleh selagi kita cuba...

Yang jelas, bersangka baik kepada Allah. Sesuatu yang kita suka atau kita benci semuanya tidak lain merupakan nikmat sekaligus ujian dari Allah...Boleh jadi apa yang kita tak suka, tak minat, benci adalah yang terbaik buat kita.Insha Allah, bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, hidup akan lebih bersemangat dan yang paling penting bertambah ceria.


Ok la...Hermmm...Panjang berjela-jela dah sesi meluah perasaan...Time to sleep...Esok nak kerja...Last rehearsal for my kids before perfomance Sabtu ni...Hope everything will b ok...Insha Allah...Doakan kami ye blogwalking...Later hupdate lagi..Byeeee...Gudnite...Sleep well... :)

Bismilahirrahmanirrahim...Bismikallah Humma Ahya Wa Amutu...Aamiin...Zzzzzzz

Tuesday, July 9, 2013

Poret Ramadhan : Niat Puasa



Poret Ramadhan : Mandi Hadas

Assalamualaikum...Hermmm...Lama kita tak bersiaran...Ceywah...Atas masalah-masalah teknikal yang tidak boleh dielakkan...Hermmm...Pejam celik,pejam celik...Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan...Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan...Jadi, entry kali ni aku rasa ada perkaitannya... Sebab apa? Bulan Ramadhan ni kan bulan yang mulia, so, elok dan moleklah sangat kalau kita menghargainya dengan sebaik mungkin dan melaluinya dalam keadaan BERSIH dan SUCI...Hikmahnya, supaya amalan yang kita kerjakan dan laksanakan takla jadi sia-sia...Betul tak? Bukan apa, kadang2 kita ni ambil enteng benda yang dimata kita nampak remeh tp hakikatnya...Hermmm...Baeklah, toksah poret panjang sangat...Jom baca persoalan yg sering berlegar2, berterbangan dan bertiupan dalam fikiran kita (termasuk aku, sebelum ni)...Semoga bermanfaat...Selamat Berpuasa :)

************************

Soalan

Macam mana mandi hadas besar dengan betul, mudah dan mengikut sunnah nabi...Bolehkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi...Saya was-was dalam hal ini.

Jawapan :

Kaifiat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi S.A.W. Antaranya yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah R.A sebagaimana berikut :

"Adalah Rasulullah S.A.W apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya lalu (dengan tangan kiri itu), baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya),baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya" (HR Imam Muslim)

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas adalah seperti berikut :

1. 
Setelah membaca BISMILLAH, mulakan dengan membasuh tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.

2.
Kemudian basuh kemaluan dan najis dibadan jika ada dengan menggunakan tangan kiri. Setelah itu, ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.

3.
Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air diseluruh kepala termasuk dicelah-celah rambut.

4..
Selesai bahagian kepala, lakukan mandian dibahagian badan pula; dari leher ke bawah.Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri

5. 
Selesai mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

6.
Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jari

7.
Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilang hadas besar dari badan.


*******************

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan,tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun, jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan. Wallahualam...

Rujukan :
Al-Majmu', Imam An-Nabawi, 2/230

Sumber :Ilmudanulamak

#SharingIsCaring#Love


Monday, June 3, 2013

:: Ayam Pansuh ::

Assalamualaikum...Apa khabar semua??? Lama tak hupdate,kan??Ada yg rindu tak???hehehehe (menyampah)..Rasa rindu pulak nak berceloteh kat sini...Lama dok berfikir dan bertapa nak hupdate apa kat sini...Atlast, kali ni aku ada entry yg agak best kot nak kongsi kat korang...Memandangkan sekarang ni hot lagi pasal Masterchef Selebriti...So,kita pun ngada jugak nak jadi masterchef (menyampah dua kali)...Entry kali ni kita kongsi pasal resepi pulak...

Resepi kita kali ni ialah AYAM PANSUH...FYI, ayam pansuh merupakan salah satu makanan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di Sarawak. Asalnya, pencetus utama resepi ayam pansuh ni daripada masyarakat Iban...Uniknya ayam pansuh ni sebab dimasak dalam buluh....alaaa... ala2 buat lemang gitu...

1 Jun 2013 bersamaan dgn hari Sabtu ritu, kami sekeluarga pun bergotong-royong, berkerjasama, berkerja keras dan berhempas pulas (kemain ayat) menyiapkan sebuah resepi yang mabeles,iaitu Ayam Pansuh versi keluarga aku...kihkihkih...Mode Gawai katakan...orang lain sambut Gawai, kami sibuk gak nak 'sambut' (menyampah tiga kali)...

Sebelum tu, nak habaq kasi jelas dulu, meh dok dekat2 sket...Ayam pansuh tu ada PELBAGAI cara or version nak memasaknya...Jadi, NI VERSI AKU & FAMILY (bukak kasi besar sket bijik mata tu)...Dari segi bahan mungkin ada beza dengan masterchef lain (hamboiiiii...hahahaha) tp yang penting cara memasaknya sama, 'sumbat' dalam buluh..hehehe...So, jgn buat muka pelik sgt la klu search kat mana2,resepi dia tak sama...hohoho...Jom, jgn buang masa lg... ;)

***********************

Resepi Ayam Pansuh
By
MizzAnne

Bahan-bahan :

Ayam (mana2 spesis ayam,boleh je tapi aku suggestkan korang guna ayam tua)
Buluh (Secukupnya)
Daun Bungkang (optional ) (Kalau takde daun ni,boleh letak Bunga Kantan...Kalau tak nak letak pun takpe)
Garam (secukupnya)
Ajinomoto (secukupnya)
Pucuk ubi
Bawang Putih 
Bawang Merah
Serai
Halia

Cara membuatnya :

Ayam : Lepas dibuang bulunya ( kalau guna ayam hidup), korang bakar kejap kat api sampai la ayam korang jadi mcm dalam gambar ni...Kalau guna ayam yang dah siap dibuang bulu mcm kat market tu pun kena bakar cenggini dulu...



Pahtu, potong ayam tu ke beberapa bahagian (cara dia senang je,korang 
tengok diameter buluh korang besar mana...Agak2 la,leh tak ayam tu masuk dalam 
buluh tu... )

Bawang Putih, Bawang Merah, Serai dan Halia : Ditumbuk (tak perlu tumbuk sampai lunyai...tumbuk sampai lebam sket je..kihkihkih)

(tumbok cenggini haaa...)

Satukan Bawang Putih,Bawang Merah, Serai dan Halia yang ditumbuk tadi dengan ayam yang dah siap dipotong. Pahtu masukkan garam & ajinomoto (secukupnya)...



(bubuh garam)

(bubuh ajinomoto)

Masukkan Daun Bungkang 

Daun Bungkang - (aku pun tak reti nak explain apa nama saintifik daun ni)
Mak aku cakap,daun ni untuk menyerlahkan rasa & bau ayam pansuh tu sendiri...
Faham, kat semenanjung mungkin susah nak dapat...So, boleh je gantikan ngan bunga
kantan or tak letak pun tak pew...X berdosa...kihkihkih

Gaulkan dengan bahan-bahan lain tadi


Buluh : Dah siap gaul bahan-bahan tadi...Ambil buluh...Peringatan, buluh tu basuh dulu sebelum guna...Ada Faham!!!??

Ni buluh namanya...Kot2 ada yang tak taw...

Basuh dulu sebelum guna

Dah habis basuh buluh, baru masukkan ayam tadi...Meh, nak tunjuk step by step masukkan ayam (sampai gitu sekali aku nak bagi korang faham...hahahahha)...Ayam tu jgn isi sampai penuh..Bagi space sket 






Pucuk ubi : Pucuk ubi tu basuh dulu ye...Pahtu, hambik daun je...Pahtu, gumpal dia sampai muat untuk tutup buluh tadi cam dalam gambar bawah nih....

Ni pucuk ubi yg dah dibasuh...

ambik daun je

haaa..buat cenggini...Siap daaa...Masa untuk membakar...

Senang je kan? Pah tu boleh lah korang bakar...Ala, macam bakar lemang je...Janji pandai kontrol api...

 Before

After
Jangka masa nak masak tu dia depend dengan api korang...
Pandai2 la agak...Yang ni dalam sejam gitu la...

Finally,lebih kurang cenggini la hasilnya nanti :



Gitu la cara membuat ayam pansuh ni...Tak la susah sangat,kan???


*Actually, kalau rasa guna buluh tu leceh...korang boleh je masak ala2 moden gitu...guna dapur gas...Cara buat semua sama cuma tak pakai buluh jek...Selamat mencuba ;))

Tuesday, April 23, 2013

Bukan Dia Tapi Aku by Judika

#Terjiwang jap...Ost Akasia 'Sedetik Cinta' TV3



**********************************

Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba fahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti

*Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan 
Karena ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
(repeat*)

Reff :
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya oh sakitnya
Cintaku lebih besar dari cinta
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia tapi aku

Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah
Ku harus pergi meninggalkanmu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya,sakitnya oh sakitnya
(Cintaku) cintaku
(Lebih besar dari benciku) lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
(Jangan dia) jangan dia
(Jangan dia) jangan dia cukup aku
(Jangan dia Jangan dia) cukup aku
(Jangan dia)


************************************************************

#The lyric...Ok,im touched! Memang "sakitnya, sakitnya oh sakitnyaaaa"




Sunday, April 14, 2013

EXAM : Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD)

Assalamualaikum...Hermm...Lama tak hupdate blog...Untuk entry kali ni..Aku nak kongsi pengalaman aku join exam PTD semalam (13 April 2013 :: Sabtu)...Entry ni hanya sekadar perkongsian ikhlas khususnya untuk sesapa yang dapat exam ni untuk sesi akan datang... Cuma tak pasti sama ada soalan ni sama seluruh Malaysia or sebaliknya...

FYI, aku dapat tahu yang aku join exam ni pun sangat2 last minit...Beberapa hari sebelum aku dpt mesej dari SPA... telan air liur je sebab tengok kawan2 lain dapat...Cek email & portal SPA pun jawapan mengecewakan jugak...Sedih kot tapi positifkan diri...Mungkin belum rezeki lagi...Tak sangka pulak beberapa hari pas tu...Tanggal 9 April, dapat mesej dari SPA :

"Anda dijemput menghadiri peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai
 tadbir dan diplomatik gred M41...Layari www.spa.gov.my 
untuk maklumat lanjut."

Baca banyak kali kot mesej tu...Happy kemain..Fuh,lega...Alhamdulillah...Semangat nak p exam tu memang melonjak2 tapi nak study tu...hihihi...(faham-faham la)...Dalam erti kata lain...Pegi exam tu, bertawakal tanpa usaha (please dont try this at home or anywhere...hahaha)...Bukan pe,dapat tahu last minit,kan...Kebetulan minggu tu memang sibuk sangat; pagi dengan seminar, petang mengajar...Sampai rumah 'bateri' dah kong...Sehari sebelum exam,aku nampak kawan aku post kat fb... Dia cakap "nota dh dapat tapi tak baca lagi"...Kemain lagi aku komen kat status dia...Emailkan kat aku nota2 tu...Sekali dia email...Fuh...Ada 3 email...Setiap email ada lebih dari 5 note...Bling2 mata....Sebelum aku migrain...Jalan terbaek yang ada dalam fikiran aku...Bertawakal aje la...hahahahhahaha...

FYI, exam PTD ni ada 4 Seksyen : 

Seksyen A : Pengetahuan AM (45 minit)
Seksyen B : Daya penyelesaian masalah (45 minit)
Seksyen C : Esei Bahasa Melayu (1 jam)
Seksyen D : Esei Bahasa Inggeris (1 jam)

*************************

Seksyen A, soalan berbentuk objektif...Ada 50 soalan. Soalan ni banyak berkaitan isu semasa dan terkini...Dia takkan tanya zaman hang tuah dulu2...So, tak perlu korang revision buku sejarah dari tingkatan 1 sampai upper 6...hahahaha...Bagi form 6, buku pengajian am korang tu memang boleh membantu...Dalam seksyen ni, korang kene tahu sedikit sebanyak hal2 berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan,pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan,hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri,pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi,keselamatan dan pertahanan  begara serta lain2 perkembangan semasa. Pengalaman aku semalam, dia ada tanya pasal gagasan 1 Malaysia (pasal BR1M dan sespesis dengannya), pasal sukan sikit2, pasal negara2 ASEAN, Sistem perundangan dsb)

*********************************

Seksyen B : soalan berbentuk objektif jugak..Ada 40 soalan. untuk seksyen ni, ada 3 bentuk soalan la

1 : KEMAHIRAN LOGIK :: Soalan ni memang agak stress jugak sebab berbelit2...Masa korang banyak habis kat sini...Contoh aku bagi (contoh aku buat sendiri tapi lebih kurang gitu lah soalannya) :

Ain tinggi dari Syaza
Syaza lebih tinggi dari Ajmal
Fahrin 2x lebih tinggi dari Ain tapi lebih rendah dari Upin

Soalannya : siapakah yang paling rendah?

2. KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI DATA :: Soalan ni nak korang buat analisis

3. KONSEP-KONSEP MATEMATIK : Soalan ni termasuklah algebra dan geometri...Asas2 matematik je...Soalan dia tidak melebihi sukatan peperiksaan SPM...(Yang aku semalam, dia ada tanya pasal mod, median, peratus, tolak,darab,bahagi dsb) 

PERINGATAN! Jangan bawa KALKULATOR!! 
Semua pakai manual,ok...hehehe

**********************

Seksyen C : Esei BM...Ada tiga soalan..Pilih SATU je...yang bestnya bilangan perkataan TIDAK DIHADKAN... So, korang nak buat panjang/pendek mana pun...Ikut korang...Yang penting, masa diperuntukkan 1 jam sahaja...jangan excited sangat sampai tak hengat masa dah abez...taw la idea tu banyak...hihihi...

Untuk soalan seksyen ni dan seksyen D, aku dapat kongsi kat korang apa soalannya sebab paper soalan dorang benarkan bawak balik kecuali seksyen A dan B, paper soalan kena dikembalikan semula...Soalan2 yang dah keluar tahun ni,jangan komfiden sangat akan keluar jugak tahun depan soalan yang sama...Aku rasa, soalan ni akan berubah setiap tahun...So spot-spot soalan ni sangat bahaya la...Just belajar-belajar je la...Kot2 soalan yang sama akan dikeluarkan untuk next year or next next year...hehehehe...3 soalan yang dorang ajukan semalam:



1. Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia.Bincangkan.

2. Bagaimana penggunaan media sosial mempengaruhi kehidupan rakyat? Huraikan

3. Golongan warga emas telah menabur bakti kepada kemajuan negara. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan hidup mereka terbela.

******************************

Seksyen D : Esei BI...Ada 3 soalan juga...Pilih SATU...Patah perkataan TIDAK DIHADKAN... Ni ada cita best sikit nak kongsi...Gap nak ambik exam ni agak panjang jugak la...Ada masa la nak bincang walaupun asalnya takmo berbincang/study...Kawan aku pun cakap...Jom,study pasal pencemaran sebab dia kata last year(2012) dorang tanya pasal pencemaran...Gigih la cari faktor dan kesan pencemaran dengan masa yang berbaki 30 minit g nak mula...Siap leh mesej g tanya ngan kawan lain lapisan ozon nipis dalam BI tu apa...hahahaha...nampak sangat kurang cerdik BI tapi atleast bertanya,kan??? hahahahaha...Dapat paper soalan,nak taw soalan apa keluar? tengok bawah ni... : 


1. In your opinion, what are the factors
that contribute to job satisfaction?

2. To what extent should universities function as training grounds for employment?

3. Do you believe there is a generation gap?Describe the differences between your generation and others.

Haaaa...menyimpangkan! takde langsung pasal pencemaran (air/water polution). Kihkihkih..Sebab tu aku kata, bahaya spot-spot ni...Dorang akan keluarkan balik soalan tu tapi mungkin 2,3,4 tahun lagi...kira macam soalan tu akan di rotate la nanti...Tahun lepas pasal pencemaran, mungkin 3,4 tahun lagi baru dia ulang balik pasal pencemaran....gitu la...Tapi tak salah belajar..Untuk keselamatan...hihihi

Hermmm...Serba sedikit perkongsian ikhlas untuk korang...Aku? tak la mengharap sangat...Kalau dapat, Alhamdulillah...Kalau tak dapat pun takpe, just think positif mungkin belum ada rezeki di situ...Terima kasih kerana sudi membaca...Harap dapat membantu... :)

Aja-aja fighting! 




Friday, February 1, 2013

.:: Asal Usul Nama 'MEREKA' ::.

Tahukah anda? Asal usul bagaimana nama syarikat-syarikat ini diberi nama dan maknanya? Check it out... :)


MERCEDES
Nama anak perempuan pengasas Mercedes.


NOKIA
Nama bandar di Finland.


PEPSI
Dinamakan daripada penghadaman enzim pepsin.


HONDA
Dari nama pengasas honda, iaitu Soichiro Honda.


SONY
Dari perkataan Latin 'Sonus' bermaksud bunyi.



MAGGI
Syarikat makanan yang dinamakan daripada nama pengasas - Julius Maggi.


SUZUKI
Dari nama pengasas Michio Suzuki.


SAMSUNG
Bermaksud 'tiga bintang' dalam bahasa Korea.


TOYOTA
Dari nama pengasas Toyota, iaitu Sakichi Toyoda


YAMAHA
Torakusu Yamaha, pengasas syarikat Yamaha


ADIDAS
Dari nama pengasas Adolf (Adi) dan Dassler (Das)


Tuesday, January 29, 2013

:: Babi & 'Branding'nya ::

Tajuk : Babi / khinzir dan 'Branding'nya
Sumber : Sahabat Halal Jakim


1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50 Kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 Kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu babi.

9. Lard : Minyak yang berasaskan lemak babi.

10. Ham : Daging bahagian peha babi.

11. Bacon : Daging babi yang diperap dengan garam.

12. Pepperoni : Sejenis salami yang biasanya diperbuat daripada pork dan beef.

13. Spam : Spice ham.

14. Sus Scrofa : Babi liar 'Wild Boar'.

15. Bak kut teh : Sup yang sinonim dengan sup babi.

16. Pancetta : Italian bacon.

17. Chorizo : Sosej diperbuat daripada pork meat

#Kalau di Malaysia...Kebanyakan resepi yang asalnya daripada babi telah digantikan dengan daging lembu, ayam atau turkey...Ham, bacon, pepperoni dan lain-lain. Sedangkan asalnya adalah merujuk kepada babi...Apa yang dikhuatiri, apabila berada di luar negara, benda-benda ini adalah dalam bentuk asalnya daripada babi...Ada dalam kalangan kita yang tersilap termakan...Jadi, berhati-hatilah...Jangan main terkam je

#Jika ada lagi istilah-istilah yang tidak tersenarai, sama-sama kita kongsikan k... :)



.:: 4Shared : Basic Language of Japanese ::.


Knowledge is power!So will benefit others if i share this knowledge to you...Sharing is caring...  :)

B.A.S.I.C. Phrase :

1. Ohayou : Good Morning
2. Konnichiwa : Hello
3. Konbanwa : Good Evening
4. Sayounara : Good Bye
5. Daijoubudeska? : Are you alright?
6. Kore wa nan desu ka? : What is this?
7. Arigatou gozaimas : Thank you very much!
8. Sumimasen/gomennasai : I am sorry
9. Nanika hokani arimasu ka? : Anything else
10. Wakarimasen : I Don't understand
11. Otsukare samadeshita : Well done
12. Watashi no namae wa (name) . My name is (name)
13. Ima nanji deska? : What time is it?
14. Sore de zenbu desu! : That all!
15. Nemuides : I am sleepy
16. Mata ne / jaa ne : See you later
17. Nihongo ga dekimasen : I dont undersand japanese
18. Ima isougashideska : Are you busy now
19. Wakarimashita : All right / understand / got it
20. Ima ohima desu ka : Are you free now?

**************************************

Words specially to someone you ♥ :

1. Anata nashidewa ikite ikanai : I cant live without you
2. Aishiteru : I love you
3. Hana no youni kirei : You are as beautiful as a flower
4. Iroppoi : You're sexy
5. Itsumo aishiteru : I will always love you
6. Kekkon shite-kureru? : Will you marry me?
7. Kimi ni muchu nanda : I'm crazy about you
8. Kirei dayo : Youre beautiful
9. Kisu shite : Kiss me
10. Kisu shite mo ii : May i kiss you?
11. Kokoro no sokokara aishiteru : I love you from the bottom of my heart
12. Zutto issho-ni itai - I want to be with you forever

***********************************

Insult Word (Usually use in Japanese Anime or Movie). Not recommended to use. :

1. Hentai : Pervert
2. Baka yaro : Stupid/idiot/fool
3. Warukagi : Brat/bad child
4. Uso tsuki : Liar!
5. Koshinuke : Coward
6. Iyarashi : Disgusting
7. Kutabare! : Go to hell!
8. Kuso kurae : Eat shit!
9. Chikushoo : Oh shit! / Oh hell!
10. Fuzakeru na: Stop being stupid








✿ OST : Setia Hujung Nyawa ✿


Dalam cerita ni juga, ada beberapa buah lagu yang masyuk bunyinya kat dalam telinga aku (cekadak betul,dah bunyi...mestila masuk telinga...haish...hahaha...) Ada beberapa lagu yang aku suka dengar (rasa macam semua je lagu dalam cita ni best2...hihihi)...Enjoy + hayati ... :)

✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#Pertama...Lagu tema cerita ni...SETIA HUJUNG NYAWA oleh Fiq & Gjie :


Aku tak bisa
Menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa
Melupakan salahmu
Resah hatiku

###
Maafkan diriku
Melukankan mu
Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Bila tersedar
Betapa tulus cintamu
Biar apapun yang menghalangnya
Takkan pernah bisa dari diriku
Menjaga cintamu
Tuhan tolonglah aku
Satukan aku dan dirinya selamanya

Repeat ###

Cintaku tetap di sini
Takkan Pernah jauh darimu

✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#Kedua, lagu SAHABAT oleh Najwa Latif ft Sham Kamarul & Sleeq :


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegangn erat tanganku bila aku jatuh 

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku

Kaulah yang disitu
Setia menungguku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku

Kaulah yang disitu
Setia menungguku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku

Kaulah yang disitu
Setia menungguku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabat

✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#Ketiga, lagu I LOVE YOU oleh Najwa Latif :


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata

I'm sorry but i love you
I'm sorry if i miss you
Even if i can't have you
You know i'll always be there for you

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah ataupun jemu
Mungkin kita tak bersama ditakdirnya
Tak mengapan asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu

I'm sorry but i love you
I'm sorry if i miss you
Even if i can't have you
You know i'll always be there for you
I'm sorry but i love you

✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#Keempat, lagu AdaMu oleh Najwa Latif :


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu, Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu, Tuhan

✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#Kelima, lagu MAAFKAN AKU oleh Last Minute Minute :


Dan apa
Yang kau mahu kan dariku
Telah lamaku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cintamu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yang pertama ku cintai

Chorus :
Maafkanlah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata
I said I LOVE YOU

✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#Keenam, merangkap lagu last best lam cita ni...SASTERA SI KUPU-KUPU oleh Mimie Haris :


Betapa kelam buat aku tak termampu
Di manakah mentari
Yang dahulu disisi

Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah
Diriku pun merebah

Sakit ini
Adalah setia yang tak pernah kau mengerti

Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang

Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang

Aku si kupu-kupu
Hinggap dikuntum hatimu






✿ Celoteh : Setia Hujung Nyawa ✿

Setia Hujung Nyawa, Slot Akasia TV3 
7.00-8.00 Malam
Isnin-Khamis
28 Episod
Adaptasi daripada Novel karya Fatin Nabila



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua blogwalking sekalian...Blog ni dah mula tumbuh jeragat sebab lama tak diberi perhatian...kihkihkih...Bukan apa, kadang-kadang idea nak berkata-kata ni bukan hari-hari ada... ;)

Entry kali ni nak kongsi sikit....selepas cerita Adam dan Hawa, jadi addict pulak nak tengok cerita yang satu ni...hehehe...honestly,memang aku tak mengikuti cerita ni dari awal...Sama la alkisahnya dengan cerita Adam dan Hawa dulu...bezany Adam dan Hawa ceritanya agak panjang jugak walaupun novel dia takla tebal mana pun...Sama tebal dengan Novel Setia Hujung Nyawa...hikhikhik...

Tu nasib baik Adam dan Hawa dulu kat Ch Mustika HD...Kalau kat TV3,aku rasa tak habis lagi cita Adam dan Hawa ni...80 Episod,jadi 160 Episod sebab banyak iklan (entah apa dosa TV3 ngan aku sampai macam tu sekali aku cakap...hahahahaha)...Aku pelik,asal aku nak lebih2 cerita pasal cita Adam dan Hawa ni...Panahan asmara Adam Mukhrizkah ini??????...Blueeeekkkkkkkk (kalau korang pun rasa mual dan nak muntah dengar,teruskan...hahaha)

Berbalik pada point aku nak cerita pasal cerita Setia Hujung Nyawa ni, aku tak perlu nak gtaw sinopsis dia macam mana,rata-rata memang dah tahu kot...Lately,lambakan cerita-cerita based on novel tersangat la banyak...Antaranya Trilogi Cinta, Adam dan Hawa, Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan dan sebagainya... tak boleh nak list semua,takut lappy aku jammed...Nak menggambarkan betapa banyaknya cerita-cerita di TV yang diadaptasikan daripada novel ;P ...Director dah kekeringan idea ke? tapi daripada sudut positifnya,memang ada kebaikannya juga terutamanya kepada penulis-penulis novel khususnya di Malaysia ni...Boleh nampak perubahan...yang seumur hidup dia tak pernah pergi kedai buku pun,leh pegi kedai buku sebab nak dapatkan novel tersebut (padahal sebab utama nak beli buku tu sebab nak tahu ending...gelojohkan? (termasuk akulah tu)...part tu,memang thumps up la! sampai ada yang frust tertonggeng2 sebab novel dah kehabisan stok...

#Ehem3...Nak tunjuk sket, punya lah payah nak mencari novel SHN ni sebab selling fast...
tapi betul kata pepatah Melayu... Usaha Tangga Kejayaan :)

Hermmm...korang perasan tak, banyak jugak la kisah2 yang diadaptasi daripada novel ni kisah dia hampir sama...Kahwin Tanpa Rela tapi Akhirnya Rela...Antaranya cita Setia Hujung Nyawa ni la..Tapi aku tak boleh nak nafikan, pasangan kahwin paksa paling comel setakat ni hero dan heroin cita ni la...hehehe...Buktinya, first time aku tengok cita ni,aku rasa tertarik-tarik nak tengok lagi,lagi dan lagi sampai la ke episod sekarang ni...Cerita ni santai je tapi tengok cita ni leh jadi sawan kejap...senyum sorang-sorang, ketawa sorang-sorang, marah sorang-sorang dan pelbagai lagi ekspresi...

#Tunggak utama SHN, Zain (Amar Asyraf) & L (Nelydia Senrose)

Novel aku dah khatam...So, dah tahu la ending dia macam mana cuma tak tahu ending kat tv sama ke tak ngan dalam novel sebab memang agak berbeza la sikit jalan cerita yang ada dalam novel dan cita kat tv ni (bagi yang dah baca, korang mungkin leh mengiakan apa yang aku cakap ni)...Wah,macam menarik je kan...Tak surprise la kalau cerita awal-awal ending dia...Sabarrrrr....Less than 2 weeks more cita tu nak habis dah...Cuma nak bagitahu, watak Hadi tu agak jauh berbeza ngan dalam novel (Walaupun watak Hadi jarang disebut dalam novel)...dalam novel, Hadi tak sejahat watak yang korang tengok dalam tv tu...dia seorang kawan yang sangat baik...takde nak hasut itu ini macam dalam yang korang tengok dalam tv tu..tapi xpew...Kalau cita ni baik sokmo orangnya,flat jugak jadinya jalan cerita...hehehehe...

Selain jalan cerita yang best, aku tersangatlah suka watak x-bf L ni, IKRAM @ KAK BEDAH kelate...hahaha...Comey je kan..Bagi pendapat aku,dialah penyeri cerita ni dengan gelagatnya yang gila-gila walaupun mungkin ramai yang tak suka sebab dia suka ganggu L tapi korang jgn lupa dia banyak dan berusaha nak happykan L yang selalu je sedih cuma cara dia je salah...

#L & Kak Bedah jogging...Gile lawak time ni....hahaha

Nway,tahniah buat SHN teams...Good job! Cita yang best...!Gandingan pelakon yang comey2...Yang penting, "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan." :)

Hashtag # Flashback

#Zain, Mama, L, Kak Bedah & Dr Suria

#First time tengok cita ni, terpick up something...Rumah Zain & L mengingatkan aku rumah Ain & Azie dalam Adam dan Hawa terutamanya yang juntai-juntai tepi tangga tu,  cat umah kaler merah & frame gambar tepi tingkap ruang tamu...hihihi...

#Both,so cute.... ;)

#Zain merajuk

# Ikram & L

#Zain & Hadi (watak antagonis lam cita ni,rasa macam nak letak cili giling je kat mulut dia)

Sekian... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...