Makceh daUn kelaDi...

Tuesday, January 29, 2013

✿ Celoteh : Setia Hujung Nyawa ✿

Setia Hujung Nyawa, Slot Akasia TV3 
7.00-8.00 Malam
Isnin-Khamis
28 Episod
Adaptasi daripada Novel karya Fatin Nabila



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua blogwalking sekalian...Blog ni dah mula tumbuh jeragat sebab lama tak diberi perhatian...kihkihkih...Bukan apa, kadang-kadang idea nak berkata-kata ni bukan hari-hari ada... ;)

Entry kali ni nak kongsi sikit....selepas cerita Adam dan Hawa, jadi addict pulak nak tengok cerita yang satu ni...hehehe...honestly,memang aku tak mengikuti cerita ni dari awal...Sama la alkisahnya dengan cerita Adam dan Hawa dulu...bezany Adam dan Hawa ceritanya agak panjang jugak walaupun novel dia takla tebal mana pun...Sama tebal dengan Novel Setia Hujung Nyawa...hikhikhik...

Tu nasib baik Adam dan Hawa dulu kat Ch Mustika HD...Kalau kat TV3,aku rasa tak habis lagi cita Adam dan Hawa ni...80 Episod,jadi 160 Episod sebab banyak iklan (entah apa dosa TV3 ngan aku sampai macam tu sekali aku cakap...hahahahaha)...Aku pelik,asal aku nak lebih2 cerita pasal cita Adam dan Hawa ni...Panahan asmara Adam Mukhrizkah ini??????...Blueeeekkkkkkkk (kalau korang pun rasa mual dan nak muntah dengar,teruskan...hahaha)

Berbalik pada point aku nak cerita pasal cerita Setia Hujung Nyawa ni, aku tak perlu nak gtaw sinopsis dia macam mana,rata-rata memang dah tahu kot...Lately,lambakan cerita-cerita based on novel tersangat la banyak...Antaranya Trilogi Cinta, Adam dan Hawa, Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan dan sebagainya... tak boleh nak list semua,takut lappy aku jammed...Nak menggambarkan betapa banyaknya cerita-cerita di TV yang diadaptasikan daripada novel ;P ...Director dah kekeringan idea ke? tapi daripada sudut positifnya,memang ada kebaikannya juga terutamanya kepada penulis-penulis novel khususnya di Malaysia ni...Boleh nampak perubahan...yang seumur hidup dia tak pernah pergi kedai buku pun,leh pegi kedai buku sebab nak dapatkan novel tersebut (padahal sebab utama nak beli buku tu sebab nak tahu ending...gelojohkan? (termasuk akulah tu)...part tu,memang thumps up la! sampai ada yang frust tertonggeng2 sebab novel dah kehabisan stok...

#Ehem3...Nak tunjuk sket, punya lah payah nak mencari novel SHN ni sebab selling fast...
tapi betul kata pepatah Melayu... Usaha Tangga Kejayaan :)

Hermmm...korang perasan tak, banyak jugak la kisah2 yang diadaptasi daripada novel ni kisah dia hampir sama...Kahwin Tanpa Rela tapi Akhirnya Rela...Antaranya cita Setia Hujung Nyawa ni la..Tapi aku tak boleh nak nafikan, pasangan kahwin paksa paling comel setakat ni hero dan heroin cita ni la...hehehe...Buktinya, first time aku tengok cita ni,aku rasa tertarik-tarik nak tengok lagi,lagi dan lagi sampai la ke episod sekarang ni...Cerita ni santai je tapi tengok cita ni leh jadi sawan kejap...senyum sorang-sorang, ketawa sorang-sorang, marah sorang-sorang dan pelbagai lagi ekspresi...

#Tunggak utama SHN, Zain (Amar Asyraf) & L (Nelydia Senrose)

Novel aku dah khatam...So, dah tahu la ending dia macam mana cuma tak tahu ending kat tv sama ke tak ngan dalam novel sebab memang agak berbeza la sikit jalan cerita yang ada dalam novel dan cita kat tv ni (bagi yang dah baca, korang mungkin leh mengiakan apa yang aku cakap ni)...Wah,macam menarik je kan...Tak surprise la kalau cerita awal-awal ending dia...Sabarrrrr....Less than 2 weeks more cita tu nak habis dah...Cuma nak bagitahu, watak Hadi tu agak jauh berbeza ngan dalam novel (Walaupun watak Hadi jarang disebut dalam novel)...dalam novel, Hadi tak sejahat watak yang korang tengok dalam tv tu...dia seorang kawan yang sangat baik...takde nak hasut itu ini macam dalam yang korang tengok dalam tv tu..tapi xpew...Kalau cita ni baik sokmo orangnya,flat jugak jadinya jalan cerita...hehehehe...

Selain jalan cerita yang best, aku tersangatlah suka watak x-bf L ni, IKRAM @ KAK BEDAH kelate...hahaha...Comey je kan..Bagi pendapat aku,dialah penyeri cerita ni dengan gelagatnya yang gila-gila walaupun mungkin ramai yang tak suka sebab dia suka ganggu L tapi korang jgn lupa dia banyak dan berusaha nak happykan L yang selalu je sedih cuma cara dia je salah...

#L & Kak Bedah jogging...Gile lawak time ni....hahaha

Nway,tahniah buat SHN teams...Good job! Cita yang best...!Gandingan pelakon yang comey2...Yang penting, "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan." :)

Hashtag # Flashback

#Zain, Mama, L, Kak Bedah & Dr Suria

#First time tengok cita ni, terpick up something...Rumah Zain & L mengingatkan aku rumah Ain & Azie dalam Adam dan Hawa terutamanya yang juntai-juntai tepi tangga tu,  cat umah kaler merah & frame gambar tepi tingkap ruang tamu...hihihi...

#Both,so cute.... ;)

#Zain merajuk

# Ikram & L

#Zain & Hadi (watak antagonis lam cita ni,rasa macam nak letak cili giling je kat mulut dia)

Sekian... :)


♥ Setia Hujung Nyawa [Slot Akasia TV3] - FULL ♥



























Adam dan Hawa [Episod 71-80]













~ T.A.M.A.T ~

Friday, December 14, 2012

♥ Mr Sexobeat [Tasha Manshahar & Shamim (Cover)] ♥

 Title : Mr Sexobeat
By Alexandra Stan


You make me dance
Bring me up, bring me down
Play it sweet
Make me move like a freak
Mister sexobeat

Make me dance
Bring me up, bring me down
Play it sweet
Make me move like a freak
Mister sexobeat


You make me dance
Bring me up, bring me down
Play it sweet
Make me move like a freak
Mister sexobeat

Make me dance
Bring me up, bring me down
Play it sweet
Make me move like a freak
Mister sexobeat

Bridge:

Hey, sexy boy, set me free
Dont be so shy, play with me
My dirty boy, cant you see
That you belong next to me
Hey, sexy boy, set me free
Dont be so shy, play with me
My dirty boy, cant you see





♥ Love You Like A Love Song [Tasha Manshahar & Shamim (Cover)] ♥

Title : Love You Like A Love Song
by Selena Gomez



It's been said and done every beautiful thought's been already sung
and I guess right now, here's another one
so your melody will play on and on with the best of 'em
You are beautiful like a dream come alive,incredible
A centerfold miracle, lyrical. You saved my life again and I want you to know baby

Chorus :

I, I love you like a love song, baby (3X)
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat
I, I love you like a love song, baby (3X)
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat

Constantly, boy, you play through my mind like a symphony
There's no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do and it feels like I've been rescued, I've been set free
I am hypnotized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful, you are and I want you to know, baby


Chorus :

I, I love you like a love song, baby (3X)
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat
I, I love you like a love song, baby (3X)
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat

Bridge :

No one compares, you stand alone to every record I own
Music to my heart, that's what you are
A song that goes on and on

I, I love you like a love song, baby (3X)
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat
I, I love you like a love song, baby (3X)

Love you
Like a love song



#Love this song damn much... ♥

♥ Be Mine [TashaManshahar & SyedShamim] ♥



Bermula di Facebook
Kau tegur ku dulu tak tahu malu
Tak kuasa nak layan
Aku buat tak tahu

Kau terus cuba dan mencuba
Sehingga ku jatuh cinta
Gatalnya dirimu
Membuatku terjatuh

Bila kita mula mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang-panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit-sikit aku merajuk
Kau selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
Ku cuma nak uji saja

Chorus :
Let me tell you that I love You
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss You
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada ku gembira
Kadang kala sedih juga
Kau sudah berpunya
Tak mungkin jadi milikku selamanya


#Syed Shamim very cute pakai blazer & seluar kuning...Smart!


Monday, December 10, 2012

Telemovie : Cinta Halal

Assalamualaikum...




Malam ni sangattt indah...Kenapa? Sebab dapat tengok muka Cinta Hati kita untuk kesekian kalinya di TV...Sapa lagi kalau bukan Mr Fahrin Ahmad... :) ...Hermmm...Mesti ramai yang tengok cita "Cinta Halal" kat TV3 jam 9 malam tadikan...Cerita ni pernah ditayangkan sebelum ni dalam Telemovie Istimewa Awal Muharram tapi atas permintaan peminat barangkali, cerita ni ditayangkan semula...Pelakon utama dalam cerita ni ialah Fahrin Ahmad dan Nur Fathia. Pelakon lain : Hanez Suraya, Lidyawati, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.Seriously, cerita ni sangat comeyl sama ada dari segi jalan ceritanya dan juga pelakonnya....

Sinopsis :

Cerita ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama, Ismi (Nur Fathia). Ismi merupakan seorang gadis yang periang,ceria tapi berperwatakan agak kasar tidak seperti gadis lain. Ismi baru sahaja kehilangan pekerjaannya buat kali kelima lantaran daripada sikapnya yang suka mencari pasal di tempat kerja. Kerana sikapnya yang sering dibuang kerja menyebabkan ibunya terpaksa meminta bantuan kepada majikannya untuk memberi peluang anaknya bekerja di syarikat milik majikannya. Oleh kerana ibunya sudah lama bekerja disyarikat tersebut, tidak menjadi masalah untuk majikannya membantu. Pada mulanya Ismi tidak mahu tetapi atas desakan ibunya yang berterusan menyebabkan Ismi akur lalu menghadiri sesi temuduga. Nasib telah menyebelahi Ismi, akhirnya dia telah mendapat pekerjaan tersebut.Ismi terpaksa melakukan pengorbanan yang besar daripada segi pakaian dan tingkah laku sekadar memenuhi permintaan syarikat.

Ismi telah jatuh hati kepada pengurusnya, Syed Mukhriz(Fahrin Ahmad) seorang lelaki yang warak dan merupakan anak kepada majikan ibunya. Malangnya, Syed Mukhriz langsung tidak memandang Ismi apatah lagi Ismi hanyalah seorang pekerja bawahan dan langsung tidak menepati ciri-ciri wanita yang di idamkannya. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh Ismi untuk menawan hati Syed Mukhriz, namun tetap tidak berhasil tetapi dia tidak pernah kenal putus asa.

Kerana sikapnya yang selalu berterus-terang dan jujur telah sedikit sebanyak membuka pintu hati Syed Mukhriz untuk menerimanya. Pelbagai adegan serta kisah lucu yang berlaku sepanjang cerita ni...Yang belum berkesempatan tengok, jangan lupa tengok....Memang tak rugi korang peruntukan masa kurang daripada 2 jam untuk tengok cerita ni..




# Banyak-banyak skrip dalam cita ni, kan...Kita tertarik satu ayat ni yang dilafazkan oleh Syed Mukhriz time dia tengah berdoa selesai sahaja solat di ruang pejabatnya :

"Ya Allah,aku terlalu angkuh selama ini menginginkan sesuatu yang sempurna kerana aku riak merasa diri ini sempurna. Aku lupa bahawa tiada satu pun yang sempurna di dunia ini, selain dari-Mu, ya Allah."

#Cerita ni banyak jugak scene yang humor tapi yang tak boleh belah...Time part last, scene dalam kolam renang bila Ismi excited dengar Syed Mukhriz lamar dia sampai jatuh dalam kolam renang...Fahrin nak pegang untuk selamatkan Ismi pun boleh g cakap " haram! haram!" Memek muka Syed Mukhriz masa tu memang lucu...hahaha...dan ingatkan la kolam renang tu dalam sangat rupa-rupanyaaaa...hahahhaa...memang terhibur la....Thumps up untk semua team Cinta Halal...Hilang tension... :)





Saturday, December 8, 2012

Resepi : Ikan Masak Asam Pedas & Belacan Goreng

Assalamualaikum...



Tadi untuk dinner, kita masak menu ala-ala kampung gitu...Tetiba lidah ni rasa nak makan ikan masak asam pedas...Rindu rasanya ikan masak asam pedas mak angkat kita kat Melaka...Tu merupakan menu wajib tiap kali kalau kita p Melaka...Asam pedas ni kan memang makanan popular kat  Melaka. Dulu, pernah tanya dia resepi Ikan Masak Asam Pedas ni tapi tak leh nak tangkap sebab complicated sgt...Sebabkan kita ni suka mencuba sesuatu yang baru, jadi, petang tadi belajar la masakan baru, iaitu Ikan Masak Asam Pedas... Satu lagi menu yang kita masak petang tadi ialah Belacan Goreng...Belacan Goreng ni memang feveret seisi keluarga...

Untuk entri kali ini, kita nak kongsi resepi Ikan Masak Asam Pedas dan Belacan Goreng...Tak dinafikan kat luar sana banyak lagi orang yang boleh masak lebih sedap daripada kita masak dan cara masak pun ada pelbagai...Bak kata Chef Shers (ala chef handsome 5 Rencah 5 Rasa tu...hihihi..."The best recipe is cooking without a recipe!"

Jujurnya bagi kita, excited nak kongsi terutamanya masakan Asam Pedas ni sebab baru first time cuba...Rasa pun not bad (angkat bakul sendiri nampak..hahaha)...Resepi memang simple giler (bagi kita la)..Senang nak buat...Untuk yang baru nak merangkak masak macam kita ni, bolehlah try... :)


********************

Ikan Masak Asam Pedas

Bahan-bahan :

1.  Ikan (tadi kita pakai ikan tongkol seekor (saiz sedang besar)-(ikut la ikan tu nak di potong-potong atau  tak...Kalau besar gedabakkk...potong lerr...hehehe)

2.  3 senduk Cili Kering yang siap diblander (nak letak lebih pun boleh tapi jangan banyak sgt)

3.  Bawang Merah + Bawang Putih + Halia + Serai + Cili Merah (diblander - kita nak pakai dalam 1,2 senduk je...takpe blander banyak-banyak...lebih leh spare untuk masak benda lain...)

4.  Sebatang serai (dititik)

5.  2 keping Asam Keping (kalau takde asam keping leh guna Asam Jawa)

6.  Garam secukupnya

7.  Ajinomoto secukupnya

8.  Gula (sedikit)

9.  Minyak secukupnya

10.  Air secukupnya


Cara membuatnya :

Masukkan minyak (agak-agak la banyaknya...jangan terlalu banyak). Bila minyak dah panas.Masukkan serai yang dititik tadi. Kemudian, masukkan cili kering,bahan blander (bahan no.3) dan asam keping...Gaulkan semua bahan tersebut. Bila tengok minyak dah naik,masukkan air secukupnya (agak-agakla nak banyak mana)...Tunggu sampai mendidih,baru masukkan ikan (ikan jangan lupa cuci dulu..hihihi)...Lepas masukkan ikan, terus letak garam,ajinomoto dan gula sedikit...Tunggu sampai ikan masak...Jangan lupa rasa...Kalau rasa macam asam pedas tu takde rasa,tambah lagi sikit garam...Rasa sampai korang puas hati...hihihi..Siapppp!

# Garam, ajinomoto dan gula kena letak terus lepas letak ikan sebab bila kita letak garam,ajinomoto dan gula kemudian takut bila ikan tu dah masak, ikan akan hancur bila kita nak gaul...

# Gula jangan letak banyak sangat sebab ikan ni bila kita masak manis sangat tak sedap...

#Kadang-kadang ada yang akan letak kacang bendi untuk macam perhiasan lam masakan kita ni...benda tu optional...nak letak boleh,tak letak pun takpe...tak berdosa...hihihi..Selain kacang bendi, ada jugak yang letak bunga kantan..


**************************

Belacan Goreng (Kuantiti Macam dalam gambar)

Bahan-bahan :

1.  Belacan (agak-agak dalam 1 1/2 Sudu besar)

2.  Sebiji Bawang merah

3.  3 biji Cili Merah (dibuang biji) - Kalau nak pakai cili padi pun xde masalah...Nak combine cili merah ngn  cili padi sekalipun, no problem.

4.  Lalu 1/2 sudu kecil Asam jawa (nak mudah pakai Asam Jawa Adabi)

5.  Ikan bilis (kuantitinya agak-agak dalam 2 genggam macam tu)

6.  Ajinomoto secukupnya

7.  Gula secukupnya (kalau korang x nak letak pun takpe)

8.  Minyak

*Bawang Merah, Cili Merah, Ikan Bilis, dan Belacan ditumbuk sekali.


Cara membuatnya :

Masukkan minyak dalam kuali...Minyak tu sedang-sedang banyak; jangan sikit sangat dan jangan lak terlalu banyak...Bila minyak dah panas, masukkan bahan-bahan yang dah kita tumbuk tadi...Gaul sekejap, masukkan asam jawa...Gaul lagi sekejap, masukkan pulak ajinomoto dan gula...Gaul, gaul dan gaul lagi...Try rasa...kalau lidah korang rasa ok, maksudnya ok la...hihihi..Kalau korang tengok dah da minyak timbul...Maksudnya siap untuk dihidangkan... :)

# Ikan bilis tu seelok-eloknya korang cuci dulu sebelum ditumbuk supaya mudah nak ditumbuk.

# Guna api yang sederhana takut sambal korang hangus dan masak dengan sekata

# Belacan goreng ni sangat sesuai kalau cecah ngan timun...


*****************

Selamat Mencuba! :)



Tuesday, December 4, 2012

.:: Ukiran Wajah daripada Buah Tembikai ::.

Percaya atau tidak pengukir buah tembikai ini tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang seni dan hanya seorang kerani biasa sepenuh masa. Oleh kerana Clive Cooper, 54 dari Kanada mempunyai komitmen terhadap kerja pada waktu siang,segala minatnya terhadap ukiran tembikai dilakukan pada waktu malam. Menurutnya, segala perancangan untuk menghasilkan corak pada buah tembikai perlu dibuat dengan pantas kerana buah tembikai akan layu dan hilang bentuknya dalam masa 24 jam.






























Kredit : Wujud
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...