Makceh daUn kelaDi...

Wednesday, February 9, 2011

Nota JCEA3304 Warga Tua dalam Masyarakat dan Budaya Melayu ( Part 1 )







Nota JBEA3315 Pembelajaran & Perkembangan Bahasa Kanak2 [part 2]

Latest nota....(semua lam bentuk PDF*)...klik je kat tajuk..senang..mudah...hehehe

(1) --- >> Pengenalan

(2) --- >> Kanak-kanak khas

(3) --- >> Behaviourisme

(4) --- >> Kognitivisme

(5) --- >> Konstruktivisme

Nota JBEA3315 Pembelajaran & Perkembangan Bahasa Kanak2 [part 1]

Ni khas untuk sahabat handai khususnya warga APM yang mengambil kursus seperti yg tertera pada tajuk...yang masih xderk nota..atau blur agi nak dapat nota...nak tunggu kat kedai fotostat..wat bengang je kan..hehehe...so,aku nak kongsikan la apa2 je yang patut dikongsi...t pandai2 la korag berdikari ea....kongsi2 la kat kawan yg memerlukan...sebelum tu nak gtaw...semua nota nih dalam bentuk PDF...so pandai2 la...

(1)


(2)


(3)

Saturday, January 22, 2011

pOret...poret

pernah x kepercayaan kOrang dinOdai oleh Orang yang kOrang sayang????untuk yang pernah merasainya mungkin tau camne rasanya n apa akibatnya...SAKIT????memang sangat2 sakit.....SEDIH????x yah kata la...MENYESAL????susah nak cakap....untuk yang x pernah merasainya...x yah la gatal2 nak cuba lak ea..

Kadang2..manusia ni susah nak diagak...ssh nak ditafsirkan...nama dah manusiakan....kadang2 berubah sebab diri dia sendiri n yg paling bahaya bila berubah sbb org lain atau disuruh oleh orang lain...Benda nih dah biasa n mmg byk berlaku....nak SALAHKAN sapa?????

Manusia ni....memang insan yang lemah(khususnya kaum wanita)...x lari dari buat kesilapan...macam2 kesilapan kita buat dari dulu hingga kini...kalau dicatatkan dalam buku..maunya 20 buah buku pon x cukup kot...org yang BAEK pon..buat kesilapan...x yah tipu la....mcm2 jenis kesilapan yg kita pernah buat yang hanya kita sendiri taw...ada dua kategori kesilapan...pertama, kesilapan yang kita x sedari....kedua,kesilapan yg kita sedar salah,p kita ttp buat...kalau nak di statistikkan..memang kedua ni la yang paling banyak kita buat...include me...bukan kita x taw benda tu salah..tp tetap nak buat....KENAPA???masing2 ada jawapan tersendiri...

Bila ada yg dh sedar kesilapan yg  buat...cepat2 berubah..ada lak sesetengahny lak..amik masa...jangan dipaksa2...sbb mostly orang x suka dipaksa...yg jahat..hanya fizikalny sahaja nampak jahat tapi hati..ttp masih ada naluri dan perasaan..x kisahla..aku..dia dan kamu ke...hehehe...

KEPERCAYAAN???bila kepercayaan korang orang lain perolok2an/permain2kan...apa perasaan korang???Sakit hati??marah???sedih???terkilan???tambah2 lagi yang mempersendakan kepercayaan kita tu orang yg kita syg..orang yg paling rapat ngn kita...sapa org yg kita syg????parent kita???adik beradik kita???kawan2 kita??? kekasih kita???x kisah la mana2 pon...tambah2 lg klu org tu bernama K.E.K.A.S.I.H...perrgggghhhh..mmg terasa ati giler la...betul x?

Tuesday, January 11, 2011

Coming Up next 2011 planning...

Tajuk yang sangat menarik..hehehe...KAKI JALAN and SHOPAHOLIC...mungkin tu la yang boleh diibaratkan kat aku and mungkin gak kat rumet aku ( bukan mungkin tapi memang..hahaha)... Sampai je aku dari MIRI (3hb Jan 2011-Ahad) ritu..malam ny,kami lepaking..banyak sungguh plan kami..tapi x taw yang mana akan betul2 dilaksanakan dulu..hehehe....Plannng ni berikutan sem ni merupakan sem akhir bagi aku,rumet anda semua geng2 aku kat UM ni (batch 2008/2009)..

Kami plan (ni kira confirm la)...masuk je PT nanti, nak release tension kat Sunway Lagoon....kalau jadi,kira ni kali kedua arr aku pegi..mula2 dulu ngan ema,kawan baik aku masa kat sekolah rendah lg....plan ni sekali aku ngn rumet aku (moon and moi) dan Mary...Tak sabar rasanya..hehehe

Then planning lain ke Pulau perhentian..nak sangat g situ..sbb nice sgt2...sebab lain gak,aku dah jatuh cinta dgn ny nama pulau2 ni..hehehe..rasa tenang...rasa aman je....Plan ni pon..insya Allah akan pegi ngn rumet aku n mary...dan mungkin ramai lg peserta..hehehe...Sgt2 harap,plan ni menjadi....

Seterusnya ke Thailand...tp ni plan aku bersama2 coursemate aku...Asalny program ni patut dilaksanakan disember yg lalu tapi disebabkan masalah2 yg tidak boleh dielakkan..jadi terpaksa postpone...Program ni kira lawatan sambil belajar kami ke University Thaksin...then banyak lg la tempat yang dirancang nak pegi kat sana...Moga juga planning ni dapat dilaksanakan...atleast..berbaloi gak usaha kami selama ni ( sesiapa shj yang terlibat secara langsung atau x )

Next...Melaka...yang ni memang dah lama aku nak pegi...mungkin xderk apa sangat kat sana..tp sangat2 nak pegi...Bandar bersejarah tu...Alang2 dah kat sini....Rugi rasanya kalau x pegi..kan...kan...kan......

Gua Kelam,Perlis....Ni planning suke2..plan ni mmg x taw la jadi ke x...cm ne leh terfikir nak g situ????Sebab lama dh rasanya x p gua....Gua batu Cave tu lain la...hahahaha....Tengok gambar2 pon,mmg gua ni nice la...hehehe..tp agak jauh....KL-Perlis (dekat 7-8 jam gak la nak sampai)

Janda Baik,Pahang...ni rumet aku yang plan...Katanya nak ajak for picnic...best gak tu....Gpon,x pernah g pegi pahang...So, inilah masanya..........hehehe

Planning lain..mungkin diplan last minute(selalunya la)..planning yang kat atas nih...belum tentu semuany terlaksana..kalau terlaksana semuanya mmg best lah tu..bukan pa...plan2 gak..lui pon kene ada..kan..kan..kan...selaluny..planning last minute ni la selalu menjadi...hahaha...faham sgt dh...Saja je nak kongsi..mesti korang pon da planning kan?????

Monday, January 10, 2011

FACEBOOK ditutup MAC ini.....Izit true???

HalllllOOoooo...Kejap ada..kejap xde...hehehe....Nak kongsi nih kat korang...Izit true..facebook nak ditutup diz march???Benarkah????Iakah????Betulkah????

Maklumat nih aku baru terbaca kat KOSMO bertarikh 10 JANUARI 2011 (ISNIN)...
Facebook Ditutup Mac ini...

Ni antara petikan2 yang aku petik dari KOSMO..

...akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

Selain tu....

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

Apa pendapat anda??????Patutkah????WAAaaaa...kat fb la..kita jmpa blk kawan2 lama yg dh lama terpisah...facebook la yg byk menjalinkan hubungan yg dh lama terpisah....Lagipun fb senang nak guna...x rumit sgt berbanding dgn twitter ke tau yg lain2 tu..Ermmmm..

Friday, November 12, 2010

Pelbagai Ragaman Bahasa 2

1. Bahasa sindiran

Perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan tepat, hanya dengan     disigung dengan dikias-kiaskan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tiada suka hendak menyebutkan 
terang-terang.Tetapi jika orang yang ditujukan itu mengerti maka terlebih dalam maknyanya daripada  perkataan yang dikatakan dengan terus terang, misalnya;
    
Orang yang baik itu ialah yang memberi manfaat kepada orang lain (dikatakan kepasa seorang yang selalu menjahati orang  dan kita hendak menyindir jahatnya itu).Sesetengah orang termeling sahaja mata kita mulalah ia membuat malas (dimaksudkan kepada seseorang yang berperangai begitu. Ia ada hadir bersama-sama tetapi kita tiada mahu menyebut namanya).

Buah langsat kunig mencelah,
keduduk tidak berbunga pagi, 
sudah dapat gading bertuah,
tanduk tidak berguna lagi.

Pantun diatas menyindir seseorang yang tidak endah lagi akan ssahabatnya atau kekasihnya yang lama sebab sudah dapat yang baru dan lebih baik).Selain itu,contoh lain ialah "aku seorang sahaja yang bekerja bagai nak mampus disini." (dicakapkan dihadapan taulan-taulan sejawat kerana menyindir mengatakan mereka tidak bekerja dengan betul).

Daripada contoh-contoh tersebut, ternyata orang yang menyindir itu kadang-kadang diumumkan perkataanya, kadang-kadang juga tidak dicukupkan perkataannya, dan terkadang dengan ibarat dan kiasan. Lain daripada itu, terkadang ada juga dengan dikatakan sesuatu itu terlihat dalam mimpi.
 

2. Bahasa menggiat

Iaitu tiada tepat seakan-akan sindiran juga tetapi tiada berisi kiasan; maksudnya hanya sekadar mengusik-terkadang dengan tujuan bersenda-senda sahaja dan terkadang bersungguh-sungguh betul sehingga boleh menerbitkan perasaan malu orang yang kena giat itu. Misalnya;

"Amboi, besanya hati teman kita ni nak jadi penasihat!"
"Wah, ada hati jugak rupanya orang tua ini!"
"Orang nak lekas kaya begitulah! Kalau selalu-selalu belanja bila pula kayanya? ( menggiat seorang yang tangkai jering)


3. Bahasa mengejek

Iaitu bahasa yang mengatakan akan seseorang atau sesuatu kumpulan dengan perkataan yang tepat dengan gaya yang mengajukkan keburukan serta mempermain-mainkan dia supaya nampak bodohnya dan sia-sianya, atau supaya ditertawakan orang akan dia. Sebab itu tetap sahaja akan membangkitkan marah dan sakit hati orang yang dikata itu. Misalnya;

"Setengah yang pergi ke Eropah itu bukanlah dengan niat yang ikhlas hendak belajar bersungguh-sungguh hanya hendak mencari mem dan misi konon."

"Gelagat bual rambutan jantan;
Orang berbunga awak berbunga,
Orang berbuah awak haram!"

Segala contoh2 bahasa giat atau menggiat diatas tadi jika diluaskan sedikit dengan perkataan yang tepat pula nescaya jadilah ia bahasa mengejek.


4. Bahasa terbalik

Iaitu bahasa yang menggunakan perkataan berakas daripada maksud yang dikehendakkan dan orang faham akan maksudnya ialah lawan daripada yang dikatakan itu. Misalnya;

"Malam sekarang tak usahlah mengaji, buat lagi malas-malas seperti itu (dikatakan kepada seorang murid yang malas dan baru lepas kena rotan. Maksudnya malam seterusnya hendaklah mengaji dan jangan malas2)."
"Ya! Begitulah yang baiknya! Awak orang bijak, apa guna bertanya-tanya lagi?!"


5. Bahasa merajuk

Seakan-akan bahasa terbalik itu juga ttp maksudnya tidak dikehendakkan terbalik, hanya menunjukkan perasaan menarik diri atau kecil hati oleh sebab sesuatu perbuatan yang dirasa menghinakan dan tidak patut. Misalnya;

"Kita ini melukut di tepi gantang, masuk tak menambah, keluar tak meluakkan (mengurangkan)."
"Sudahlah! Kita pin boleh cari sendiri; ada nyawa adalah rezeki,asal diikhtiarkan tak akan sungguh mengharapkan harta orang."

Maka sebanding dengan perasaan merajuk ini adalah bahasa-bahasa yang menunjukkan lain-lain perasaan hati seperti hiba, takut, marah dan sebagainya.


6 .Bahasa tempelak

Iaitu bahasa tepat yang menunjukkan kesalahan seseorang kemudian daripada telah dilakukannya, supaya ia sedar akan taksirnya pada masa sebelum dilakukannya dahulu, dan supaya ia ingat pada masa yang ke hadapan pula. Misalnya;

"Sekarang puaslah hati engkau agaknya, kerana sudah rosak binasa sekali!"
"Inilah ia yang engkau katakan pandai, elok,rajin, kemarin!"

Daripada contoh2 ini, ternyata bahasa tempelak itu kebanyakkannya perkataan "memulangkan paku buah keras" iaitu membalikkan cakap yang telah ditolak oleh seseorang sebelum ia berbuat salah dahulu.


7. Bahasa herdik

Iaitu seakan-akan bahasa tempelak juga, tetapi tujuannya menunjukkan kesalahan pada masa sekarang bukannya pada masa yang telah lalu, dan perkataannya kerap dengan kasar serta mengandungi perasaan mengejek sedikit. Misalnya;

"Apa?Macam rupa awakkah hendak menjadi ketua kampung?"
" Kalau tak mahu menolong kerja,apa gunanya engkau duduk disini, makan sahaja!?"


8. Bahasa melampau

Iaitu ragam bahasa yang mengatakan sesuatu perkara itu sangat besar dan sebagainya dengan perkataan melebih-lebih daripada yang sebenar. Dan semua orang mengerti bukan sungguh-sungguh seperti yang dikatakan oleh perkataan itu. Misalnya:

"Tidak ada bandingnya dibawah langit ini."
"Ratap tangis yang boleh merobohkan langit."

"Limau purut diluar pagar,
Rimbun berputik dengan bunganya,
Hujan ribut padang terbakar,
Embun Setitik padam apinya."
(Pantun Orang Melayu Kampung)

Berlawanan dengan ragam bahasa melampau ialah bahasa merendah iaitu bahasa yang mengatakan sesuatu perkara itu kecil dan kurang dengan tujuan merendahkan diri walaupun perkara yang dikatakan itu sebenarnya kecik atau tidak. Misalnya;

"Hendak bersedekah sesuap nasi seteguk air."
"Jikalau sudi tuanku santap."
( Hikayat Indera Mengindera)



***TO BE CONTINUE***

Pelbagai Ragaman Bahasa 1

Rupa-rupanya..bahasa ni ada macam-macam jenis..Percaya x??Aku baru baca kat Buku 'Ilmu Mengarang Melayu : Edisi Ejaan Rumi Baharu' oleh Zainal Abidin Ahmad a.k.a Za'ba....Sapa yang x kenalkan dengan beliau...So, aku nak kongsi kat korang apa yang baru aku baca td, iaitu mengenai ragaman bahasa yg pelbagai khas dalam karangan atau percakapan . Tujuannya adalah untuk menguatkan tujuan kata dan mempertajamkan hasilny kepada pendengar atau pembaca....

Agak2 korang..apa contoh ea...Ragaman bahasa tu??....Aik..malas lak nak agak2 ea..ok la....Ada 15 ragaman bahasa dalam buku tu :

1. Bahasa sindiran
2. Bahasa menggiat
3. Bahasa mengejek
4. Bahasa terbalik
5. Bahasa merajuk
6. Bahasa tempelak
7. Bahasa herdik
8. Bahasa melampau
9. Bahasa naik
10. Pertanyaan ingkar
11. Bahasa Seruan atau mengeluh
12. Bahasa berulang
13. Bahasa bertimpal
14. Bahasa bukan
15. Bahasa jenaka

hahaha..tengok tu..sampai ternganga mulut baca....memang ada bahasa yang kita selalu dengar...macam ne lak dengan bahasa yg baru kita dengar...rupanya ada gak bahasa menggiat,bahasa naik, bahasa bertimpal dan blablabla.....Sekurang-kurangny..lepas korang baca entri ni..adalah input sikitkan..daripada x taw kepada taw...xpew...kt belajar slow2....Kt tgk satu2..apa sebenarny bahasa2 yang dinyatakan tersebut..Kenapa bahasa tu dikatakan sebagai bahasa merajuk???kenapa bahasa tu dikatakan sebagai bahasa seruan atau mengeluh??...teruskan membaca.....

Thursday, November 11, 2010

How to make bibliografi in ur assignment, thesis or whatever...

Sebagai seorang student U khususny...benda yang  wajib kita buat ialah assignment, thesis, latihan ilmiah dan sebagainya...dalam membuat penulisan tersebut..perlu ada bibliografi....Apa itu bibliografi?? Menurut Kamus Dewan edisi keempat.. Bibliografi ialah..1. senarai terbitan (buku dll) tentang sesuatu subjek atau drpd seseorang pengarang : ~ manuskrip Melayu Lama; 2. senarai buku, makalah, dll yg digunakan atau dirujuk dlm menghasilkan sesebuah karya..

Kenapa perlu bibliografi?? Ada banyak sebab...Antaranya..untuk memelihara hak pencipta ( org yang menulis bahan penulisan tersebut ) sesuatu bahan penulisan tersebut agar tidak di tiru sewenang-wenangnya...Dalam masa yang sama,bibliografi nih kira macam penghargaan la kepada penulis atas titik peluh mereka dalam menghasilkan hasil2 penulisan...Mana x nya...susah payah buat...Sampai nak pecah otak..muntah pun muntah hijau ( nak tunjuk betapa bersungguhny mereka menekuni hasil kerja mereka bg menghasilkan hasil penulisan yg bermutu..hihihi )..tp orang lain senang2 je copy and paste.....atau dikenali juga dengan istilah saintifikny plagiarisme....

Ni antara cara yang betul la cm ne nak buat bibliografi....Sumber ni aku peroleh daripada Dr Saiful masa kelas JBEA3304 Pengajaran BM....harap dapat membantu korang yang masih blur atau x tau nak buat bibliografi....






How to make greeting card- Hari Raya using adObe phOtOshop..

Memandangkan x lama lagi nak Raya Haji kan...Jadi, aku nak ajar korang cm ne nak buat kad raya sesimple mungkin....Yang nih lain sket...X banyak la yg lain ny dr yang sebelum-sebelum ni....Aku pernah buat kad cm nih guna gambar yang sama masa Hari Raya lepas tp tu memang gila punya simple...daripada kad tu la..aku edit sket2....jadi, inilah hasilnya.....














Lepas nih korang x yah dah beli kad raya kad kedai walaupun sekrang dh advance...Leh sent guna fb,msg or whatever...Korang wat kad..then upload je kat fb..pas tu tag2 kat kawan2 korang yg korang nak bg kad tu..Lg senang..Jimat duit..Jimat tenaga...Jimat masa.... Selamat mencuba ... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...