Makceh daUn kelaDi...

Tuesday, January 29, 2013

✿ Celoteh : Setia Hujung Nyawa ✿

Setia Hujung Nyawa, Slot Akasia TV3 
7.00-8.00 Malam
Isnin-Khamis
28 Episod
Adaptasi daripada Novel karya Fatin Nabila



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua blogwalking sekalian...Blog ni dah mula tumbuh jeragat sebab lama tak diberi perhatian...kihkihkih...Bukan apa, kadang-kadang idea nak berkata-kata ni bukan hari-hari ada... ;)

Entry kali ni nak kongsi sikit....selepas cerita Adam dan Hawa, jadi addict pulak nak tengok cerita yang satu ni...hehehe...honestly,memang aku tak mengikuti cerita ni dari awal...Sama la alkisahnya dengan cerita Adam dan Hawa dulu...bezany Adam dan Hawa ceritanya agak panjang jugak walaupun novel dia takla tebal mana pun...Sama tebal dengan Novel Setia Hujung Nyawa...hikhikhik...

Tu nasib baik Adam dan Hawa dulu kat Ch Mustika HD...Kalau kat TV3,aku rasa tak habis lagi cita Adam dan Hawa ni...80 Episod,jadi 160 Episod sebab banyak iklan (entah apa dosa TV3 ngan aku sampai macam tu sekali aku cakap...hahahahaha)...Aku pelik,asal aku nak lebih2 cerita pasal cita Adam dan Hawa ni...Panahan asmara Adam Mukhrizkah ini??????...Blueeeekkkkkkkk (kalau korang pun rasa mual dan nak muntah dengar,teruskan...hahaha)

Berbalik pada point aku nak cerita pasal cerita Setia Hujung Nyawa ni, aku tak perlu nak gtaw sinopsis dia macam mana,rata-rata memang dah tahu kot...Lately,lambakan cerita-cerita based on novel tersangat la banyak...Antaranya Trilogi Cinta, Adam dan Hawa, Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan dan sebagainya... tak boleh nak list semua,takut lappy aku jammed...Nak menggambarkan betapa banyaknya cerita-cerita di TV yang diadaptasikan daripada novel ;P ...Director dah kekeringan idea ke? tapi daripada sudut positifnya,memang ada kebaikannya juga terutamanya kepada penulis-penulis novel khususnya di Malaysia ni...Boleh nampak perubahan...yang seumur hidup dia tak pernah pergi kedai buku pun,leh pegi kedai buku sebab nak dapatkan novel tersebut (padahal sebab utama nak beli buku tu sebab nak tahu ending...gelojohkan? (termasuk akulah tu)...part tu,memang thumps up la! sampai ada yang frust tertonggeng2 sebab novel dah kehabisan stok...

#Ehem3...Nak tunjuk sket, punya lah payah nak mencari novel SHN ni sebab selling fast...
tapi betul kata pepatah Melayu... Usaha Tangga Kejayaan :)

Hermmm...korang perasan tak, banyak jugak la kisah2 yang diadaptasi daripada novel ni kisah dia hampir sama...Kahwin Tanpa Rela tapi Akhirnya Rela...Antaranya cita Setia Hujung Nyawa ni la..Tapi aku tak boleh nak nafikan, pasangan kahwin paksa paling comel setakat ni hero dan heroin cita ni la...hehehe...Buktinya, first time aku tengok cita ni,aku rasa tertarik-tarik nak tengok lagi,lagi dan lagi sampai la ke episod sekarang ni...Cerita ni santai je tapi tengok cita ni leh jadi sawan kejap...senyum sorang-sorang, ketawa sorang-sorang, marah sorang-sorang dan pelbagai lagi ekspresi...

#Tunggak utama SHN, Zain (Amar Asyraf) & L (Nelydia Senrose)

Novel aku dah khatam...So, dah tahu la ending dia macam mana cuma tak tahu ending kat tv sama ke tak ngan dalam novel sebab memang agak berbeza la sikit jalan cerita yang ada dalam novel dan cita kat tv ni (bagi yang dah baca, korang mungkin leh mengiakan apa yang aku cakap ni)...Wah,macam menarik je kan...Tak surprise la kalau cerita awal-awal ending dia...Sabarrrrr....Less than 2 weeks more cita tu nak habis dah...Cuma nak bagitahu, watak Hadi tu agak jauh berbeza ngan dalam novel (Walaupun watak Hadi jarang disebut dalam novel)...dalam novel, Hadi tak sejahat watak yang korang tengok dalam tv tu...dia seorang kawan yang sangat baik...takde nak hasut itu ini macam dalam yang korang tengok dalam tv tu..tapi xpew...Kalau cita ni baik sokmo orangnya,flat jugak jadinya jalan cerita...hehehehe...

Selain jalan cerita yang best, aku tersangatlah suka watak x-bf L ni, IKRAM @ KAK BEDAH kelate...hahaha...Comey je kan..Bagi pendapat aku,dialah penyeri cerita ni dengan gelagatnya yang gila-gila walaupun mungkin ramai yang tak suka sebab dia suka ganggu L tapi korang jgn lupa dia banyak dan berusaha nak happykan L yang selalu je sedih cuma cara dia je salah...

#L & Kak Bedah jogging...Gile lawak time ni....hahaha

Nway,tahniah buat SHN teams...Good job! Cita yang best...!Gandingan pelakon yang comey2...Yang penting, "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan." :)

Hashtag # Flashback

#Zain, Mama, L, Kak Bedah & Dr Suria

#First time tengok cita ni, terpick up something...Rumah Zain & L mengingatkan aku rumah Ain & Azie dalam Adam dan Hawa terutamanya yang juntai-juntai tepi tangga tu,  cat umah kaler merah & frame gambar tepi tingkap ruang tamu...hihihi...

#Both,so cute.... ;)

#Zain merajuk

# Ikram & L

#Zain & Hadi (watak antagonis lam cita ni,rasa macam nak letak cili giling je kat mulut dia)

Sekian... :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...