Di akhirat kelak, seorang
lelaki akan dipertanggungjawabkan
terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya atau dgn lebih terperinci...dgn kata lain, Seseorang
wanita itu apabila di akhirat kelak akan menarik empat golongan
lelaki bersamanya ke dalam neraka?
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan
anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji &
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh
anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri
bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum
lelaki yang
bukan mahram.. apabila suami mendiam diri...... walaupun
dia seorang alim etc, solat tidak tangguh, puasa tidak
tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggungjawab menjaga
maruah
wanita jatuh pula kepada abang-abangnya.....
jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan
adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM
tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak..
Keempat:- Anak
lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat
kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu
akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat
kelak........nantikan tarikan ibunya.
"Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita"
lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepada diri seorang lelaki..bermakna...seorg lelaki itu harus berusaha dalam memantapkan diri mereka dan memperbaiki diri mereka dahulu...
bg kaum hawa pula pilihlah lelaki yg bolh menjadi imam untk kita dan anak2 kita nanti...
semoga istana yg dibina terus bercahaya dgn bunga2 keimanan & ketaqwaan...
INSYAALLAH...